AMORA Part 3

202 16 0
                                    


Malam itu, bulan mengambang penuh. Peter yang sudah keletihan itu berehat di atas pokok yang sederhana tingginya. Dia mengeluh panjang. Perutnya berkeroncong minta diisi. Ditambah lagi wajah gadis misteri yang berulang kali terbayang bayang di depan matanya. Peter termenung sendiri. Sambil dia mengoyang goyangkan kakinya yang terjuntai ke bawah. Sekali sekala dia melihat jam tangannya. 

Kemudian dia bangun dan berdiri melihat di sekeliling hutan itu. Cahaya bulan pernama yang terang itu hanya membolehkan dia melihat di persekitaran sahaja. Jika melihat jauh dari itu, suasana hutan itu sangat menyeramkan. Bunyi bunyi unggas dan cengkerik menambahkan lagi kebisingan malam yang dialami oleh Peter. Kadangkala bunyi burung hantu juga dapat didengarinya. Jiwa dan perasaan Peter semakin tidak tenteram. Perutnya lapar. Akhirnya dia berputus asa. Dia turun dari pokok itu secara perlahan lahan.

" Kawan kawan yang lain tidak risaukah pasal saya ni? " bisik Peter dalam diam.

" Tuan Alfred pasti risau. Kalau ibu bapa saya tahu, habislah... " bisiknya lagi. Peter berjalan perlahan lahan mengikuti arah sinaran bulan itu. Sekali sekala dia menoleh ke belakang. Dia dapat rasakan seperti ada sesuatu yang mengikutinya dalam diam. Tiba tiba bulu tengkuk Peter meremang. Peter berhenti. Dia teringat sesuatu. Kata datuknya dulu, kalau bulu tengkuk berdiri bermakna ada sesuatu yang berada di belakang. Yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Tetapi tubuh boleh merasakannya.

Peter bernafas secara perlahan lahan. Dia sebenarnya tidak takut dengan suasana seperti itu. Tetapi bulu tengkuknya pula membuat hal. Sekali lagi Peter menoleh.

" Siapa di sana? " tanyanya, berani. Peter ternampak sebatang kayu mati yang patah di depannya lalu mengambil kayu itu secara perlahan lahan.

" SIAPA DI SANA? " Tanya Peter, suaranya sengaja di tinggikan.

Krasss!! Krasss!!

Peter cuba menajamkan pendengarannya. Dia menutup mata. Telinganya cuba menangkap bunyi itu. Bunyi seperti benda yang ditarik, berat dan seperti sesuatu yang sedang bergelonsor. Ranting-ranting halus yang dilalui oleh benda itu juga patah.

Krasss!!....shrekkkkk.......

Kaki Peter mengundur selangkah. Kayu di tanganya digenggam kemas. Dia tahu tentu ada binatang buas yang sedang kelaparan dan bila bila masa saja akan menyerangnya. Peter sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Sebagai seorang pelajar yang memakai tali pinggang hitam di kolejnya, itu bukan masalah bagi Peter. Sedangkan Arnold yang bersaiz gergasi pun dapat dia tumbangkan, apalagi jika setakat....

Bunyi itu semakin menghampiri. Peter cuba membayangkan bentuk benda itu kerana ia datang ke arah Peter secara perlahan lahan.

Buat seketika Peter belum dapat bayangkan betapa besarnya benda itu kerana ketinggiannya mencecah sehingga 8 kaki! Degup jantung Peter semakin pantas. Dia tahu yang berada di depannya itu bukan manusia. Bukan juga binatang. Jika binatang pun, belum pernah dia berjumpa setinggi begitu. Peter menggengam kemas kayu di tangannya. Dari jarak 100 meter itu barulah mata Peter tertumpu pada sesuatu yang luar biasa dan belum pernah terjadi di dalam hidupnya. Dia Nampak ada dua biji mata yang berwarna merah memerhatikannya dengan penuh minat. Mata merah itu semakin hampir. Nafas benda itu juga semakin kuat. Peter mengundur lagi. Mustahil dia dapat menewaskan benda itu kerana dia tahu tenaganya tidak setanding dengan....

Grrrrr...... nnnngggggg..... Grrrrrr.......

Bunyi seperti sudah bersedia menelan Peter hidup hidup. Mungkin pada saat itu juga air liurnya sedang melimpah limpah kelaparan. Pada masa yang sama juga Peter, tanpa sebarang tanda dia memusingkan badan lalu berlari selaju lajunya! Benda yang mungkin terkejut dengan tindakan itu juga ikut mengejarnya dari belakang. Peter berlari pantas. Di kolej, memang dia seorang pelajar yang terpantas dan seringkali menjadi juara dalam apa jua perlumbaan. Tapi perlumbaan kali ini berbeza. Hanya orang gila sahaja yang ingin berlawan dengan hantu!

Kelajuan Peter itu dapat juga dikejar oleh benda itu. Peter berlari secara rawak. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dengan bantuan cahaya bulan purnama, Peter berlari tanpa henti. Dia tiba tiba menjadi takut!

" Ini kerja gila! " jeritnya. Sempat juga dia menoleh sekali sekala. Ya! Benda itu masih mengejarnya. Tapi yang menghairankan ia tidak berlari Cuma melompat dari pokok ke pokok. Peter memandang ke atas. Dia berlari lagi.

" Celaka! Apa benda tu... takkan monyet! " sambungnya lagi.

Malang tidak berbau Peter terlanggar tunggul kayu dan dia jatuh bergolek masuk ke dalam gaung. Tidak habis dengan itu dia terhantuk pula ke tanah lalu badannya lemah jatuh ke dalam sungai yang berhampiran.

Tubuhnya dihanyutkan begitu sahaja dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Melihat keadaan itu, benda yang mengejarnya tadi juga turut berhenti. Dia mengeluarkan nafas kuat Tanda penyesalannya tidak dapat menangkap manusia itu untuk santapan makan malamnya...

AMORA, SI PUTERI JELMAANWhere stories live. Discover now