[23]

125 26 24
                                    

"Kenapa dengan daehwi?" Soal seseorang mengambil perhatian jihoon dan Woojin. Orang memandang mereka berdua dengan satu kening terangkat

Jihoon dan Woojin berpandangan sebelum salah seorang daripada mereka memulakan percakapan.

"Erkkk sebenarnya kitaorang kehilangan dia" jawab jihoon

Orang itu mengangkat sebelah kening nya

"Maksud?" Tanyanya

"Jangan lah serius sangat hyung buat kitaorang rasa macam kitaorang ni ada buat jenayah pula" kata Woojin apabila Orang yang di gelar 'hyung' itu memandang mereka serius.

"Yalah hyung baru ja nak rasa jadi detektif tadi" jawab orang itu iaitu Sungwoon lalu berlagak seperti biasa.

"So kenapa dengan daehwi?" Soalnya lagi kali ini dengan riak wajah yang selalu dipaparkan.

"Tadi kitaorang ajak eh tak lebih kurang paksa daehwi ikut kitaorang jogging awal pagi" jawab Woojin kemudian memberi isyarat agar jihoon menyambung ceritanya.

"Lepas tu Woojin lari laju sangat dan aku kejar lah tapi tiba tiba Woojin ni berhenti so kitaorang jatuh" jihoon berhenti bercerita dan menyuruh Woojin menyambung.

Manakala Sungwoon pula hanya mampu pasrah dengan perangai 2park itu. Kerana malas ingin menganggu mereka berdua bercerita , Sungwoon hanya bersabar sahaja apabila mendengar cerita mereka berdua. Kenapa lah aku ada kawan macam ni? Katanya di dalam hati.

"Dan.... aku berhenti sebab aku rasa aku terlupa sesuatu , lepas kitaorang jatuh kitaorang gaduh sekejap" Woojin berhenti lagi

Ingin sahaja Sungwoon menghentak kepalanya di tanah sekarang kerana 2park itu bercerita terlalu lama sehingga membuat dirinya tertanya tanya. Tapi nasib baik dia masih memiliki kewarasan agar tidak melakukan perkara itu. Tapi ingin sahaja dia mengerjakan 2park itu tapi apabila mengingat mereka berdua ikut kawannya , dia memadam niatnya itu.

Entah bila nak habis cerita 2park ni? :') - Sungwoon

"Habis ja kitaorang gaduh , aku tanya kenapa dia berhenti. Woojin jawab dia rasa macam terlupa sesuatu , so kitaorang fikir lah" jihoon menghentikan ceritanya.

"Lepas tu kitaorang sedar daehwi dah hilang , lepas tu hyung muncul dan suruh kitaorang cerita kenapa." Kata Woojin

"Tamat" kata Woojin dan jihoon serentak sambil menepuk tangan bersama sama.

"Yeahhhh" kata Sungwoon sambil menepuk tangannya malas

"So sekarang ni korang nak buat apa?" Tanya Sungwoon

"Entah" balas mereka berdua serentak.

Sungwoon hanya mampu menahan dirinya daripada membaling 2park itu ke tengah jalan.


💎💎💎💎



Y/n sedang menunggu bas yang dinaiki nya , tapi sudah beberapa minit dia menunggu tiada tanda tanda bahawa bas akan tiba. Dia memutuskan untuk menunggu lagi , akhirnya sebuah bas tiba di hadapannya. Tanpa menunggu lagi dia menaiki bas itu apabila pintu bas terbuka.

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now