1 💫

20 0 0
                                    

Chapter 1 | Kejutan

KEPALANYA terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang dimainkan. Sesekali, bibirnya menyanyi kecil seiring dengan lagu Thank You Next nyanyian Ariana Grande itu. Sambil itu, jari-jemari melakar lukisan di atas kertas tebal itu. Melukis adalah hobi yang paling dia minati seawal umur 6 tahun. Seusia itu juga dia sudah mampu untuk mengenal huruf dan membaca dengan lancar.

Tersentak dia apabila terasa kepala diketuk oleh sesuatu yang agak keras. Headphone disangkut pada leher. Dengan pantas kepala didongak dengan tangan naik menggosok kepalanya yang sakit akibat diketuk.

Dorian Luth Lowest. Abang dia rupanya. Lelaki ni kalau datang dengan cara baik memang bukan abang dialah. Boleh sawan agaknya kalau sehari tak cari pasal dengannya.

"Luth. Kau nak apa?" Sengaja dipanggil nama lelaki itu dengan panggilan Luth. Dia tahu, nama itu cukup tak suka didengar oleh Dorian. Panggilan 'abang' juga tidak disebut. Sengaja menyakitkan hati. Alah, lagi pun Dorian hanya tua sepuluh minit darinya. Tiada panggilan abang tak bermakna tak hormat, kan?

"Nama aku Dorian. Abang Dorian,"

Camie mencemik.

"Dorian Luth Lowest. Luth pun nama kau jugak," Camie paling menghadap meja. Headphone sudah diletakkan pada telinga. Bersedia untuk melukis dan palau Dorian. Muahahaha.

Hampir saja tangannya mencapai pensil, Dorian dah sambar dulu.

Kalau orang lain, pasti dia akan rampas Ipod dan headphone. Tapi Dorian lain. Dia tahu perkara penting yang boleh tarik perhatian adiknya ini. Pensil kayu yang diguna untuk melukis. Dia lagi cerdik. Muahahaha.

Diangkat tinggi-tinggi pensil kayu itu melepasi kepalanya.

"Abang, bagilah balik pensil tu," Merungut. Terjengket-jengket dia ingin mengambil pensil pada tangan Dorian. Tubuh Dorian sangat tinggi berbanding dirinya. Dia separas telinga lelaki itu.

"Mengalah sajalah," Dorian ketawa mengejek. Tahu yang dia akan menang.

Camie mendengus. Dia mengalah. Walau usaha macam mana pun dia tak akan menang. Duduk dilabuhkan di atas kerusi meja belajar. Dia memeluk tubuh.

"Kau nak apa sebenarnya?"

"Apa tujuan aku datang ke sini tadi ya?" Dorian letak jari telunjuk di tepi bibir. Ingat-ingat lupa tujuan dia datang mencari Camie. Dia ingat dia comel agaknya dengan gaya tu.

Okay tak dinafikan, memang comel.

"Lembap," Kutuk Camie.

"Okay dah ingat," Dorian sandarkan tubuh pada meja belajar Camie. "Daddy panggil turun makan,"

"Tak pernah-pernah ajak makan sekali. Kenapa tiba-tiba?" Seingatnya kali terakhir mereka makan bersama adalah dua tahun lepas. Semasa mendiang mummy mereka masih ada.

Lepas mummy meninggal semua buat hal masing-masing. Daddy sibuk dengan kerja. Jarang pulang ke rumah. Jika pulang terus duduk dalam bilik tidur atau bilik kerjanya.

"Daddy kata ada orang nak datang rumah," Sambil bercakap, tangannya mencapai buku lukisan Camie. Sehelai demi sehelai helaian kertas diselak. Kagum dia melihat lukisan tangan hasil kerja adiknya. Adiknya memang pandai melukis. Tapi bidang yang dipelajari berbeza pula. Bidang kedoktoran.

"Siapa?"

"Manalah aku tahu. Bakal mummy baru kita kut," Acuh tak acuh saja Dorian menjawab.

"Betul ke Luth?"

"Dorian," Buku ditutup dan kembali diletakkan di atas meja.

"Betul ke Dorian?"

"Abang Dorian!" Ditegaskan lagi.

"Luls.. Kita cuma beza 10 minit je,"

"Hakikatnya aku keluar dulu. Jadi aku abang. Kau kena panggil aku abang. Itu fakta,"

"Apa-apa jelah. Tapi betul ke daddy nak kahwin lagi?"

