PROLOG

24.8K 691 16
                                    

"Kita dapat straight A geng'' kata Khaira sambil meloncat loncat kegembiraan sambil memegang slip UPSR

"Kan!!!! Tak sia sia kita struggle habis habisan selama nih'' jawab Arisha sambil menepuk tangan akibat terlampau gembira.. Mereka yang lain hanya tergelak melihat aksi comel Khaira dan Arisha

"Yeay kita dah boleh masuk sekolah menengah weyh'' kata Hana

''Kan.. Dah boleh kahwin dah.. Clap your hand guys'' jawab Camelia sambil menepuk tangan bangga.. Yang lain tengok dah habis ternganga, tunggu lalat masuk ja

"Apa? Betulkan apa aku cakap?'' Terus Adriana sekeh kepala Camelia perlahan

"Banyak la kau kahwin.. Tak sedar diri ke goreng telur pun hangus .. Ada hati nak kahwin.. pigirahhh"

"Weyh kantoi ah.. Kau tu pon nak masak nasi goreng pon x reti'' jawab Camelia semula sambil membuat muka.. Mereka hanya ketawa tengok muka Camelia

"Banyak la kamu nak kahwin..PT3 pon tak lepas lagi.. Hadoila cucu aku'' kata Tengku Haris atau dikenali sebagai atuk mereka sambil mengusap kepala Camelia yang dibaluti tudung biru, tudung pengawas.. Camelia hanya menayang sengihannya

"Korang.. Kita nak sekolah mana lepas ni?'' tanya Adriana kepada rakan rakannya ataupun lebih tepat sepupu

"Aku tak tahula .. Asalkan ada korang, disitulah ada aku'' jawab Khaira

"Korang sekolah dekat sekolah atuk jela" balas Tengku Haris

"Ye tak ye jugak kan.. lupa pulak atuk kita nih pengetua sekolah'' kata Arisha sebelum ketawa

"So kita sekolah dekat Alexandra Highschool lah nih.. hmm not bad'' Hana mengusap dagunya sambil tersengih

"Memang tak bad pon .. Sekolah tuh serious besar gedabak'' jawab Khaira

"kan kan kan.. gajah 20 ekor pon muat'' jawab Camelia pula, mereka hanya tergelak

"Tapi kamu kena duduk asrama tau!!'' kata nenek

"Alaaa kena ke..Bukan sekolah tuh tak payah duduk asrama pon boleh ke" Hana menayang wajah sedih, berpisah dengan ibu ayah? Tak nak!

"Memang .. tapi wan nak kamu semua berdikari.. nanti senang.. kawan pun banyak sebab duduk asrama" balas nenek semula, bukan apa, cumanya dia mahu semua cucunya berdikari

"Hmm yela.. asalkan satu bilik dengan diorang, Hana okey" jawab Hana

"Ok kalau macam tu, Sabtu minggu depan kita pergi beli barang sekolah ye.. Buat persediaan awal" kata ayahanda.. Ayah kepada Camelia.. Memang mereka panggil ayah Camelia sebagai ayahanda bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..

"Baik ayahanda" jawab mereka

"Kamu semua nak jadi pengawas tak?" tanya atuk ingin tahu, mungkin teruja kerana telah lama sekolah itu tidak berpenghuni dengan cucu-cucunya.. Cucu yang lain semuanya sudah lama tamat belajar di sekolah menengah

"Tak nak la atuk" jawab Khaira mewakili mereka berlima

"Aik kenapa pula?" tanya mama iaitu mak kepada Adriana, kenapa pula tak nak jadi pengawas sedangkan banyak pelajar yang ingin menjadi pengawas.. Pelik bin ajaib.. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum menjawab

"Yela nanti tak boleh nak buat masalah.. Asyik ikut peraturan je.. langgar peraturan lagi seronok" atuk dan nenek menepuk dahi.. ibu bapa mereka sudah pening kepala mendengar jawapan mereka.. terus mereka berlima gelak terbahak bahak melihat reaksi orang tua mereka

"Amboi amboi amboi.. nak buat masalah ye.. mari sini" jawab atuk hendak membuka langkah mengejar kami.. Walaupun sudah meningkat usia namun beliau tetap kuat untuk mengejar kami.. yang lain sudah tergelak melihat atuk yang sedang mengejar 5 orang cucunya di dataran dewan sekolah rendah Victoria

Alexandra Highschool ✔️Where stories live. Discover now