Random (4)

166 19 11
                                    

Hey guys ! Kali ni , Author nak cakap pasal identiti Neonimus !

* Warning ! : Ini hanyalah sekadar pendapat Author sahaja . Kalau salah , tolong betulkan Author DAN jangan kecam yer ~

++++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya , identiti Neonimus masih lagi misteri ..... Tapi Author ada TIGA kemungkinan di sini :

1. Boy ialah Neonimus .

2. Viktor ialah Neonimus .

3. Salah seorang ejen rahsia dari M.A.T.A. ialah Neonimus .

Mula2 , saya nak cakap pasal kemungkinan Boy ialah Neonimus dulu yer :

Perkara pertama yang saya nak sentuh dulu ialah tentang warna tema Neonimus iaitu Hijau . Korang rasa , apa warna kegemaran Boy ? Kalau saya , warna kegemaran Boy adalah Hijau . Benda ni bukan saya main teka jer , saya ada bukti . Walaupun tak kukuh , tapi sedikit sebanyak boleh dijadikan klu untuk mengetahui identiti Neonimus yang sebenarnya .

Cuba korang fikir balik warna baju sukan Boy . Warna hijau , kan ?

Warna tema Neonimus juga adalah hijau !

Tapi itu boleh jadi suatu kebetulan jugak, kan? Tapi kalau kita ingat balik warna baju sukan Ali dan Alicia : Merah dan Kuning. Adakah itu juga suatu kebetulan? Sebab warna tema Ali dan Alicia adalah Merah dan Kuning.

Perkara kedua , pasal Boy gagal dalam ujian darjah 6 tahun lepas dan ulang semula darjah 6 pada tahun ni . Saya rasa , dia SENGAJA gagal dalam ujian tahun lepas supaya dia dapat memerhati aktiviti rahsia Ali dan Alicia sebagai ejen M.A.T.A. dan memperoleh maklumat dengan lebih mudah dan dekat .

So , kalau Boy lulus dalam ujian tahun lepas , dia kena masuk sekolah menengah . Saya rasa , jarak sekolah menengah dengan sekolah rendah agak jauh . So , untuk memudahkan dia memperoleh maklumat , dia perlu berada DEKAT dengan mereka . Cara gagal dalam ujian tu memang strategi yang tak disangka , kan ?

Ok , sekarang , Author nak cakap pasal kemungkinan Boy BUKAN Neonimus :

Ok , first , sikap Neonimus . Kalau kita tengok betul2 , sikap Neonimus ni macam budak2 dan banyak bercakap . Sedangkan sikap Boy ialah pendiam , penakut dan kurang berbicara . Kalau kita tengok keperibadian mereka , jelas jauh berbeza .

Neonimus seorang yang bijak dan genius . Tapi Boy seorang yang agak lembap dan kurang bijak . Memang jauh kalau dari segi keperibadian .

Tetapi , manalah tahu , kot2 dalam diam Boy ni sebenarnya genius dan berpura-pura bodoh , kan ?

Dan lagi satu , Kalau Boy ialah Neonimus , kenapa dia nak serang Ali yang sudah menolongnya daripada dibuli oleh Shaun dan Syed , kan ? Sepatutnya dia berterima kasih ?

Ok , seterusnya , saya nak cakap pasal kemungkinan Viktor ialah Neonimus :

(Author:"Hohohohoho~Ini kes kawan 'tikam belakang' ni.....^^")

* Cara Percakapan :

> Kalau kita dengar gaya percakapan Neonimus , dia bercakap seperti budak2 atau remaja .

> Suka provoke .

* Kemahiran :

> Neonimus seorang yang bijak dan genius .

> Seorang hacker yang handal dan mahir dalam menggodam sistem yang rumit .

> Juga pandai mencipta barang elektronik .

Viktor kan pandai mencipta roket?

* Personaliti :

> Suka bermain game .

BG , EA , U&I X READERSWhere stories live. Discover now