#8

182 29 3
                                    

Chorong mengerutkan dahinya seraya menggosok pelan matanya. Rasa kantuk masih menguasai dirinya saat ini tapi sinaran matahari yang tepat terpancar dimatanya menghalangnya untuk menyambung tidurnya kembali.

Haih, confirm jinyoung yang buka langsir bilik dia ni sebelum jinyoung pergi cafe.

Comforter yang menyelimuti dirinya diselak ketepi sebelum dia mula menukar posisinya dari baring ke duduk.

Benda pertama yang dicarinya adalah smartphone miliknya. Gadis itu sendiri pun lupa di mana dia letak benda tu semalam.

Dia mengambil keputusan untuk pergi membersihkan diri dahulu tak pasal pasal nanti lambat pula dia untuk pergi interview nanti.

Minggu lalu dia dah letak jawatan kat kerja lamanya dahulu yelah dia asyik minta cuti je dahlah bos nya tu baik dia izinkan je gaji pun tak payah cakap masuk je setiap bulan tak pasal pasal pekerja lain cakap dia pijak kepala bos pula kalau dia masih kerja kat butik tu thats why gadis itu decide nak berhenti dan cari kerja lain.

Selesai sahaja mandi membersihkan diri, chorong keluar dari tandas dan menuju kearah almari bajunya untuk mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai.

Sedang dia meneliti satu persatu pakaian yang berada dialmarinya matanya terhenti pada sebuah blouse berwarna putih, kosong langsung tiada corak. Chorong tersenyum. baju itu diambil lalu dilempar ke katil. Kini seluar sahaja yang perlu diuruskan.

Laci almari dibuka seluar plazo berwarna hitam diambil sebelum laci itu ditutup kembali.

Selesai sahaja memakai seluar dan baju yang dipilihnya tadi, kini meja solek dituju. Dia duduk didepan meja solek itu.

Wajah tanpa makeupnya itu dipandang lama sebelum foundation dihadapannya dicapai lalu disapu rata ke muka menggunakan dua jari iaitu telunjuk dan tengah.

Habis sahaja mengenakan beberapa alat solek yang lain dan makeup berwarna pink muda. Kini giliran bibir pula, lipstik berwarna merah jambu dioles kebibir.

Kata orang kalau nak urusan interview ni berjaya, penampilan diri kena lah jaga. Kalau selekeh siapa je yang nak terima?

Penampilan dia simple je but nice. Rambut hitamnya hanya diikat stail bun mendedahkan lehernya yang jinjang, bang dibetulkan. Chorong tersenyum memandang pantulan wajahnya kat cermin. Perfect!

Dia bangun dari duduknya lalu melangkah kearah katilnya untuk dikemas, yelah tadi sedar je dari tidur gadis itu terus pergi bilik air untuk mandi.

Posisi bantal dan selimut di betulkan. Baru sahaja dia selak selimut smartphonenya telah dijumpai secara tak sengaja dibawah selimut berkenaan. Chorong tersenyum lega. Ha bagus tak payah nak cari.

Setelah biliknya telah kelihatan kemas, bag samping berwarna hitam jenama gucci yang terletak elok ditepi lampu tidur diambil lalu smartphonenya dimasukkan kedalam bag itu.

Kunci kereta dan fail resume yang berada di sebelah bag itu pun dicapai. Kalau lupa bawa resume ni sia sia je.

Chorong keluar dari biliknya lalu menuruni tangga dengan berhati hati. Sampai sahaja ketingkat bawah, telinganya menangkap bunyi orang tengah memasak di dapur. Tanpa menunggu lama, gadis itu menukarkan langkahnya untuk pergi kedapur.

"Lah.. noona fikir kamu dah pergi cafe"

Fail Resume, kunci kereta dan bag sampingnya diletakkan kemeja makan. Kakinya melangkah kearah jinyoung yang tengah menyediakan breakfast sambil memakai apron.

Jinyoung memandang chorong sebelum penampilan gadis itu pula di teliti. Cantik pula noona dia harini.

"Noona nak pergi mana ni?"

EyesWhere stories live. Discover now