Part 5 - Warded

49 9 0
                                    

Tiba di hospital, ahjussi berhentikan kereta di hadapan bahagian kecemasan. Chanyeol keluar dahulu dan mengambil kerusi roda. Hyerin dipapah dan didudukkan di atas kerusi roda. Beg dia dan Hyerin diambil.

"Hyerin, ahjussi pergi ambil appa kamu dulu ya."

"Nae ahjussi. Gomawo."

Chanyeol pergi mendaftar untuk kes Hyerin. Dia dimasukkan ke wad kecemasan. Chanyeol diminta untuk menunggu diluar. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu.

"Guys, Hyerin dekat Myeongwoo hospital. Aku rasa korang tak payah tengok dialah hari ni. Kalau dia kena warded korang datang esok. Kalau tak, korang tengok dekat rumah dia je lah."

-Chanyeol-

●●●

Hyerin sudah berada di atas katil. Seorang jururawat datang membawa troli. Mungkin barang-barang untuk mencuci lukanya.

"Annyeonghaseyo. Saya nak bersihkan luka. Tahan sikit ehh?"

"Kejap. Tolong bagi doktor keluarga saya untuk handle kes saya. Appa saya, Kim Seo Jun"

"Nae. Nanti saya tolong carikan doktor yang sepatutnya. Bagi saya cuci luka dulu ye."

"Nae."

Hyerin sedikit tersentak apabila jururawat itu mula mencuci luka. Dia risaukan Chanyeol. Entah apa yang lelaki itu buat diluar. Selepas luka siap dicuci, kakinya pula dibalut. Entah terseliuh atau patah, dibalut sahaja oleh jururawat itu supaya kecederaan tidak bertambah teruk. Kemudian, jururawat itu pun beredar.

Hyerin mengambil begnya dan mencapai telefon. Kenalan dibuka dan ditekan nombor Chanyeol. Sempat Hyerin dan Chanyeol menukar nombor telefon di dalam kereta tadi. Senang untuk berkomunikasi in case terjadi apa-apa.

"Chanyeol, kau ada dekat luar ke?"

"Nae. Kau dah okay ke? Doktor kata apa?"

"Doktor tak datang lagi. Tapi nurse dah cuci luka aku. Kaki aku pun dah balut. Sekarang ni nak tunggu doktor datang. Nak check dulu kaki aku ni terseliuh ataupun tak. Sekejap je sebab doktor tu doktor family aku. Kau dekat luar lagi ke?"

"Haah."

"Pergilah balik. Jangan risaukan aku. Nanti family aku datang. Kesian kau tunggu lama-lama. Esok nak sekolah."

"Tak apa. Aku tunggu sampai family kau datang."

Chanyeol senyap seketika. Hyerin seperti mendengar seseorang memanggil nama Chanyeol di dalam talian.

"Hyerin, aku letak dulu. Apa-apa call aku."

"Nae."

"Nae ahjussi? Oh annyeonghaseyo." kata Chanyeol seraya menunduk apabila ternampak keluarga Hyerin.

"Siapa budak ni ahjussi?"

"Dia kawan Hyerin, Puan. Dia yang tolong bawak Hyerin datang sini."

"Jadi kaulah yang ajak dia main basketball kan!" kata Hyecheol yang tiba-tiba marah sambil memegang koler baju Chanyeol. Pantas sahaja ahjussi meleraikan pertelingkahan itu. 

"Saya mintak maaf. Saya tau saya salah. Sebab tu saya tunggu Hyerin sampai sekarang. Kalau saya tak ada rasa bersalah dan tanggungjawab, dah lama saya balik." kata Chanyeol sambil menunduk.

"Tak apa Chanyeol. Hyecheol memang macam ni. Dia terlalu sayangkan Hyerin. Sebab tu jadi macam ni. Okay, sekarang ni, kamu cerita dekat kami semua apa yang dah jadi." kata Puan Kim lembut.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora