Dua

16 1 2
                                    

Kemeriahan majlis perjumpaan semula pelajar kelas 53-1 boleh didengari sehingga ke luar sebuah restoran. Namjoon membelek jam tangannya. Majlis rasmi yang pada awalnya diadakan di dewan telah tamat dan bertukar tempat.

"Dah lewat ni" dia bangun dengan perlahan. Sejujurnya dia ingin sahaja menolak tawaran mereka tadi, namun tidak mampu.

"Hey heyyy Namjooooniee nak balik dah ke" Seorang lelaki memaut lengannya pada bahu namjoon. Langkah namjoon terhenti.

"Ya Jackson, aku dah ikut kau ke sini kan, now I would like to politely ask to dismiss from this extended party" Namjoon menolak wajah Jackson yang mengeluarkan aroma alkohol.

"Ahh nak ikut nak ikut, bawalah aku sekalii" Jackson merengek.

Setelah beberapa tolakan dan tarikan, namjoon berjaya melepaskan diri daripada tempat tersebut, akan tetapi..

"Wahhhh, warm and cozynya kereta kauuu"
Jackson meraba raba kerusi kereta namjoon. Selang beberapa minit, dia dah pun tertidur.

Jackson adalah sepupu Namjoon, dan mereka berkawan baik sejak sekolah tadika lagi, takdir mengikat talian persahabatan mereka sehingga ke sekolah menengah.

Sebelum mereka keluar, namjoon sudah menelefon pemandu peribadinya. Dia tidak yakin ingin memandu sendiri setelah terlibat dengan pelbagai kemalangan kecil semasa latihan memandu.

~~
Namjoon dengan tenang menikmati pemandangan malam hari dari tingkap kereta yang ditemani dengan hujan dan alunan muzik yang menenangkan-

"NAMJOON NAMJOON STOP THE CAR PLEASE!! "

"KAU KENAPAAAA?!"

"AKU- AKU NAK MUNTAH-"

BLERGH

"Jackson, aku fikir kau ni cousin aku aje tau. Kalau tak aku dah campak kau dekat dalam sungai tu." Namjoon mengeluh kecil sambil menepuk belakang badan sahabatnya yang masih dalam keadaan yang tidak stabil.

Jackson memaut pada palang penghadang di jambatan tersebut.
"T-thank you mister sebab berhenti kecemasan dekat tepi ni, I owe you one" Jackson mengenyitkan matanya pada pemandu namjoon yang sedang membersihkan tempat duduk belakang kereta tersebut.

Namjoon dengan sengaja menepuk belakang Jackson dengan lebih kuat.

"Auch! Ohh what's that?" Jackson menunding jari pada kelibat seorang perempuan yang berjalan lesu jauh dari tempat mereka berada, dia menuju ke arah palang penghadang.

"Namjoon what if... itu- heee hee heee~"
Jackson mengangkat kedua tangannya dan dibuaikan pada muka namjoon seolah-olah meniru perwatakan hantu.

Namjoon hanya memerhatikan tindakan perempuan itu dari jauh.
Dia mengeluarkan sesuatu yang bercahaya daripada poket blousenya yang nampak tidak terurus. Rambutnya juga terlihat serabut dan basah.

"Namjoon, apa kata kita pergi tengok dekat sikit" kata Jackson yang sepertinya sudah tidak lagi dibawah kawalan alkohol.

"Kau ni, jangan sibuk hal orang lah-"
Belum sempat Namjoon menghabiskan ayatnya, Jackson sudah pun pergi meninggalkan Namjoon di belakang.

"Oiii!! " Namjoon berlari anak mengejar Jackson, namun berhenti mengejut agar tidak berlanggar dengan Jackson yang juga secara tiba-tiba berhenti.

"Itu.. Bukan ke Mi Rae? " Jackson berkata perlahan.

Mata Namjoon membulat. Belum sempat Jackson meneruskan kata-katanya, Namjoon terus berlari ke arah perempuan tersebut.

Perempuan itu berkata sesuatu dan meletakkan telefonnya di bawah seraya memeluk palang jambatan itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Stay | 김남준 (K.N.J)Where stories live. Discover now