when you talk to me look at me

24 3 4
                                    

"Selangkah kau keluar dari kelas ni makna nya apa yang aku kata kan tadi semua nya betol" kata ku dengan nada yang dingin. Aku tidak tahu mengapa aku kata begitu sedangkan aku sudah tahu bahawa minji adalah pengkhianat. Aku seolah-olah mahu kan kepastian

Tidak taehyung. Kau jangan percaya kan dia. Dia pengkhianat. Dia bukan kawan yang baik. Dia kawan yang mengambil kesempatan

Dia menoleh ke belakang untuk memandang ku

"kalau saya duduk dalam kelas ini pun awak akan tetap menuduh saya. Awak tetap tidak percaya kan saya jadi lebih baik saya keluar" dia pun berlalu pergi dari kelas ini

"Park Minji!!" aku memanggil nya

Kenapa dengan aku ni? Kenapa perlu memanggil nya? Biar sahaja la dia pergi. Peduli kan dia. Peduli kan si pengkhianat tu.

🌹

Sejak dia memasuki ke sekolah ini, aku jadi tertanya-tanya. Mengapa dia bersekolah di sini? Bukan kah dia sudah berpindah? Jadi mengapa dia di sini? Atau mungkin ini rancangan nya? Sengaja memasuki ke sekolah ini dan mulakan perbuatan yang jahat seperti dahulu?

Kata-kata appa yang dahulu bermain di fikiran

Di mana appa menyuruh ku untuk putus kan hubungan kawan dengan nya

Di mana appa menyuruh ku untuk membenci nya

Di mana appa menyuruh ku untuk berhenti berhubung dengan nya, berhenti berjumpa dengan nya

Di mana appa memberitahu bahawa keluarga Park adalah pengkhianat

Pada mula nya aku tidak percaya akan kata-kata appa. Tidak mungkin keluarga Park sanggup berbuat begitu sedangkan keluarga nya orang yang baik-baik sahaja tetapi appa meyakin ku. Dan pada masa itu aku berfikir takkan appa sanggup menipu aku? Kalau perkara itu bohong sekali pun mengapa appa bersungguh-sungguh untuk untuk meyakin ku? Tidak kah itu perkara benar?

Dan sejak daripada itu aku percaya kan appa. Aku mengikut kehendak appa

Putus kan hubungan kawan

Timbul kan perasaan benci

Berhenti berhubung

Berhenti berjumpa

🌹

Minji pov.

Aku hanya menangis sepuas-puas nya di restroom. Tak sangka taehyung yang aku kenal sebegini rupa. Dia sudah menghina appa. Dia sudah menuduh ku bukan-bukan.

Sepanjang aku menangis di dalam tandas aku berasa sedikit lega kerana tiada siapa yang memasuki ke dalam tandas. Mungkin leka dengan makanan. Jadi tidak perlu la aku harus menangis secara diam.

"awak ok ke tak ni?" Tanya seorang pelajar perempuan yang mungkin baru sahaja keluar dari tandas

"saya ok awak jangan risau" kata ku sambil mengelap air mata

"yeke awak ok kalau awak ok awak takkan menangis sampai teresak-esak

'Oh dia dengar aku menangis tadi'

"Saya okey je awak jangan risau cuma pening sikit" kata ku

"Menangis teruk-teruk pon boleh pening eh? Hahahaha lawak la awak nii..dah la saya hantar kan awak pergi ke bilik rehat" kata nya. Aku tau apa yang aku katakan tadi agak sedikit pelik tapi takkan la aku nak bagitau dia sebab hal aku?

Tidak mungkin. Kami baru sahaja berkenalan jadi tidak mungkin aku akan memberitahu nya tentang hal aku ini

Kan?

[OG] Hate+hate={love} KTHWhere stories live. Discover now