[ 8 ]

172 18 0
                                    

" Bingo! "

Yoongi menepuk-nepuk kedua-dua belah tapak tangannya tak ubah bagaikan anjing laut. Hoseok yang sedang menonton televisyen itu memandangnya sekilas.

" Kau dah kenapa? " soal Hoseok tetapi anak matanya tidak lari dari memandang skrin televisyen.

" Aku dah tau siapa yang lepaskan Bobby tu. Si Kim Jennie ni rupanya. " ujar Yoongi sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Yoongi berjaya mengecam wajah Jennie dengan wajah gadis yang menyuntiknya itu. Terima kasih kepada Puan Song kerana menghantar gambar sekolah milik Kim Jennie.

" Kau serius lah? Budak 16 tahun lepaskan penyangak dan bunuh anggota polis? Pergh! Budak zaman sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau serius lah? Budak 16 tahun lepaskan penyangak dan bunuh anggota polis? Pergh! Budak zaman sekarang... " bebel Hoseok seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Aku pun tak percaya. Tapi tu dah terang-terang bukti tu ha. Nak buat macam mana? Percaya jela. " ujar Yoongi.

" Sekarang? Kau nak report kat tuan kau ke? " soal Hoseok.

Yoongi mengetap bibirnya. Patut ke? Ataupun dia patut tangkap sendiri Kim Jennie tu?

" Kalau aku report kat tuan, dia mesti tak percaya. Yalah, macam apa yang kau dan aku sangkakan. Budak 16 tahun buat semua ni? Susah nak percaya tapi tulah kenyataan. So, better aku selesaikan kes ni sendiri untuk bersihkan nama aku. " ujar Yoongi. Laptop ditutup lalu dia melangkah menuju ke biliknya di tingkat dua.

Seketika kemudian, dia kembali turun dengan memakai sweater hitam, jeans hitam serta topi baseball putih.

" Kau nak gi mana? " soal Hoseok. Tubuh Yoongi dipandangnya dari atas hingga bawah.

" Aku nak pergi beli burger ngan minuman keras flavour pineapple. " balas Yoongi lalu dia terus bergerak keluar dari kawasan rumah.

" Aku nak jugak woi! "

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

" Kim Jennie. Kau nak kemana? " soal Bobby yang sedang bermain dengan ps4 milik CL itu.

Jennie menghentikan langkahnya. Wajahnya dialih memandang Bobby dibelakangnya. Matanya yang sembap akibat menangis itu jelas kelihatan.

" Perlu ke kau tau? " balas Jennie berbalik soalan.

Bobby terkedu seketika. Ps4 diletakkan ke tepi lalu dia melangkah menghampiri Jennie dengan kedua-dua belah tangannya terletak di dalam poket seluarnya.

" Kau asal dingin sangat ha? Aku lagi tua dari kau kot. Hormat sikit takleh? Aku tengok, CL pun kau tak hormat. Dasar betina tak sedar darjat. " kata Bobby dengan senyuman sinis pada bibirnya.

Jennie menggenggam erat kedua-dua belah penumbuknya. Nak saja penumbuknya itu mendarat di wajah Bobby.

" Here's one thing Bobby. Penyangak yang takde hati perut macam kau dan CL tak patut dihormati. " balas Jennie lalu dia terus berlaga bahu dengan Bobby. Langkahnya diatur laju keluar dari kawasan bangunan 'sampah' itu.

Jennie mengatur langkahnya menuju ke arah gerai yang berdekatan. Dia ingin menghilangkan rasa sedih tentang kematian ayahnya dengan meminum soju. Dalam masa yang sama, dia turut berasa lapar jadi dia mahu memakan semangkuk ramen.

" Imo. " panggil Jennie sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi kayu usang.

" Ya. Nak order apa cik? " soal seorang makcik tua yang merupakan pemilik dan tukang masak gerai itu.

" Ramen kimchi satu. Soju dua botol. " balas Jennie dengan senyuman sebaris.

Makcik tersebut menganggukkan kepalanya lalu dia beredar ke dapur. Seorang pakcik tua menghulurkan dua botol soju serta satu cup kecil pada Jennie.

" Terima kasih. " balas Jennie dengan senyuman. Senyumannya disambut baik tatkala pakcik tersebut turut membalas dengan senyuman.

Penutup botol soju mula dibuka lalu isinya mula dituang ke dalam cup kecil itu. Sedang dia meminum soju, saat itu juga air matanya mengalir jatuh.

" Sekali aku terjebak dalam mende ni, sampai bila-bila aku takkan dapat keluar. " rintih Jennie. Seteguk demi seteguk air soju ditelannya.

" Imo! Nak order! " jerit satu suara garau disamping Jennie. Mungkin pelanggan baru.

Yoongi yang baru sahaja tiba di gerai kecil itu lantas melabuhkan punggung disebelah seorang gadis yang sedang asyik meneguk soju.

" Ya. Nak order apa? " soal makcik tadi.

" Burger ayam satu. Minuman keras perisa pineapple satu tin. " pinta Yoongi diakhiri dengan hiasan senyuman pada wajahnya.

" Okay. Sekejap ya. Makcik siapkan ramen adik sebelah ni dulu. " ujar makcik itu lalu dia kembali beredar ke dapur.

Yoongi mengangguk kecil. Seketika kemudian, membuak-buak perasaan ingin tahu siapakah gadis disebelahnya ini. Asyik benar meneguk soju. Dia sendiri tidak minum soju sebegitu banyak.

" Apa kau pandang-pandang aku? " soal Jennie tatkala lelaki disebelahnya asyik memandangnya sedari tadi.

Terbeliak seketika mata Yoongi tatkala melibat gerangan gadis disebelahnya. Kim Jennie. Gadis yang dicari-carinya.

" Eh kau. Aku kenal kau. Kau polis tak guna tu kan? Yang cuba nak selamatkan aku dari kebakaran fake tu kan? Heheh. Bodoh. " ujar Jennie yang sudah mabuk itu.
Yoongi hanya mendiamkan diri. Seketika kemudian, makcik tadi kembali dengan semangkuk ramen kimchi di tangannya. Mangkuk tersebut diletakkan betul-betul dihadapan Jennie.

" Terima kasih imo. " ucap Jennie lalu ramen tersebut dihirupnya.

Yoongi hanya memerhatikan setiap gerak geri Jennie.

" Tak mungkin gadis macam kau yang bunuh Song Jia dan beberapa anggota polis serta menembak kaki Chanwoo. "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now