018 Dream

204 46 5
                                    

[APPA JEON STORY]
DREAM
____________________

"Heowoon-ah! Janganlah menyorok. Kalau appa jumpa appa jual Heowoon kat Mr Wang nak?" Pisau yang berada di tangan kanan Jung Hoseok membuatkan Heowoon semakin gerun.

Esakan tangisan ditahan. Tersilap sikit saja,dia akan dibawa kedunia neraka.

Mulutnya ditekup sekuat mungkin. Air mata dibiar jatuh. Figura bapanya yang sedang berjalan mencarinya itu dipandang melalui celah pintu almari.

"Heowoon-ah! Woon kat mana hm?" Suara lembut dan hilaian ketawa itu kedengaran seram. Lagak seorang psiko.

"Heo woon kat sini? Cak!" Bapanya semakin mendekati. Matanya melilau melihat bawah katil.

"Alah. Heowoon ni pandai main sorok-sorok dengan appa ya? Dalam kiraan tiga,kalau Heowoon masih tak muncul,appa bunuh Heowoon nak tak?" Pisau itu dipandang dengan senyuman sinis.

"Oh ya! Rasanya appa dah tahu Heowoon kat mana. Tunggu appa datang ya?" Langkah kakinya menapak menghampirinya.

"Tak. Jangan datang sini" ujar Heowoon perlahan.

Namun tidakk.....bila pintu almari itu dibuka dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Senyuman milik seorang psiko.

"Tada! Appa dah jumpa Heowoon! Pandai tak appa cari?" Tangan Heowoon ditarik kasar. Dibawa tubuh budak kecil itu keruang tamu sebelum ditolak kasar kelantai.

"Appa!" Pisau yang berada pada tangan bapanya dicampak ketepi.

"Appa taknak jadi pembunuh. Jadi Heowoon dengar cakap appa ya? Jangan nak susahkan appa"

"Taknak! Jangan! Jebal Appa!"
Dengan sekuat hati dia menarik tangannya dari cengkaman lelaki psiko bergelar appanya itu.

Namun apakan daya dengan dirinya yang kecil itu. Semetinya tidak mampu.

Ibarat cacing yang ingin melepaskan dari gajah.

"Andwae! Jebal. Jangan bawa Heowoon pergi mana-mana! Heo woon benci appa!"

"Tidak! Jangan bawa Heowoon! hikss...."

"Heowoon! Jeon Heowoon! Kamu kenapa ni? Bangunlah. Jeon Heowoon! Yah" Jungkook menampar lembut pipi Heowoon agar dia sedar dari igauannya.

"Lepaskan Heowoon. Woon taknak ikut appa. Lepaslah! Jangan jual Woon" anak kecil itu mula menangis dalam tidur.

"Jual? JEON HEOWOON sedarlah! Siapa yang mahu jual kamu? Hey bangun!" Sejurus itu Heowoon tersedar. Peluh membasahi tubuh.

"A-appa hiks" serta merta tubuh Jungkook dipeluk erat.

"Hey. Nightmare? Cakap dengan appa. Siapa yang jual kamu?" Airmata Heowoon,Jungkook lap.

"B-bukan. Tadi cuma mimpi buruk. Woon mimpi ada lelaki j-jual Woon hiks"

"Sudah. Jangan nangis. Appa dengan mama Nawoo ada untuk jaga Heowoon."

.
.
.

Tombol pintu bilik Nawoo Jungkook pulas.

Nawoo yang sedang tidur tanpa selimut itu Jungkook pandang.
Selimut ditarik sehingga keparas leher.

Rambut Nawoo diusap perlahan sebelum mengucup dahi gadis itu.

"Harap,masa berlalu dengan cepat." Jungkook keluar dari bilik.

Nawoo membuka mata. Terbit senyuman dibibirnya.

__________

[C] Appa Jeon Story + JJKWhere stories live. Discover now