BENCI TAPI RINDU-BAB 4

64 7 0
                                    

Hari ni,aku tak payah pergi kelas lagi. Kelas cancel. Tak tau sebab apa. Selalu sangat cancel sampai kelas first pun boleh cancel.

Aku dah habis solat subuh,so aku pun buatkan sarapan untuk minah dua orang tu. Hari ni kan turn aku.

Selepas siap menggoreng nasi,aku ternampak Dee turun dari tangga.

"Ek,awal bangun. Mana sorang lagi minah tu? Tak bangun lagi?" Tegurku kepada Dee.

"Hmm,biasalah minah tu. Takkan tak kenal kot dia tu macam mana. Sekejap lagi kelam kabut lah dia. Aik,kau tak de kelas ke? Rilex je aku tengok kau ni." Soal Dee sekaligus menjawab soalan aku.

"Kelas aku cancel. Entahlah sebab apa. Jap,aku nak pergi kejut si Mar tu." Kataku seraya melangkah naik ke tangga.

Selepas mengejutkan Mar,aku dan Dee makan sarapan terlebih dahulu. Aku tahu Mar tak akan makan sarapan di rumah kerana dia sudah terlambat. Sekarang sudah pukul 8:20 pagi,dia ada kelas pukul 8:30 pagi. Dia mandi pun bukan main lama lagi. Nak sampai U pun dah nak dekat sepuluh minit.

Habis saja sarapan,kami menonton tv sebelum melihat drama yang bakal berlaku sebentar saja lagi.

Tiba-tiba terdengar bunyi hentakan kaki di tangga. Ha,dah turun pun minah ni.

"Tumpang lalu,aku dah lambat ni."

"Sorry sikit,kami tak de menghalang laluan kau pun. Tula lain kali bangun lambat lagi. Kan dah kelam kabut." Bebelku kepada Mar.

"Tak de masa nak dengar bebelan kau. Pergi dulu. Oh,sorry aku tak sempat sarapan pagi ni. Nanti aku belilah apa-apa kat kafe. Bye."

"Aku nak sidai baju jap ok." Kataku kepada Dee.

Aku terus pergi ke bilik mesin basuh dan mengambil baju yang perlu disidai.

Sedang aku menyidai baju,aku ternampak seorang lelaki sedang berjalan ke arah rumah sebelah.

Oh,he's sooo hot. Dari luar dah nampak six pack dia sebab badan dia berpeluh. Mungkin sebab dia pergi jogging kot.

Aku terus melihat dia sehingga dia masuk ke dalam rumahnya iaitu rumah sebelah kami!!! Tak sangka kami berjiran dengan abang hot!!

Tiba-tiba dia menoleh ke arah aku dan mata kami bertentangan

Sesaat,dua saat,tiga saat dan aku terus mengalihkan pandangan mataku. Malunya dia dapat tangkap aku intai dia. Aku terus buat-buat tak nampak dan teruskan menyidai baju. Takkan nak tinggal. Nampak sangat nak lari daripada dia.

Dalam hati aku sudah resah. Tangan aku lajukan untuk menyidai baju.

Dia tengok ke sini dan terus pergi ke arah pagar yang memisahkan rumah kami. Dia tengok ke sini dan terus menegurku.

"Hai,cik adik. Buat apa tu?"

"Tengah main badminton. Takkan tak nampak kot." Aku cuba kawal riak muka aku. Jangan sampai dia perasan yang aku tengah tahan senyum sudah lah.

"Amboi,garangnya dia. Aum. I like it." Katanya dengan senyuman menggoda.

"Hish,mengacau saya nak sidai baju buat apa. Baik awak pergi masuk dalam pastu mandi. Busuk sampai ke sini boleh bau." Kontrol ayu Reen.

"Eleh,tak suka konon. Tadi dia yang perati kita macam nak telan. Tu,yang tersenyum-senyum tu kenapa? Cair tengok abang hot ni ke?" Kata dia sambil tersenyum kambing. Dan ternyata cubaan mengawal riak mukaku gagal. Malunya!! Aku diam tak berkutik.

"Malu ke cik adik? Btw,my name is Khairul Amin. You can call me Khai. Nice to meet you." Khai menghabiskan ucapannya dengan kenyitan mata kepadaku.

"Nurin Adryana. Call me Reen."

"Malu tapi mahu. Awak ni ma..." Tak sempat dia berkata sampai habis,aku sudah berlari masuk ke dalam rumah cepat-cepat. Kenapa aku rasa panas dekat pipi aku ni? Blushing rupanya. Jantung aku ni macam nak meletop je rasa. Malunya. Mesti dia nampak muka aku blushing tadi.

Hope to see him again...

Benci tapi rinduWhere stories live. Discover now