13 KELUARGA ILUMINATI DAN NEGARA YANG MEMPUNYAI KUASA VETO

1.4K 56 5
                                    

Assalammualaikum dan selamat malam penulis ucapkan kepada seluruh pengguna Wattpad. Semoga dalam keadaan aman dan damai bersama keluarga tercinta, inshaa Allah.

Malam ini penulis ingin mengajak anda para pembaca untuk menelusuri dan mengetahui 13 keluarga Iluminati ssperti yang dijanjikan pada artikel yang sebelumnya.

Seperti yang anda ketahui, Iluminati adalah sebuah pertubuhan yang ingin mengawal dunia dan menjadikan Dajjal sebagai Raja yang memerintah dunia.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 13 buah keluarga dalam pertubuhan Iluminati ini. Berikut adalah senarai nama mereka:-

1) Keluarga Rostchild
2) Keluarga Bruce
3) Keluarga Cavendish
4) Keluarga De Medici
5) Keluarga Hanover
6) Keluarga Hapsburg
7) Keluarga Krupp
8) Keluarga Plantagenet
9) Keluarga Rockerfellar
10) Keluarga Romanov
11) Keluarga Sinclair
12) Keluarga Warburg
13) Keluarga Windsor

Dalam 13 buah keluarga pertubuhan Iluminati ini, Keluarga Rostchild paling berpengaruh atau kita gelar, sering didengari di media suatu masa dahulu. Rostchild inilah yang menubuhkan Federal Reserve. Dan keluarga Rostchild jugalah yang mendirikan tanah haram Israel.

13 buah keluarga Iluminati ini diketuai oleh Ratu Merovingian yakni Ratu Elizebeth. Jangan terkejut kerana inilah faktanya.
Ratu Elizebeth adalah salah satu keturunan Firaun yang ada pada zaman ini.

Tak percaya? Lihat cokma Firaun. Siapa yang pegang cokma itu sekarang? Ratu Elizebeth...

Bagaimana keturunan Firaun boleh sampai ke Eropah? Dari pembacaan penulis, keturunan Firaun boleh tiba di Eropah apabila Cleopatra berkahwin dengan Julius Caeser (Penulis tidak pasti sama ada dengan Julius Caeser atau suaminya yang kedua setelah kematian Julius Caeser).

Sejak dari itu, lahirlah keturunan mereka di Eropah menghasilkan golongan istana.

Okay. Kita beralih sedikit pada negara-negara yang mempunyai kuasa veto. Ada lima negara yang mempunyai kuasa veto. Iaitu:-

1) Amerika
2) Russia.
3) China
4) Perancis
5) Britain.

Selain kelima-lima negara ini, mereka turut dibantu oleh negara yang diberi kuasa iaitu:-

1) Kanada.
2) Jerman
3) Jepun

Kita menggelarkan kelapan-lapan negara tersebut sebagai negara G8.

Jadi, itulah dia serba sedikit tentang salasilah keluarga Iluminati dan negara yang mempunyai kuasa veto yang dapat penulis kongsikan.
Semoga apa yang disampaikan ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca.

Sumber: Ustaz Auni Mohamed
Diolah oleh: AzhanIcn21


ILUMINATI DAN FREEMASONWhere stories live. Discover now