94💜(S2)

2K 304 55
                                    

"Taehyung? alpha?"

"Ni saya sayang taehyung"

Terus byul memeluk taehyung dengan erat. "Kalau alpha pun tetap juga orang yang sama. Awak kena suka juga" ujar taehyung. Dengan lembut dia mengelus rambut panjang isterinya itu.

"Saya takut esok"

Luah byul dan dia tahu perkara yang buruk pasti akan berlaku esok. Kematian pasti ada. Dia mula teringatkan akan mendiang eunwoo dengan anna. Dua rakan baiknya yang terkorban dalam pergelutan antara werewolf dengan vampire.

"Saya kan ada. Saya akan lindungi awak" taehyung cuba menenangkan isterinya itu. "Tapi saya takut salah seorang daripada kita mati taehyung! Saya tak mampu nak hadap perkara macam ni. Cukup lah eunwoo dengan anna" byul mula menangis.

"Sayang jangan lah macam ni. Esok saya yakin semua akan selamat. Namjoon dengan appa dan rancang semua. Kita cuma perlu datang selamatkan isteri dengan anak baekhyun. Kita juga terpaksa musnahkan clan tu sayang. Awak janji dengan saya jangan sesekali buat perkara bodoh yang membahayakan nyawa awak faham?"

Taehyung merenung anak mata byul berharap byul mendengar kata-katanya. Byul hanya diam.

"Dengar tak ni?"

Byul mengangguk kecil.

"Taewon dengan taesa akan jaga awak. Jangan pedulikan saya. Saya akan selamat. Saya janji" wajah byul disentuh olehnya.

"Baik lah"

Taehyung memeluknya erat.

💜💜💜

"Tuan! dia dah sampai"

Tuan Lee mengangguk. "Suruh dia masuk" arahnya. Kelihatan seorang lelaki yang memakai jubah bewarna hitam itu mula menunduk hormat di hadapan tuan lee.

Dia membawa masuk kotak kayu yang kecil.
Di dalam kotak itu adalah benda yang dingini oleh tuan lee. Taehwan hanya memerhati dan dia ingin tahu siapa lelaki itu serta kandungan dalam kotak itu.

Lelaki itu mula bangun dan memandang ke arah tuan lee. Dia tersenyum sinis. "Aku dah dapat kan barang yang kau nak tuan lee" dia menunjukkan kotak tersebut.

"Kalau aku tak berminat. Aku takkan ambil barang tu dari kau siwan!"

"Kau pasti?" cabarnya. Tuan lee mula curiga akan sesuatu. "Kalau macam tu tunjuk lah" dia ingin tahu kenapa siwan begitu percaya diri.

Siwan mula membuka kotak kayu tersebut. Dalam kotak itu ada satu pisau lipat. Tuan lee mula ketawa besar.

"Kamu serius siwan? pisau lipat yang kau bawa untuk aku?!" perlinya. Tetapi siwan hanya menghiraukan gelak tawa semua orang.

"Anak kau minho pun guna pisau lipat ini semasa dia tikam seseorang dulu. Tapi kali ini pisau ini lagi berbisa. Dibuat khas untuk sekali mati. Bila terkena sahaja. Efect dia mengambil masa 1 minit tak lama kemudian mangsa mati. Aku yakin kau puas" terangnya sinis.

"Bagi aku tengok cepat!"

Siwan mengelengkan kepalanya. "Kau tahu kan syaratnya kalau kau nak barang daripada aku?" tuan lee mengeluh. "Bagi dia cepat duit tu!" dua orang pengikutnya mula menyerahkan dua beg berisi duit kepada siwan.

"Menarik hmm"

Dia puas hati dengan duit yang ditawarkan padanya. Dia mula menyerahkan kotak itu kepada salah satu pengikut tuan lee. Pembantunya mula berikan kotak itu pada tuan lee. Tuan lee melihat pisau itu. Baru sahaja dia ingin mengambilnya tiba-tiba siwan mencelah.

"Hati-hati kalau nak sentuh pisau. Jangan sesekali sentuh sikit pada bahagian tajam pisau. Tergores sikit kau mati" amaran diberitahunya awal. Tuan lee mula mengangkat pisau itu dan merenungnya.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now