0 0 1

1.8K 138 5
                                    

— ☁️

no one's pov

"SELAMAT PAGI DUNIA— aduh!" Jiwon terjatuh dari katil.

"PARK JIWON KAU TERPEKIK APA LAGI TU CEPATLAH SIAP!"

Kedengaran suara adik kembarnya, Park Jeongwoo menjerit dari luar bilik.

Jiwon mengusap sikunya. "Ha kejap, kejap!" Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik air.

Selepas siap membersihkan diri dan menyarungkan uniform, dia meraba-raba meja belajarnya.

"Aduh, mana spec ni? Aku letak dekat mana eh semalam?" Jiwon menggaru kepala.

Tok! Tok!

"Jiwon!"

"Ha, masuklah." Jiwon  berkata sambil meraba-raba meja belajarnya.

Almaklumlah, penglihatannya memang terbatas tanpa cermin mata.

Jeongwoo masuk ke bilik Jiwon. Ditangannya terdapat cermin mata Jiwon.

"Nah, spec kau." Jeongwoo menghulur dengan muka toya.

Kembarnya yang seorang itu, cemerkap betul. Benda paling penting pun dia boleh letak merata.

Jiwon menoleh. "Wah! Terima kasih, sayang!" Jiwon memeluk erat kembarnya. Tidak cukup dengan itu dia mencium-cium pipi Jeongwoo.

Jeongwoo hanya mampu redha diperlakukan sebegitu rupa oleh kakak kembarnya.

"Ey, ey! Sana! Demam ke cium orang pagi-pagi buta ni?"

"Pagi tak buta pun, aku yang buta pagi-pagi." Jiwon menyarungkan cermin matanya. Dia memandang Jeongwoo.

"Cantik tak?" Dia melekapkan tangan ke pipi. Cuba buat muka comel.

"Hm, bolehlah." Jeongwoo menjawab malas. Dia memandang rambut Jiwon yang serabai tidak bersikat.

"Ish, sikatlah rambut tu. Serabutlah aku tengok."

"Nanti aku sikatlah. Ha jomlah, kita sarapan." Jiwon memeluk bahu kembarnya.

— ☁️

"Jeongwoo, petang ni jom pergi makan aiskrim?" Jiwon mengajak.

"Makan aiskrim lagi? Semalam dah makan kan?" Dahi Jeongwoo berkerut.

"Ala, apa salahnya? Jomlah, KAKAK KEMBAR kau ni juga yang belanja nanti." Jiwon menekankan perkataan kakak kembar pada Jeongwoo.

"Hm, aku ikut je." Jeongwoo berbasa-basi.

"Ha, macam inilah kembar kesayangan aku!" Jiwon mengusap kuat atau lebih tepat lagi menyerabutkan rambut kembarnya.

"TAK GUNA! RAMBUT AKU!"

Pantang asetnya ( read : rambut ) disentuh sebegitu rupa.

Jiwon secara automatik gelak macam syaitonirojim.

"Yah, Park Jiwon!" Jeongwoo membetulkan rambutnya dengan muka cemberut.

"BAHAHAHA— aduh!" Jiwon terjatuh.

"Eh, Jiwon!" Jeongwoo membantu Jiwon bangun.

"Luka tak?" Jeongwoo memeriksa lutut kembarnya.

"Tak luka pun. Ala, kau ni. Macam tak biasa pula." Jiwon tersengih.

"Kaki kau tu memang tak boleh sembuh dah ke?"

"Kau pun dengar kan apa yang doktor cakap, kaki aku ni memang akan jadi  macam ni je. Dah tak kuat macam dulu."

"Kau, tak rindu nak jadi pemain baseball sekolah?"

Jiwon mengeluh perlahan. "Mestilah rindu. Kau tau kan, baseball tu passion aku."

Jeongwoo terdiam.

"Ha, pergilah masuk kelas. Aku nak pergi masuk kelas dulu." Jiwon berkata.

Ya, mereka berdua tidak berada di dalam kelas yang sama.

Jeongwoo mengangguk. "Bye, Won!"

Jiwon melambai Jeongwoo sambil tersenyum lebar. Dia berjalan masuk ke kelasnya.

— ☁️

"Mana baju sukan aku eh? Alamak! Aku lupa nak bawa!" Jiwon mengetuk kepalanya.

Seperti selalu Jiwon memang cemerkap. Ada saja benda yang dia cuai.

"Cikgu, saya tak bawa baju sukanlah harini." Jiwon tersengih. Dia menggaru kepalanya.

Guru sukannya menggeleng. "Sudah, kamu duduk tepi sana. Jangan masuk track."

Jiwon mengangguk akur. Dia duduk di bangku tepi trek larian.

Kalaulah kaki aku kuat macam dulu. Bolehlah aku berlari macam orang lain.

Dia mengeluh perlahan. Dia memandang kakinya sayu.

Sejak insiden dia jatuh dan kakinya tercedera ketika dia ingin melakukan pusingan homerun yang terakhir, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa kakinya tidak akan kuat seperti dulu.

"Akh!" Dia terjatuh dengan tiba-tiba. Telinganya dapat menangkap beberapa hilaian tawa halus di belakangnya.

Mesti dari pelajar-pelajar yang sedang bersukan di sekitar kawasan itu.

"Ish, kaki ni buat hal lagi." Dia bangun perlahan-lahan sebelum menyambung aktivitinya. Dia mengeluh panjang.

Haih, agaknya kaki aku memang tiada langsung peluang untuk kuat macam dulu.

— ☁️

𝙘 𝙡 𝙪 𝙢 𝙨 𝙮 + 𝙠 𝙙 𝙮Where stories live. Discover now