021

506 111 9
                                    

Daeun cepat-cepat lari ke tempat lain sebelum Haechan menyerang semula dan Haechan berbuat demikian tetapi Daeun sempat mengelak serangan itu. Daeun melemparkan serangan kejutan itu dan berjaya menjatuhkan Haechan.

Daeun mengutip semula pistol yang Haechan lempar itu dan tuju pistol itu pada Haechan, menunjukkan Daeun telahpun menang dalam perlawanan mereka. Haechan tersenyum sinis sambil terbaring atas tanah dan gelak.

" Baiklah. Kau menang, bunuh ja lah aku. Aku tak ada sebab lain nak hidup di dunia yang jahat ni. " Ujar Haechan, Daeun menekan picu pistol itu dengan perlahan.

Daeun yang berpeluh dan gementar itu, perlahan-lahan menekan picu pistol dan terlepas sebutir peluru tetapi ia tidak kena Haechan dan terkena pada dahan pokok. Daeun melepaskan pistol itu dan magazin pistol itu terkeluar. Ternyata peluru yang Daeun tembak tadi merupakan peluru terakhir pistol tersebut.

" Ini bukan tugas aku. Aku tidak sepatutnya bunuh orang. " Ujar Daeun sambil menghulurkan tangan pada Haechan untuk bantuan. Haechan menunjukkan muka bengis pada Daeun. Mengapa Daeun begitu baik dengan seorang pembunuh upahan pada dia?

Sebelum Haechan pegang tangan Daeun, satu tendangan dilemparkan pada muka Haechan yang menyebabkan dia terjatuh semula ke tanah dengan muka pada tanah. Jeno yang lemparkan tendangan itu terus mempertahankan Daeun.

" Kau jangan cuba dekati Daeun! " Ujar Jeno kepada Haechan yang pengsan itu. Daeun tenangkan Jeno dan beritahu segalanya yang terjadi ketika dia pengsan tadi.

Selepas Daeun terangkan semuanya pada Daeun, Jeno terus memeluk Daeun dengan erat. Daeun terbeliak matanya akan aksi Jeno.

" Syukur kau selamat! Aku tak nak kau rapat lagi dengan laki tu. " Ujar Jeno. Entah mengapa pipi Daeun memberi reaksi akan ayat-ayat Jeno itu. Adakah dia mula menyukai Jeno?

Daeun berasa geram tiba-tiba dan terus menumbuk Jeno di perut yang Jeno terjatuh ke lantai dengan perasaan sakit menakluki badannya.

" Kau pula jangan senang hati nak peluk aku macam tu! Aku bukan mainan kau! " Ujar Daeun yang muka merah itu. Dia tahu Jeno cuma risau padanya tetapi mengapa dia peluk Daeun begitu?

Kemudian, Jeno melepaskan tawa kecil yang terbuat Daeun menjadi makin marah dan ingin serang Jeno lagi tetapi berhenti apabila Jeno bercakap.

" Itu baru Daeun yang aku kenal, tak cepat jatuh hati. " Kata Jeno. Daeun mengecis dan pandang ke tempat lain dengan muka merah itu. Memalukan aku saja lah.

Tiba-tiba, datang Bomin, rakan sekumpulan Jeno. Daeun cepat-cepat menendang pistol yang dia pakai tadi ke dalam semak agar Bomin tidak suspek apa-apa dari mereka. Daripada dia membantu Jeno, pasangannya dalam aktiviti ini, dia lebih pentingkan Haechan. Bro, kau risaukan orang yang salah.

" Apa jadi pada Haechan? Muka dia kotor! " Ujar Bomin dengan risau. Kau lebih pentingkan muka dia daripada kecederaan dia. Daeun terpaksa menipu Bomin, mengatakan Haechan terjatuh dari pokok kerana dia panjat pokok tadi. Bomin pun percaya akan kata-kata Daeun.

" Jeno pula? " Bomin bertanya pula tentang pasangannya. Lagi sekali, Daeun memberi penipuan keduanya dengan mengatakan Jeno terjatuh ke lantai kerana terlanggar dahan pokok. Bomin juga percaya pada penipuan itu.

" Apa-apapun, aku lega korang selamat. Tadi, Jeno terus pecut lari, tinggalkan aku when dengan bunyi pistol tembak. " Kata Bomin, meletak sebelah lengan Haechan ke bahunya agar dia boleh bantu Haechan. Daeun pula tolong Jeno.

Mereka berdua berjalan perlahan-lahan ke tempat dimana mereka bermula aktiviti hutan ini. Yang lain kelihatan risau apabila Bomin dan Daeun kembali dengan Haechan dan Jeno di bahu mereka, dalam kesakitan. Mereka ceritakan apa yang berlaku dan lega bahawa tiada kecederaan yang serius berlaku kepada mereka.

Yena, Yeji dan Sujeong juga berasa lega bahawa Daeun tiada kecederaan yang serius. Mereka betul-betul risaukan dia kerana dia, Bomin, Haechan dan Jeno merupakan orang-orang terakhir yang keluar dari hutan.

" Jangan risau. Aku okay ja ni. Cuma berdarah kat tangan ja. " Ujar Daeun dan mereka menjadi lagi risau kerana Daeun tercedera. Mereka dengan serta-merta bantu Daeun rawat kecederaannya. Tangannya akan disalahsangka dengan tangan beruang kerana mereka balut kecederaan dengan banyak-banyak kapas.

.
.
.

updated bcs of request and
i wanna know what do you all
think of this fanfic? what makes
you all wanna read this story?

Assassination ↻ LJN √Where stories live. Discover now