t w e l v e

1.3K 206 24
                                    

Aku bangun dan terus balik ke rumah Changbin.

Pintu tandas aku buka lalu aku masuk. Aku ternampak satu kotak bersaiz sederhana berwarna hitam.

Perlahan-lahan aku buka.

Terdapat beberapa barang di dalamnya.

Barang yang berada di tempat yang teratas sekali aku ambil lalu lihat.

Ianya sekeping polaroid gambar aku bersama Changbin. Di belakangnya terdapat sepotong ayat.

'Han-at ft trashbin'

Aku tergelak kecil. Kenapalah ada lawak hambar time tengah sedih ni.

Barang yang berada di bawah polaroid itu aku ambil. Sepucuk surat itu aku buka.

-----

To my dear, Han Yoora.

Thanks sebab selama ni awak percayakan saya, awak cintakan saya seikhlas hati awak. Tapi maafkan saya sebab buat keputusan untuk tinggalkan awak. Cuma saya taknak awak risau. Mungkin sekarang saya dah pergi, jadi sila lupakan saya.

Your baby, Changbinnie :) .

-----

"Hiks kau bodoh Changbin. Kau yang pergi tinggalkan aku.. hiks"

Aku mengesat air mata yang jatuh. Sungguh, aku tidak kuat. Tidak mampu menahan lagi.

Kenyataan bahawa Changbin sudah pergi tidak boleh diubah. Hati ini berasa bersalah kerana membenci dia. Tapi sekarang, Changbin dah tinggalkan aku. Tiada apa lagi yang boleh ku lakukan. Hanya hati ini sahaja tidak akan berhenti dari mencintai dia.

end.

*

Yeyyyy aku dapat tamatkan ff ni dalam tahun ni :)). Maaf ye if bosan ;-;. Kalau ada typo kat mana-mana tu cakap je, kalau aku rajin aku tukar.

putus, changbin.Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz