SBET 🌼 12

6.2K 224 13
                                    


Hari ini keputusan spm akan diumumkan,Husna sedari tadi tak senang duduk,perasaan dia semua ada bersatu didalam dadanya takut,risau,runsing,bimbang..macam- macam lagilah..yang paling dia tak suka bila takut ni ialah asyik nak terkencing saja.Hish!!dah beberapa kali dah asyik ulang alik ke tandas.Jam baru menunjukkan pukul lapan setengah pagi,lambat lagi..keputusan boleh diambil mulai pukul sepuluh pagi di sekolah mereka.Jam ditangan  dikerlingnya..hiii,..napa lambat sangat jam ni bergerak?"

"Sabar kak Una".sampuk Iza yang dah naik pening melihatkan gelagat kakaknya yang sorang ni.

"Akak takut ni Iza..macamana kalau keputusan akak tu tak seperti yang diharapkan..akak takut keciwa Iza.."

"Akak..optimis please!".

"Ibu dah siap ni..Una..Iza jom!"laung ibu dari tangga, ibu baru turun ketingkat bawah terus memcapai kunci kereta yang terletak diatas meja ditepi dinding itu.

Husna dan Iza pantas bangun dari duduk lalu terus mengekori langkah ibu.Ibu memandu dengan tenang menuju ke sekolah Husna.

Kelihatan ramai kawan-kawan Husna sudah memenuhi kawasan sekolah tersebut.Ibu terus memakirkan kereta berhampiran dengan tapak perhimpunan.Husna terus keluar mendapatkan tiga orang sahabatnya iaitu Affa,Nina dan Omminara.Mereka berempat berjalan menuju ke arah dewan tempat yang telah ditetapkan oleh guru supaya berkumpul disitu untuk menerima keputusan masing-masing.

Debaran didada terasa begitu menyesakkan bagi Husna.Doanya kepada yang Esa tidak pernah putus supaya keputusan spmnya nanti mendapat straight A.Keputusan telah mula diumumkan oleh cikgu,hanya murid yang mendapat 5A keatas sahaja yang akan diumumkan namanya oleh cikgu.Husna menunggu penuh debar..tangannya sejuk,takut ya amat Husna ni.
Nama Nina dan Ommi sudah diumumkan dan mereka mendapat 8A.Tinggal nama Affa dan Husna lagi yang belum diumumkan.."apakah nama aku langsung tidak tersenarai.."airmata Husna mulai mengalir,hatinya tersangat bimbang.

Affainin Sofea binti Muhamad Sufi..11A dan yang nama yang terakhir ialah..Fathia Husna binti Fathir..11A!Tahniah kepada semua murid yang cemerlang.

Husna dan Affa masing- masing berpelukan sambil airmata kegembiraan mengalir membasahi pipi."Ibu..abah..Mia..ini hadiah untuk kamu..

Setelah keputusan diambil Husna pergi mendapatkan ibu dan adiknya Iza.Keputusan yang ada ditangannya ditayangkannya."tadaaa.."
"Tahniah kak Una..wowww..gempak gila keputusan akak ni..kalah angah ni.."begitu teruja nya Iza tapi tak payahlah nak bandingkan keputusan aku dengan siamang berbulu tu..kang tak pasal-pasal aku jugak yang kena maki.


.

🌼🌼🌼

Semua orang sudah berkumpul diruang tamu selepas makan malam tadi,bukan ada acara apa pun cuma nak umumkan keputusan spm Una je..dekat abah dan Amir serta angah.Ibu masuk keruang tamu itu dengan sedulang kopi serta cawan ditangannya.Ok..semua sudah sedia..1..2..3...keputusan spm Husna hulurkan kepada abah..abah ambil dan semak..senyuman kecil kemudiannya terhias diwajah abah.
"Tahniah Husna..pandainya anak abah ni..Amir, Iza nanti contohi kakak Husna ni..belajar pandai-pandai"pesan abah."Hm..Husna nak mintak hadiah apa ni dari abah?"tanya abah semula.

Husna terdiam dan berfikir sebentar,semua mata terarah kepadanya."ehem!..Una nak mintak izin dari abah dan ibu..Una nak sambung belajar dekat luar negara..boleh tak abah..ibu?"

Lama abah dan ibu terdiam.Melampau sangatkah permintaan aku? atau..ianya terlalu menyusahkan abah untuk menanggung pembelajaran aku..tapi aku ada sedikit simpanan dalam beberapa ribu aku ingat..duit belanja yang abah beri selalu aku simpan saja dalam lima tahun lebih jugaklah..aku menabung,campur pulak dengan duit gaji aku semasa aku bekerja dengan Affa dulu di butik..aku rasa cukuplah kut untuk aku daftar dimana-mana Uni..

Saat Bila Engkau Terima[Completed]Where stories live. Discover now