Bab 2

12 2 0
                                    


Kamu telah membuatku

Tersenyum dan memandangmu

Kau hadir menemani disampingku

Kamu yang mewarnakan

Cinta yang menghidupkan

Rasa bersamamu kubahagia

Tiada yang mampu memisahkan kita berdua

Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini

Biar diuji takkan ku berhenti

Akan ku pertahankan hingga nafas yang terakhir




Lagu Terasa Ada nyanyian Sufian Suhaimi dimainkan untuk menambah semangatnya untuk membuat majlis istimewa itu. Masya mengeluarkan telefon pintarnya dan mula mendail nombor telefon Isyraf.

   "Nombor yang anda dail..." Masya masih tidak berputus asa. Tiba-tiba satu pesanan masuk. TIng ! Itu daripada Isyraf menyatakan dia minta maaf dan akan mendail nombor Masya. Dia mula gembira. Belum sempat dia membalas pesanan itu, ada panggilan masuk untuknya. Daripada Isyraf !

   "Maaf sayang, saya ke tandas tadi, ada apa ya?" Soal Isyraf lembut. "Apa bunyi bising bising tu? Awak kat mana?" Masya menepuk dahinya. Dia lupa yang dia pura-pura sakit.

   Masya berdehem. "Oh saja pasang lagu kuat-kuat supaya boleh tidur," dia cuba untuk bertenang.

   "Oh yeke? Awak dah makan ke ni? Nak saya beli makanan ?" Soal Isyraf prihatin.

   "Oh ye, saya call memang nak cakap pasal tu. Boleh tak awak belikan makanan kat tempat kegemaran kita tu? Teringin, hehe." Ujar Masya manja. Kedengaran suara tawa kecil Isyraf di hujung talian. "Amboi, sakit sakit pun masih kuat makan ye. Tak apa, dalam beberapa minit saya hantar kat rumah, okay ?"

    "Baik, pergi beli sekarang tau ! " Pesan Masya lagi. 

    " Ye mestilah, nanti hilang meja dan kerusi kat rumah tu awak makan," Isyraf mengusik Masya. Mereka ketawa bahagia bersama.

     Beberapa minit selepas menunggu kedatangan Isyraf, salah sorang yang membantu mengawasi kelibatan Isyraf datang ke arah Masya. Masya mencapai kek yang telah dihias dengan cantik khas untuk Isyraf.

   "Em, Masya, saya rasa awak batalkan je la suprise ni," katanya teragak-agak.

   "Kenapa pula?" Belum sempat dia menjawab Isyraf melangkah masuk.

    " Happy Birthday ! " Wajah Isyraf sangat terkejut. Dia tidak tersenyum. Masya pula tersenyum riang dan berjalan perlahan ke arah Isyraf sambil menyanyikan lagu hari jadi.

    Tiba-tiba seorang gadis cantik dari arah belakang Isyraf dan terus menerkam lengannya. "Maaf baby, tali kasut terlerai tadi," katanya sambil tersenyum ke arah Isyraf.

   Isyraf memandang Masya dengan muka tegang. Gadis disebelah Isyraf menoleh. "Eh, kawan you buat birthday suprise untuk you ke? Kenapa you tak happy ni? Senyumlah, this is your day ! " Dia menarik tangan Isyraf dan berjalan ke arah Masya. "Tiup lilin tu sayang," katanya lagi.

   "Oh okay baik," Isyraf cuba mengukir senyuman walaupun pahit. Dia meniup lilin. Setelah lilin terpadam semua bertepuk tangan. Kedengaran sedikit janggal kerana kebanyakkan mereka tahu apa tujuan Masya buat kejutan yang begitu menarik sekali.

    Gadis itu mencium pipi Isyraf. "Happy Birthday sayang," ucapnya dengan penuh bahagia. Dia mengalihkan pandangan ke arah Masya. "Hai, nama saya Aira. You ni mesti Masya kan?" Masya terkejut. Aira tau pasal dirinya?

     Masya mengukir senyuman paling (tidak) manis kepada Aira. "Ah ye, that's me. Haha." Masya cuba bertenang. "Isyraf selalu cerita pasal I ke ?" Soal Masya. Ara mengangguk riang.

     "Dia cakap you ni dah macam adik dia. Kadang-kadang I jealous juga sebab hubungan rapat kamu but tak apa, I know kamu berdua bukan ada apa-apa yang istimewa pun kan," kata Aira bersahaja. Dia tidak tahu betapa sakitnya hati Masya ketika itu. Dengan kaki yang terseliuh. Hatinya sakit yang teramat. Dia tidak dapat luahkan. Dia tidak mampu tunjuk.

    "Aku tak kuat," bisik hati Masya. Korang semua makan lah dulu, saya nak ke tandas," kata Masya. Semua orang bersorak kerana akhirnya dapat makan setelah lama menunggu.

     "Abang, mana belon 'tu' ?" Soal Masya kepada abang yang bertugas dalam majilis kejutan yang dibuat kahs untuk Isyaraf itu. Ingatkan Isyraf yang akan terkejut. Rupanya dia ! Ergh !

    Dia menghulurkan belon tersebut kepada Masya. "Tak apa dik, mungkin ada yang lebih baik untuk kamu. Pergi lah tenang kan hati tu, biar saya yang urus semua ya?" 

    Masya mengukirkan senyuman dengan mata yang berair. "Terima kasih."

Mungkin ini salahnya kerana terlalu beria-ia. Mungkin juga tidak. Masya mula bermonolog sendiri.

Apa yang aku tak ada tapi perempuan tu ada? Ya muka dia lagi flawless. Badan dia lagi seksi. Rambut dia mengurai lawa. Aku lawa apa?

Aku setia dengan dia untuk bertahun lamanya. Mana dirimu yang lama? "Mana?!" Masya terjerit sendiri dihadapan cermin. Dia menarik nafas panjang.

   "Janganlah menjerit, semua orang dengar. Tak malu ke?" Kedengaran suara seorang lelaki. Masya menoleh. Izzat !

    "Sejak bila ... "

    "Eh diam. Kau tu dah la sakit kaki. Berjalan pun tak betul. Dia langsung tak tanya ke? Dia langsung tak ambil peduli walaupun kaki kau berbalut macam tu ? Nampak sangat dia tak pernah sayang kat kau," Kata Izzat panjang lebar. 

    Masya tersenyum ingin ketawa sekali gus ingin menangis. Izzat berdehem. "Geram ke?"

   "Sakit hati," Balas Masya ringkas. Izzat mengeluarkan sesuatu daripada beg yang dibawanya. Dia mengeluarkan tisu dan menghulurkan kepada Masya.

    "Lap hingus tu, buruk tau tak," sambil berkata demikian, Izzat memandang tempat lain Perlahan tangan Masya mencapai tisu itu. Terima kasih. Dia hanya mampu berkata dalam hati. Masya rasa sangat sakit. Setelah selesai dengan tisu tersebut, dia mengambil jarum peniti dari tudung bawalnya (bahagian atas).

    "Izzat, aku nak letupkan belon ni, tutup telinga," serta-merta wajah Izzat seperti pucat. Dia menutup telinganya.

   "Tu-tunggu," kata Izzat. Dia mengudur. "Letupkan lepas aku pergi." Pintanya.

   "Kau takut belon meletup ke?" Masya mula tersenyum macam kera.

    " Mana ada, aku ada sakit jantung, nanti aku terkejut, aku tak boleh tolong kau dah tau !" Izzat berkata keras.

    Masya ketawa. "Yelah tu."

    Izzat tersenyum. " Kan lagi cantik kalau kau senyum macam tu." Dia menurunkan tangannya. Dia berjalan menghampiri Masya. "Letupkanlah belon ni, mesti ada sesuatu yang pentingkan?" Masya mengangguk. Dia meletupkan belon tersebut. Ada kotak baldu berwarna biru pekat terjatuh dan kelopak mawar merah berteterbangan. Cincin di dalam baldu biru itu terjatuh di bawah singki. Masya baru sahaja mahu mengambil cincin itu kembali tetapi dihalang oleh Izzat.

    "eh tak apa, biar aku yang ambil." Izzat melutut sebelah kakinya bagi mencapai cincin tersebut. Kemudian menghulurkannya kepada Masya dalam keadaan melutut.

     "Masya, saya minta ma- Apa ni?!"

    Masya dan Izzat memandang tepat ke arah tuan empunya suara.

    Isyraf !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mawar TerbiarWhere stories live. Discover now