//Chapter 6💞//

1.1K 65 2
                                    

Baekhyun merasa sedikit tidak selesa. Dia membuka matanya perlahan untuk membiasakan cahaya yang memasuki ke dalam retina matanya.

Dengan bauan yang ada di sekeliling nya dia tahu yang sekarang dia berada di hospital kerana bau ubat-ubatan. Tangan kirinya diangkat terdapat IV drip. Dia melihat sekeliling wadnya kosong.

Keluhan berat di lepaskan. Dia terasa seperti ingin ketawa. Bagaimanakah familynya akan tahu keberadaannya di hospital dah kalau dia pergi ke mana pun mereka tidak tahu.

Kepalanya masih sahaja terasa berat. Selsemanya juga tidak berkurangan. Dia terasa amat sejuk. Sememangnya seorang Byun Baekhyun bersifat sebegini. Dia mesti tengah demam panas sebab hujan semalam.

BAEKHYUN POV

Aku mula berfikiran logik apabila memandang sekeliling wad ku. Bukan kah semalam aku dekat bus stop? Macam mana aku boleh ada dekat hospital? Aku terpandang tingkap yang ada di dalam wad ku ini. Dah berapa lama aku duduk dekat sini sebab dekat luar dah nampak macam dah cerah.

Disebabkan aku masih sahaja terasa lelah aku cuba memejamkan semula mataku sehingga pintu wad ku ditolak oleh seseorang.

Aku melihat manusia yang melangkah masuk ke dalam wadku. Dia berjalan kearah ku. Park Jimin. Ya orang itu adalah Park Jimin bukan Park Chanyeol.

"Eoh! Hyung dah sedar?"

Aku mengangguk kan kepalaku.

"Hyung ada nak apa-apa?"

Aku menggeleng.

"Hyung. Kwenchana?"

Aku masih mengangguk. Tidak mahu membuka mulut. Dia bangun dan meletakkan belakang tangan nya ke atas dahiku.

"Hmm demam hyung masih tak surut lagi. Apa ubat yang doktor bagi tak berkesan ke?"

Aku tersenyum dengan gelagat Jimin. Sangat menggemaskan jauh dari Chanyeol yang tegas dan dingin sentiasa tu.

"G-gwenchana. Nanti baik lah. Hyung cuma kena rehat je ni."

Aku menjawab perlahan. Serak suaraku. No wonder la kering betul tekak sekarang ni.

"Hmm Jimin? Macam mana hyung boleh ada dekat sini? Lagi satu sekarang pukul berapa? Hyung mesti dah lambat nak pergi kerja seka--"

Belum sempat ayat aku habis seseorang masuk ke dalam wadku lansung memotong percakapan ku.

"Kau cuti harini tak payah masuk kerja."

"C-chanyeol?"

"Hmm aku yang bawa kau datang sini."

"A-apa yang jadi semalam?"

"Kau tak ingat ke?"

Aku berfikir sejenak. Aku ingat apa yang jadi semalam. Aku mengangguk. Chanyeol datang dekat dan duduk di kerusi yang tersedia sebelah Jimin. Dia mengeluh berat.

"Mian sebab aku semalam kau sampai masuk hospital."

Chanyeol menunduk semasa dia berbicara dengan ku.

"Gwenchana. Chan harini tak masuk pejabat ke? Mian sebab menyusahkn."

"Ani. Kau tak payah minta maaf. Aku yang salah dekat sini sebab tinggalkan kau semalam."

Tak banyak pun tenaga aku nak berdebat mulut dengan dia. Tak apalah kalau dah dia mengaku dia salah biarkan jelah. Aku mengangguk dan cuba melelapkn semula mataku.

Huh aku rasa memang ada bagusnya aku tak masuk kerja harini. Kalau tidak aku memang tak akan tahan lama sebab demam aku selalu akan makan masa untuk sembuh.

My Cute Personal Assistant [ChanBaek] [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now