"Manalah aku tahu. Kau ingat kalau ada apa-apa daddy akan cerita pada aku ke?"

"Habis tu ada orang nak datang, siapa bagitahu kau?"

"Auntie Paul,"

Diam.

Memang tak. Pada dia pun daddy tak akan cerita. Huh. Mereka umpama orang asing di rumah sendiri.

Pintu kayu yang diketuk mengalih perhatian mereka. Berdiri tegak seorang pembantu rumah wanita Filipina yang sudah berkhidmat di rumah mereka dari mereka kecil lagi. Baru je sebut nama tadi, dan sekarang dah muncul.

"Camie, Dorian, Tuan panggil untuk turun makan sekarang," Wanita itu bersuara dengan senyuman manis dibibir.

"Okay auntie Paul," Tangannya sempat mencuit perut Dorian sebelum berlari anak ke arah auntie Paul.

Dorian memegang perutnya. Cukup pantang dia kalau ada yang mencuitnya di situ. Sekali auntie Paul panggil terus je dia bangun. Dengan abangnya banyak pulak tanya.

Tak. Guna. Punya. Adik.

"Camie!" Langkah Camie pantas dikejar. Auntie Paul menjadi tempat Camie untuk berlindung. Mereka menuruni tangga sambil bergelak ketawa.

Ya, dia bahagia. Bahagia dengan keluarga yang dia punya sekarang. Dia ada auntie Paul tempat untuk bermanja dan menumpang kasih. Dan dia bersyukur untuk itu.

Sampai di ruang makan sudah ada kelibat beberapa orang manusia yang tidak dikenalinya duduk menunggu. Seorang wanita anggun yang rambutnya disanggul rapi duduk di sebelah daddy. Di sebelah wanita itu duduk seorang kanak-kanak perempuan berambut kerinting paras leher. Sebelah kanak-kanak itu pula ada seorang lelaki muda yang mungkin sebaya dengan mereka.

"Hai, duduklah. Kenapa berdiri je?" Elly, wanita anggun itu mempelawa. Dia tersenyum manis.

Ezzard juga memandang sisi kirinya di mana anak-anaknya berdiri tegak di situ.

"Camie, Dorian. Duduk,"

Dorian mengambil tempat disebelah Ezzard, berhadapan dengan Elly. Camie duduk disebelah Dorian, berhadapan dengan Jessica.

Jessica tersenyum. Tangannya melambai-lambai kepada Camie dengan bibir digerakkan tanpa suara 'hai kakak'. Louise hanya diam dengan wajah tanpa riak. Kepala ditunduk sekali tanda hormat.

Kaku. Ini kali pertama mereka makan bersama selepas dua tahun mendiang Julies pergi. Kali ini ditambah dengan ahli baru. Ezzard berdeham. Mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan hal sebenar.

Auntie Paul awal-awal lagi sudah beredar ke dapur setelah menghidang makanan di atas pinggan Dorian dan Camie.

"Jadi ini Dorian Luth dan Camie Michella?" Elly memulakan perbualan.

Dorian mengangguk dan membalas senyuman wanita anggun itu. Camie pula menunjukkan wajah tanpa riaknya.

"Manis,"

Dia perli aku ke tu? Padahal aku tak senyum pun dekat dia.

"Daddy tahu mesti kamu berdua tertanya siapa tetamu kita kali ni. Biar daddy berterus terang,"

Jeda seketika. Camie dan Dorian diam menanti penerangan seterusnya.

"Lelaki disebelah gadis comel tu Louise Jasson. Dia sebaya dengan kamu berdua. Mulai esok, dia akan belajar ditempat yang sama kamu berdua belajar. Daddy harap kamu berdua boleh tunjuk ajar dia di tempat baru. Yang kecil tu, Jessica.."

"Hai kakak dan abang," Petah mulut kecil itu bersuara dengan mulut yang penuh dengan makanan. Tangan kecilnya dilambai beberapa kali.

"Dia baru berusia 8 tahun. Dan wanita ini, Elly Zauch.." Ezzard menarik nafas sebelum menyambung kata. Berharap ianya tidak akan mendatangkan amukan dari anak gadisnya Camie. "Isteri daddy. Mummy kalian semua. Bermakna secara automatiknya, Louise dan Jess adalah adik beradik tiri kalian,"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Greatest Love Where stories live. Discover now