30 / Akhir Part 1

10.7K 1.1K 124
                                    

Mr Sexy • JJK

Bab 30 : Akhir Part 1

----

"Kau ambil pistol ni. Cuba letak di dada aku. Tarik picu dan tamatlah riwayat Mr Sexy kau ni."ujar Jungkook dalam nada yang aku dapat rasakan terlalu lembut saat itu.

Dia tengah psikokan aku ke?

Aku cuba menahan debaran yang begitu hebat menguasai hati. Tubir mata aku sudah mulai goyah.

Bila-bila masa sahaja aku akan menangis. Pilihan yang diberi oleh lelaki itu sememangnya membuatkan aku dalam dilema.

Jika aku tamatkan riwayat Mr Sexy, Jungkook kasanova juga akan turut mati.

Aku takut dengan semua ini. Aku bagaikan manusia yang pengecut pada ketika itu.

Pilihan sudah tersedia. Namun, aku masih buntu untuk memutuskan keputusan yang sewajarnya.

"J-jungkook akan ada peluang untuk hidup tak?"

Bodoh sekali soalan yang dilontarkan oleh aku. Jungkook menarik telapak tanganku. Sepucuk pistol berwarna perak diletakkan ke atas telapak tangan kananku.

Bibirnya menguntum senyuman yang aku dapat tafsirkan sebagai senyuman godaan.

Itu. Itulah keistimewaan Mr Sexy. Dia mampu untuk membuatkan aku makin jatuh cinta.

"Aku bagi kau pilihan. Sekarang, terserah kepada kau sama ada nak teruskan atau tidak. Aku nak kau tahu something."

---
Aku merenung pistol yang berada di dalam genggaman tangan.

Perlahan-lahan aku angkat pistol tersebut sehingga kedudukannya menyamai paras dada Jeon Jungkook.

"Apa yang a-awak nak beritahu saya?"ujarku dalam nada sebak.

Jungkook meletakkan telapak tangannya di dada.

Matanya setia merenung anak mataku.

"Aku bunuh mendiang kakak kau bersebab. Dia punca aku dapat dua personaliti. Kakak kau j-jadikan aku mangsa dia. Kau sedar kan kakak kau seorang doktor?"

Aku mengangguk tanda setuju dengan pernyataan Jungkook. Aku kemaskan pegangan tangan ke atas pistol tersebut.

"Dia ingat aku bodoh. Tetapi, sebab aku sayang mendiang kakak kau dulu. Aku relakan diri jadi bahan eksperimen dia. Aku menderita Jae Hee. Teramat sangat."

Luahan hati Jungkook membuatkan aku tergamam. Hampir melurut jatuh pistol yang berada di dalam genggaman tangan.

Tetapi, Jungkook memaut tangan aku semula. Pistol tersebut mendarat di atas permukaan dadanya.

"Kau buat pilihan yang sewajarnya. Aku sudah jadi pembunuh kakak kau. Waktu sebegini sememangnya tepat untuk kau balas dendam. Do it now, Jae Hee. Come on."

Desakan bertalu-talu daripada Jeon Jungkook membuatkan aku makin cemas.

Tanpa diduga, aku menarik picu pistol.

Bunyi tembakan memenuhi sekeliling ruang bilik.

"A-aku sayang kau, Shin Jae Hee."

Tubuh badan Jungkook terjatuh ke atas lantai. Kesan tembakan jelas kelihatan di bahagian dadanya.

Darah yang mengalir membasahi permukaan pakaian yang dipakainya.

"J-jungkook, maafkan saya. Maafkan Shin Jae Hee."

---

Jae Hee duduk melutut di hadapan Jeon Jungkook yang sudah terbaring lemah.

Bunyi esak tangisnya kedengaran sayu. Tangannya ditekapkan ke atas dada Jungkook.

"J-jangan tinggalkan saya, Jungkook. Please."

Jungkook hanya membisu. Darah mengalir keluar daripada celah bibirnya.

Degupan jantungnya semakin lama semakin perlahan.

----

•Bab 30/akhir : Part 1•

Saya buat dua part yang berasingan.

Jadi, biar suspens gitu.

Kejap lewat sedikit ada part 2.

🌚

[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now