💐 Bab 3 💐

3.3K 539 148
                                    

Naddy dan Jaera sama-sama cemas apabila melihat Jimin seakan-akan mahu memisahkan mereka. Keadaan lelaki itu tidak setenang tadi. Gelabah, cemas, seakan-akan mahu dipisahkan jauh-jauh mereka. 

"Jaera keluar. Ikut Hoseok balik."

"Hah? Tak nak! Saya..."

"Keluar abang kata." Tangan Jimin naik bercekak pinggang. Matanya dari tadi merah menahan marah. Turun naik dadanya melawan nafas dan sabar agar tidak naik tangan dengan Jaera.

"Okey, saya.. saya terangkan apa yang jadi. Tapi jangan paksa dia keluar dari sini kalau dia tak nak." Naddy bersuara. Mencerlung terus pandangan mata Jimin ke arah Naddy. Tajam.

"Jangan campur urusan aku dengan dia." Kasar Jimin menjawab. Jaera risau. Lengan abangnya dipegang. Tidak mahu Naddy diapa-apakan. Hoseok bersedia ingin membawa Jaera pergi. Tetapi melihat keadaan yang nampak tak terurus, bingung dia jadinya.

"Jaera balik. Biar abang dengan dia ni bercakap sendiri."

"Tapi abang, Naddy tak salah apa-apa pun."

"Abang tak kata Naddy salah. Kenapa awak overthinking? Ke memang betul Naddy ada apa-apakan awak?" Soal Jimin pantas. Mati ayat Jaera dibuatnya. Matanya merayu memandang Naddy agar membantu. Tetapi Naddy sendiri bingung. Tidak sangka perbuatannya ini dapat dihidu oleh abang Jaera.

"Seok, bawa dia balik." Hoseok mengangguk. Tangan Jaera, Hoseok capai. Tetapi gadis itu pantas mengelak. Matanya menjeling Hoseok.

"Saya boleh jalan sendirilah!"

"Abang cuma nak tolong je."

"Hish!"

Jaera meluru keluar. Hoseok menarik nafas panjang. Dia turut sama keluar. Nampaknya dia terpaksa menghadap perangai degil Jaera. Ini semua kerana Jimin.

Terkatup sahaja pintu rumah itu, tumpuan Jimin terarah pada Naddy. Tangannya mula mengenggam penumbuk. Dia memandang Naddy begitu garang. Seakan-akan ingin tertembus ke belakang kepala.

Naddy menunduk. Tali bathrobe yang terikat semakin kemas ditarik. Bukan kerana apa, dia bimbang lelaki ini mengapa-apakan dirinya.

"Kenapa mesti adik aku?" Soal Jimin. Naddy menelan liur.

"Dia suka."

"Dia suka? Dia suka sebab kau yang mulakan dulu, kan?" Naddy diam lagi. Tak tenang.

Jimin menapak mendekati Naddy. Gadis itu terus cemas tak tentu arah. Dia tidak suka ada lelaki mendekatinya.

"Jangan dekat. Saya.."

"Kenapa? Aku lelaki. Kau boleh sentuh aku. Tapi adik aku, adik perempuan aku, jangan. Sumbang."

"Stop! Saya.. saya tak suka." Jimin berhenti. Hanya tinggal beberapa langkah sebelum dia dan Naddy betul-betul rapat. Jimin tiada niat apa-apa. Cuma menggertak.

"Jangan dekat dengan adik aku lagi." Kata Jimin, separuh berbisik. Mata Naddy terangkat, matanya bergetar.

"Why?"

"Kau tanya aku kenapa? Hubungan kau dengan adik aku tu sumbang. Kau dah buat yang bukan-bukan dekat adik aku. Manusia jenis apa kau ni? Zalim pada diri sendiri, pada orang lain? Tak takut balasan Tuhan?" Terdiam Naddy. Namun ada sesuatu pada mata itu. Kabur.

"Jangan campur urusan saya kalau awak tak tahu perasaan saya."

"Jangan rosakkan bangsa sendiri, Naddy. Jangan letak maruah kau dengan tikus-tikus longkang. Tolong letak maruah kau separas dengan bidadari."

Naddy mendengus. Air mata yang tiba-tiba mengalir diseka pantas.

"Keluar dari rumah ni. Sekarang." Arah Naddy tanpa memandang Jimin. Jimin tertawa halus.

[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now