Bab 1

13 1 0
                                    


"Bunga apa yang cantik eh nak beli untuk dia nanti ? " Mata Masya meneroka setiap sudut kedai bunga itu sambil membebel sendirian. Dia berhenti dihadapan longgokan bunga mawar hidup. Dia tersenyum kemudian terus mengeluarkan telefon pintarnya.

   Aplikasi Google dibuka dan dia mula membuat pencariannya. 'Maksud warna bunga mawar' . 

   "Ah! Dapat pun," dia mula teruja.

   Manakan tidak, hari ni adalah hari jadi kekasih hatinya, dia sanggup menipu kekasihnya demi membuat kejutan yang sangat menarik. Sekaligus, dia ingin melamar orang yang dia sangat cintai selama bertahun lamanya itu.

   Perigi mencari timba ? Lantak lah! Apa yang penting, dia sudah membuat beberapa perhiasan di tempat pertama mereka bertemu janji. Taman permainan berdeketan dengan tempat mereka tinggal.

   Mereka sudah berkenalan sejak kecil lagi dan bercinta sewaktu mereka sudah berumur 13 tahun. Cinta budak sekolah akan berakhir hari ni juga ! Masya sudah tekad memandangkan mereka sudah pun umur 20 lebih. Bahkan dia mempunyai simpanan yang cukup jika digabungkan sekali dengan simpanan kekasihnya, Isyraf.

   "Akak, saya nak bunga Mawar hidup ni dan sekuntum bunga palsu," ujar Masya.

   " Nak tulis kad juga ke Cik ?" Tanya Kakak Kedai Bunga tersebut.

  Masya mengangguk dan dia mengambil pen dan memilih kad kerana dia ingin menulisnya sendiri. Itu kan lebih berharga dan nampak usaha untuk bersama-sama selamanya, kan ?

   Selesai ! Sekarang nak tengok ambil cincin pula. Masya senyum sendirian. Dia mula berjalan keluar daripada kedai bunga tersebut dengan gembiranya. 

  Baru beberapa langkah, tiba-tiba terasa beg tangannya di tarik dengan kuat. Masya jatuh menyembah lantai konkrit yang kotor. Kakinya terseliuh. Semuanya berlaku dengan pantas.

   "Peragut ! " Masya menjerit keluar. Entah dari mana datangnya seorang hero misteri dan... "wow, handsome," Masya terpegun seketika. Kemudian dia menggelengkan kepalanya. No no no no !!! 

   Jejaka itu menumbuk perut dan menarik beg tangan Masya dengan kuat. Belum sempat dia mengejar peragut itu lebih jauh, peragut itu sempat melarikan diri. Tercungap-cungap jejaka itu datang semula ke arah Masya.

   "Kau okay ke?" Tanya lelaki itu. Amboi, ganasnya tanya.

    Masya hanya tersenyum dan berkata, "okay je ni, terima kasih sebab tolong saya." Dia cuba untuk bangun tapi gagal. Kakinya terasa sangat perit. Lelaki itu duduk melihat keadaan Masya.

    "Terseliuh ke?" Soalnya sambil memegang pergelangan kaki Masya. Dia hanya mampu mengangguk dan menahan sakit. "jom pergi klinik. Dia memapah Masya dan sebelah tangannya membawa beg tangan dan sejambak bunga.

    Sesampai di klinik, kakinya di balut. Masya mengeluh. Jejaka itu memandang Masya dengan wajah berkerut. 

    "Nak pergi majlis ke?" Dia cuba menjadi ramah.

   "Tak, ada date." Jawab Masya bersahaja.

    "Oh, boleh jalan sendiri ke? Nak aku hantar?" Dia membuat tawaran kepada Masya.

    "Eh, tak apa, menyusahkan Encik je nanti," balas Masya.

     "Izzat," jejaka itu tersenyum manis ke arah Masya. "Huh?" Masya mula berkerut. "Nama aku Izzat, kau nama apa?" Izzat mula menahan ketawa melihat muka blur Masya. Comel !

    "Masya," balasnya sambil tersenyum. 

    "Masya Allah patutlah cantik," bisik Izzat sendirian.

     "Cakap apa tadi?" Dia cuba mengetahui butir kata yang diucapkan oleh Izzat. Izzat hanya menggelengkan kepala. "Tak ada apa, kau tak lambat ke nak pergi date ni? Aku tolong hantar."

       Itu kali kedua Izzat menawarkan pertolongan kepadanya. Tidak sanggup untuk menolak lagi dia setuju untuk dihantar oleh Izzat. 

      "Tapi bawa aku ke kedai cincin dulu, nak ambil cincin," Izzat mengangkat sebelah keningnya. "Kau nak lamar boyfriend kau ke?"

     "Salah ke?" Malas mahu menjawab soalan Izzat, dia malu sebenarnya.

    Izzat ketawa kecil. "Unik eh, mesti dia terharu sangat. Goodluck lah ya. Dah, meh aku hantar."

Mawar TerbiarDonde viven las historias. Descúbrelo ahora