Part 9

51 4 0
                                    

Di sekolah ~


Hana melangkah malas ke stor sukan. Sebab apa ? Dia telah mendapat arahan dari seseorang yang menyatakan Cikgu Hye menyuruhnya untuk mengambil peralatan sukan yang hendak digunakan.


Hana sudah berada di depan pintu stor sukan itu , lalu melangkah masuk ke dalam. Ye tempat tu agak gelap jadi dia perlu membuka sedikit langsir yang sedikit berhabuk itu , terbatuk-batuk di buatnya.


"Mana eh benda tu ?" Monolognya sendiri.


Sedang leka Hana mencari peralatan tersebut ,

Klik !

Pantas saja dia melihat kiri kanannya selepas mendengar sesuatu dan pantas saja kakinya melangkah laju apabila melihat pintu stor sukan itu tertutup.


Hana memegang tombol pintu tersebut dan dipulas olehnya , sah dia sudah terkunci daripada luar.


Hana sedikit menggelupur selepas dia tidak dapat buka pintu tersebut.


"Tolong !!! Sesiapa dekat luar tolong !!" Jeritnya.


Namun , sudah 20 minit dia terkurung di dalam stor itu.


"Erhh !" Keluhnya sebelum dia terjatuh terduduk di lantai. Apa saja la nasib dia hari ini.


Masa menunjukkan dia sudah 1 jam di dalam stor tersebut. Pelbagai usaha yang dilakukan tapi tidak berjaya.


Hana begitu lapar dan haus kerana pagi tadi dia tidak sarapan apa-apa pun. Tiba-tiba Hana baru teringat dia masih membawa telefon pintarnya di dalam poket kirinya itu. Lantas saja tanganya menyaluk masuk ke dalam poketnya itu dan mengeluarkan telefon pintar itu.


"Oh tak tak jangan laaa!" Terjerit kecil Hana selepas dia mencuba membuka telefon pintarnya itu namun tidak menyala.


"Argh" keluh Hana selepas mendengar perutnya berbunyi.


"Tak. Aku mesti kena keluar daripada sini." Hana mula melihat kiri dan kanannya. Namun dia ternampak sepasang tangga yang kecil lantas terus dia bangun dan mencapai tangga tersebut dan meletakkannya di hadapan tingkap yang sudah digrill dengan besi itu. Ini bagi mengelakkan tingkap itu pecah daripada murid-murid yang tidak bertanggungjawab.


Hana sudahpun menaiki tangga tersebut dan cuba melihat ke luar , namun dia tidak nampak sesiapa pun di luar. Oh sh*t carut hatinya.


Dengan tidak sengaja dia terlupa bahawa dia masih di atas tangga tersebut lalu pantas saja dia melangkah seperti berjalan biasa dan jatuh.


Hana terlihat samar-samar dan dia sedar bahawa dia sudah terbaring di lantai dan penglihatannya semakin


Gelap.

~~~~~~

"Argh" aduh kecil Hana sambil memegang kepala.


"Hana ?! Kau okey ?" Tanya sebuah suara.


"Huh?" Matanya masih samar- samar melihat sekeliling tempat itu sehingga dia melihat seseorang di sisi kirinya sambil memegang tangan kirinya itu. Hana mengecilkan matanya untuk melihat gerangan tersebut , terus saja Hana memeluk gerangan tersebut dengan kuat.



"Hana , " dia masih terkejut.


"Hyun , aku takut" kata Hana sambil menangis.


"Takpa kau dah selamat sekarang" balas Hyun Neul sambil mengusap belakang badan Hana , lantas saja dia meleraikan pelukan mereka lalu dia dapat melihat Hana yang sedang menangis bersungguh-sungguh itu.


"Macam mana kau boleh terkunci dalam stor tu Hana ?" Tanya Hyun.


"Aku.. aku tak tahu Hyun. Aku cuma cari barang yang Cikgu Hye minta saja , dan tiba-tiba je pintu tu terkunci" kata Hana yang sudah semakin reda daripada menangis itu.


"Cikgu Hye ?" Tanya Hyun yang sambil berkerut dahinya.


"Ye cikgu Hye. Kenapa Hyun ?" Tanya Hana sambil melihat Hyun yang sudah kelihatan tertanya-tanya.

"Weh. Cikgu Hye tak datang pun hari ini." Balas Hyun


"Eh. Takkan lah. Habis yang aku dapat arahan daripada dia tu ? Takkan tipu pula?" Nafi Hana.


"Betul. Dia tak datang hari ini. Cikgu Choi cakap dia sakit dan sebab tu dia tak datang" balas Hyun.


"Ja..jadi siapa yang bagi aku arahan ambil barang dekat stor tu" tanya Hana.


"Jap. Kau dapat arahan tu betul ke daripada cikgu Hye sendiri ke daripada siapa siapa ?" Tanya Hyun sambil melihat Hana yang sedang suspens itu.


"Tak. Ada orang bagitahu aku yang cikgu Hye suruh aku ambil barang dekat stor tu" balas Hana.


"Aku rasa ada orang nak kenakan kau"


"Kenakan aku ?" Tanya Hana.


" yes " angguk Hyun.


"Tapi. Buat apa orang tu nak buat aku macam ni ?" Balas Hana.


"Not sure but please be careful okey ?" Balas Hyun.


Hana hanya mendiamkan diri. Ya dia sendiri tidak tahu kenapa dan apa muslihat yang orang itu nak daripada dia.


" so macam mana kau jumpa aku ?" Tanya Hana.


"Oh. Masa tu aku tengah jalan depan stor sukan then aku dengar ada bunyi something. Then aku try buka pintu tak boleh macam dah kunci. So aku panggil guard untuk buka pastu aku nampak kau dah terbaring dekat lantai." Jelas Hyun.


~~~~~~


"Itu baru sikit Kim Hana , kau belum tengok lagi. Aku akan lagi kejam daripada ni. Just wait and see " monolog seseorang yang sedang mengawasi Hyun dan Hana daripada jauh.

You Are My Favourite Person [ Jungwoo ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora