BAB 23

4.8K 218 2
                                    

Zeeyad turun ke dapur seperti biasa. Kali ini rumah sedikit sunyi tanpa ada suara adik-adik dan juga isterinya. Mereka baru sahaja keluar bertiga. Kelihatan Datin Suraya dan Datuk Faizal dengan muka serius sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu bawah.

"Morning mama, papa" Zeeyad turut menyertai mama papanya menonton televisyen.

Datin Suraya memberi isyarat mata pada suaminya apabila agak lama mereka dalam keadaan diam sunyi.

"Zeeyad dah melampau kan?" Datin Suraya bersuara memecahkan kesunyian.

Zeeyad angkat bahu. Terkejut dengan ayat pertanyaan yang keluar dari mulut mamanya. Ya lah tiba-tiba ja kena marah macam tu. Sapa ja tak terkejut kan?

"Zeeyad buat apa mama?" Tangan sengaja mengusutkan rambut. Ingat mama nak kesian kot buat-buat muka tak bersalah tu.??

"You ask yourself! You jangan ingat mama tak tahu apa yang you buat. Zeeyad still in touch dengan si Dyan tu kan? Enough Zeeyad, dia tu tak ada hak lagi kat Zeeyad."

Datin Suraya menghamburkan amarah pada anak sulungnya. Selama ni dia senyap ja. Bila dah senyap, makin melampau pulak anak yang sorang ni. Sekarang biar dia bersuara daripada benda yang lagi buruk jadi.

"Su, dah. Biar abang cakap pulak." Datuk Faizal pula menyampuk. Datuk Faizal bukanlah seorang yang suka masuk campur. Tapi bila berkaitan masa depan anak-anak dia jadi tegas.

"Zeeyad. Papa tak nak kamu teruskan lagi janji bodoh kamu dengan si Dyan tu. Stop it la Zeeyad. Along dah ada family sendiri yang nak kena jaga. Jaga Lea elok-elok. Along masih tak sedar ke yang Dyan just nak mempergunakan along? Kalau ikutkan, siapa dia nak atur-atur hidup kamu?. Dia tak ubah macam seorang perempuan simpanan kamu kalau kamu still layan dia macam ni. Dah-dah la janji nak jaga dia apa benda tu. Bukan tak ada orang lain lagi kat Malaysia ni yang nak jaga dia. Dia pun ada family, mak bapak. Papa ingat anak sulung papa yang dah papa habiskan duit berjuta pergi study jauh-jauh, kerja besar-besar ni pandai, rupanya masih tak boleh nak fikir benda kecil ni. Papa kecewa tau bila tahu Zeeyad still setia dengan janji Dyan tu. Dia tu bukannya betul sangat Zeeyad. Dulu dah pernah masuk Hospital Bahagia pun."

Datuk Faizal bebel panjang.

Zeeyad hanya tunjuk. Namun dia juga ingin mempertahankan apa yang dia takutkan selama ini.

"Sebab dia ada masalah la Zeeyad buat janji tu semua papa. Zeeyad takut dia bertindak yang bukan-bukan. Zeeyad takut dia ancam keluarga kita." Kata Zeeyad sambil memandang mama dan papanya.

"Kalau dia tiba-tiba nak suruh along kahwin dengan dia, along nak kahwin la? Orang yang ada masalah macam dia tu tak boleh diduga. Tak mustahil dia akan buat permintaan macam tu."

Tegas Datin Suraya berkata.

Namun cepat-cepat dibalas kembali Zeeyad.

"Tak ma, Zeeyad tak akan kahwin. Kami dah janji yang dia tak boleh mintak Zeeyad kahwin dengan dia. 

Datuk Faizal senyum.

"Kalau kita percayakan orang yang tak betul, mungkin otak kita tu yang ada masalah Zeeyad."

Datuk Faizal kembali mengalihkan pandangan pada rancangan di televisyen.

Pasti ada maksud tersirat daripada kata-kata Datuk Faizal. Zeeyad diam sendiri.

TBC...

Kakak ipar paling RAREWhere stories live. Discover now