three♡

405 35 6
                                    

+

minjung pov♡

" berambus ah! korang tunggu apa, ni meja aku kan ! " jerkah si mamat gangster yang berdiri di hujung meja berwarna hijau ni. hak ala perlu ke tengking tengking orang? aku ada telinga en hak ala!

" jom la minjung.... karang dia hempuk kau guna batang kayu tu haa naya je duduk hospital sebulan. " yoojung menarik perlahan tangan aku. eh jap kena hempuk kat kepala takkan sampai sebulan terlantar dekat hospital ngek?

" aish, memang tak reti cakap baik baik ke? dasar gangster takda adab... " kata aku perlahan lalu kakiku terus beredar dari meja si mamat gangster tu.

" alamak, korang jimin tak perasan pulak si taehyung tu ada dekat situ. sorry sorry okay? "
jimin yang berada di depan kami menggosok temgkuknya. eleh nasib hensem kalau tak aku pijak pijak muka dia.

" oh ... so nama dia taehyung la? " desis hati aku. nama dah sedap cuma perangai macam.... err kau pikir ah sendiri macam apa.


" alah takda apa lah oppa. kitorang okay je, haa ni pasal tadi boleh tak oppa bagitau sikit maklumat ke info ke pasal si apa namanya? takung? taehik .... HA TAEHYUNG ."

" hmm taehyung tu takdalah spesial sangat cuma iyelah dia hot, gangster sebab tulah dia ni dikira macam king dekat kampus kita ni. so sebenarnya dia ni pernah la couple dengan sorang perempuan yang hmm boleh tahan lah cantiknya. pastu bila dah lama sikit diorang bercintan cintun, perempuan ni end up nak mintak putus secara tiba tiba. aku taktahu apa yang si taehyung tu buat sampai nak putus bagai. not my problem guys "

" siapa nama perempuan tu oppa? dari tadi asyik sebut perempuan perempuan . apa nama dia ' perempuan ' kew ? " yoojung melingkarkan tangannya di pinggang jimin sambil mukanya menghadap muka jimin. ew pencemaran apa yang aku tengah tengok ni?

" haa ni lah yang jimin nak bagitau nii ! nama awek dia pergh jimin rasa ni memang takdir dan bukannya kebetulan. minjung, nama dia park minjung. terkejut tak? ehe " jimin menjongketkan keningnya .

serta merta mata aku terbeliak luas. kenapa nama aku sama pulak dengan ex gf taehyung tuuu !? cuma last name kitorang je lain . park dan kim . ergh , rasa annoying sama nama ni aduhai.

" jap jap jap, minjung.... aku rasa kan.... meseg yang kau dapat tu HAH !! MINJUNGG ! " tiba tiba yoojung menjerit lantang nama aku. entah kenapa kepala aku tiba tiba mengerking ke arah taehyung yang sedang duduk bersendirian di meja tadi.

ddaeng! dia pun pandang aku !!

muka dia kelihatan keliru, mungkin dia dengar nama aku tadi . aRGH YOOJUNG ! KANTOI LA NANTI SEITON !


" yah ! yoojung, engkau perlu ke menjerit hanat?! aku tampo kang apa pun tak dapat. jimin sunbae , kawal sikit beruk terlepas ni. kang tak pasal pasal aku call penjaga zoo datang tangkap kau hish. "

yoojung menjeling aku, eleh ingat aku takut dengan kau. sekali aku cubit mesti kau merengek rengek sakit. dasar kebudak budakan. nasib aku ni tahan melayan perangai masuk air dia.

" weh minjung, meseg yang kau dapat tu kan.... aku tak rasa celcom rajin nak meseg dengan kau. padahal kau takda pun topup apa apa kan? "


perlahan lahan kepala aku mengangguk. betul jugak, aku takda pun tambah topup baru dekat telefon aku.

" so, jawapannya aku rasa taehyung silap id username lah. mungkin si park minjung tu dah tukar id iyelah mesti nak move on iyedok? jadi aku rasa id engkau yang mungkin ada iras iras dengan ex dia. sebab tu dalam meseg tu beria pulak siap love bagai. pastu apa? dia kata tunggu tempat biasa kan? haa kau tengok si taehyung tu kat sana, bukan dia main pun snooker tu. dia cuma duduk termenung pastu asyik pandang sekeliling . dia cari orang la tu atau lebih tepat dia cari minjung, park minjung. " yoojung menghela nafas setelah rap sepanjang panjang karangan bm lebih 350 patah perkataan. sapa percaya dia bodoh ups

kenapa.... apa yang yoojung cakap ni macam betul je? sekali lagi mata aku cuba memandang taehyung dihujung sana. muka dia agak kusut, seakan memikul sesuatu yang berat. mesti dia frust teruk kan? iyelah girlfriend tiba tiba mintak putus tanpa sebab. kalau ye pun cakap lah ' awak terlalu baik untuk saya ' ni tak, tinggal je macam tu.

" minjung, aku dengan jimin nak gerak pergi kantin dulu tau. ke kau nak ikut kitorang sekali? " yoojung menggalas begnya seraya itu dia memandang aku. kantin? hmmm boleh la aku lapar ni dari pagi tak makan makan.

" emm jom lah. "

beg diatas meja aku galas dan terus melangkah pergi. mataku sempat menangkap perbuatan taehyung. dia setia duduk diatas kerusi dan seperti menunggu seseorang. haih kesian pulak aku tengok dia ni.

mungkin nanti dia akan jumpa orang yang lebih baik dari park minjung tu. atau semua ni mungkin takdir bagi dia. maafkan aku taehyung, aku tak boleh buat apa apa. cuma nama aku dan ex kau je sama. hmm


+++

abe taehyung dah muncul gais ;)
enjoy reading and pls ignore segala typo okayy
💖💕


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 15, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

she's dating the gangster ; kth [김태형] Where stories live. Discover now