TR 36

7.4K 505 6
                                    

tg_rinne

tg_rinne Good job guys

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

tg_rinne Good job guys. Rivals for a day #fitnessdaySSU #differentdepartment

Adrinne terus meletakkan telefon pintarnya di atas meja lampu. Dia mengeliat.

Habis penat otot-ototnya bekerja pada hari ini.

"Esok nak lepak mana?" soal Dahlia lalu melabuhkan punggung di atas katilnya yang dikuasai Aryana.

Elok sahaja gadis itu membaca majalah sambil landing di atas katil empuknya bak permaisuri.

"Macam tahu-tahu kita nak sapu dia esok" seloroh Adrinne.

Dahlia mula menjuihkan bibirnya. Mukanya serta-merta bertukar menjadi masam.

"Aku target tahun ni nak sapu Aryana kot" luah Dahlia.

Aryana yang mendengar namanya disebut terus mengerling ke arah Dahlia. Bibirnya diherotkan.

"Please try again next time" tuturnya sinis.

Dahlia terus menjeling Aryana geram.

"Okay girls stop" celah Adrinne apabila dia merasakan suasana di dalam bilik itu akan bertukar dengan kehadiran awan mendung di atas kepala Dahlia.

"By the way apa kata kita ajak the boys too" Cadang Adrinne.

Dahlia dan Aryana serentak memandang ke arah gadis itu. Adrinne menegur liurnya payah apabila dilihat seperti dia ialah pemangsa.

"Er why? Aku salah cakap ke?" soal Adrinne.

"Tak aku pelik. Kau dah make a peace ke dengan Izz?" soal Dahlia pelik.

"Dah lama dah. Kau je yang tak tahu. So kuno of you" ejek Adrinne.

"Tch" Dahlia berdecit.

"So how?" soal Adrinne kembali.

Aryana yang menyambung melihat majalah di tangannya hanya membalas dengan anggukan kepalanya sahaja.

"Me too" balas Dahlia setelah melihat jawapan positif yang diberikan oleh Aryana. Jadi dia juga ikut bersetuju dengan cadangan Adrinne.

Aryana terus menutup majalah di tangannya lalu turun dari katil Dahlia. Majalah itu diletakkan di atas meja lampu di antara katil Adrinne dan Dahlia.

"Nak balik dah ke?" soal Adrinne sebaik sahaja melihat Aryana berjalan ke arah pintu.

"Ye la" balas Aryana. Selipar getahnya disarungkan ke kaki.

"Night" ucapnya lalu membuka pintu.

Langkah diatur keluar dari bilik dua gadis itu lalu menyentuh permukaan licin security device yang berada di hadapan pintu biliknya.

Tit tit tit tit

Selepas menekan enter pintu terus terbuka. Kaki kanan dibawa melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Perkara pertama yang menangkap retina matanya sebaik sahaja menapak masuk ke dalam ialah sebuah bagasi berwarna hitam yang pasti bukan miliknya dan sudah tentu sekali milik gadis yang sebilik dengannya.

Mendengar pintu bilik air ditutup, Aryana terus mengangkat kepalanya. Matanya dan mata Hanna bertemu.

Hanna membantu di hadapan pintu bilik air. Kakinya masih memijak alas kaki.

Aryana tidak menghiraukan gadis itu lalu terus menanggalkan seliparnya. Kerusi beroda di meja ditarik lalu duduk di atas kerusi itu. MacBook di atas meja dihidupkan. Telefon pintarnya diletakkan di sebelah komputer riba itu.

Hanna mengemam bibirnya apabila Aryana tidak memandang ke arahnya.  Beg galas jenama Adidas yang berada di atas katilnya terus digalas. Langkah diatur menghampiri beg bagasi yang berada di hadapan pintu.

Buat seketika dia melepaskan keluhannya.

"Aryana" setelah sekian lama mengumpul kekuatan barulah dia berani untuk menyebut nama gadis yang tidak melayannya itu.

Mata Aryana masih setia memandang skrin MacBook di hadapannya tetapi sebelah keningnya terangkat. Pelik kerana tiba-tiba sahaja Hanna memanggilnya.

Mendengar bunyi derapan tapak kaki menghampiri mejanya, dia dapat mengagak Hanna berdiri hampir dengannya.

Hanna bermain-main dengan jari-jemarinya sambil menukur ke lantai.

"I want to say sorry because of my immatured behaviour" tutur Hanna.

Aryana masih lagi tidak memusingkan kepalanya memandang Hanna.

"By the way today is my last day, I'm going to transfer to Australia. And once again I'm sorry. Can you do a favour for me?" ujarnya.

Aryana terus menoleh memandang ke arah gadis itu.

"What?" soal Aryana mendatar. Tiada sebarang reaksi dipamerkan.

Hanna terus mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu diletakkan di atas meja.

"Tolong bagi surat ni dekat Haykal. Saya tahu dia tak nak jumpa saya. And you're my last option. I won't disturb you guys after this. Tolong ye Aryana. Saya balik dulu" pinta Hanna.

Aryana memandang kosong kertas A4 yang dilipat itu. Hanna berjalan berlalu pergi. Kasut disarungkan ke kakinya. Pintu terus ditolak. Sebelah tangannya memegang beg bagasinya.

"Till we meet again" gumam Hanna perlahan lalu meninggalkan bilik itu. Dia hanya menjadi penghuni bilik itu buat tiga bulan sahaja.

Keputusan yang dibuat ini juga demi kebaikan semua. Dia sedar apa yang dilakukan ini semua sia-sia. Haykal tidak akan menerimanya kembali dan peluangnya untuk menyertai national team juga hanya tinggal angan-angan apabila terdapat rekod salah laku disiplin sepanjang tempohnya menuntut di sini. Jadi cara yang terbaik ialah berhijrah ke tempat yang baharu dan mulakan dari bawah. Mungkin itu akan memberikan peluang yang lebih baik untuknya bersinar.

SSU. Haykal. Itu semua hanya masa silamnya. Kini dia akan pergi tinggalkan semua itu. Demi kebaikan dirinya. Bakat yang ada pada dirinya tidak sepatutnya disia-siakan. Ya dia sedar semua itu. Dia sedar yang dia perlu move on dan pandang ke hadapan.

Dan kini dia akan meneruskan perjuangannya di tempat baharu.

TBC

The Rivals✔Where stories live. Discover now