8-Yang ditinggalkan

699 43 55
                                    

Suasana tenang di ruangan tamu itu. Sesekali Haris hirup perlahan kopi panas dihadapannya. Sudah seminggu Lisa tiada. Dia sendiri tidak pasti apa perasaannya waktu itu. Pagi tadi, usai Subuh, jambang diwajahnya habis dicukur. Cukuplah melayan kesedihan. Cukuplah lemah kerana kehilangan. Cukup cukuplah.

Seminggu ini dia menemani Teja kesana-sini menguruskan wasiat peninggalan Lisa. Teja nampak tenang di mata Haris. Kadang-kadang Haris terfikir bagaimana Teja boleh setenang itu. Dia sedar betapa rapatnya Teja dengan arwah Lisa. Seperti keluarganya sendiri. Entah bagaimana hancurnya hati Teja.

Menutup semua akaun bank, menguruskan pengeluaran KWSP, ASB dan insurans nyawa. Seolah-olah semuanya sudah dirancang teliti. Semua berjalan lancar.

Bezanya, Teja cuma banyak diam dan tidak mengusik Haris seperti selalu.

"Teja.. kau ada nak cakap apa2 dengan aku..?" Haris cuba ambil peduli. Trafik agak perlahan pagi itu. Mereka sedang menuju ke syarikat insuran.

Teja renung Haris seketika dan berisyarat perlahan.

'Aku cuma nak uruskan yang terbaik untuk ibu dan adik2 Lisa' ringkas jawapan Teja.

Haris angguk perlahan.

----

"Baik, semuanya dah ada?" En Mazlan, peguam yang dilantik Teja memulakan bicara. Memang semuanya boleh diuruskan Teja sendiri. Namun, biarlah yang layak memberitahu perincian wasiat yang ditinggalkan Lisa. Dan, Teja tidak mahu timbul sebarang konflik dikemudian hari pada perkara-perkara yang melibatkan harta.

Semuanya mengannguk perlahan. Di ruang tamu itu, ada Teja, Haris, Aiman, Wani dan ibu Lisa. Tenang.

"Saya mulakan. Assalamualaikum selamat pagi. Saya Mazlan bin Annuar, selaku peguam yang dilantik oleh oleh Cik Teja Suria bt Hashim bagi menguruskan dan membacakan wasiat yang ditinggalkan oleh Cik Melisa Ardani. Untuk makluman, wasiat ini ditulis bersama Cik Melisa dalam keadaan Cik Melisa masih waras." En Mazlan menerangkan.

"Sejumlah wang pampasan kematian bernilai 200ribu dan wang simpanan hasil daripada caruman insurans sebanyak RM40ribu diserahkan kepada Pn Rohani bt Hamid iaitu ibu kepada Cik Melisa.

Selain itu, wang simpanan KWSP bernilai RM50ribu juga diserahkan kepada Pn Rohani."

Ibu Lisa menekup matanya menahan tangis yang berderai. Tidak menyangka yang Lisa sudah bersiap-siap untuk pergi. Masih berbakti walau sudah tiada.

'Syurgalah wahaimu anak...' rintih Pn Rohani dalam hati.

"Semua wang simpanan Cik Melisa berjumlah RM 10ribu dan ASB bernilai RM20ribu diserahkan kepada Ahmad Aiman dan Siti Salwani. Jumlah RM30ribu hendaklah dibahagi dua, dengan Pn Rohani sebagai pemegang amanah sekiranya umur mereka belum mencecah 21 tahun" En. Mazlan menambah.

Haris memeluk bahu Aiman yang menahan tangis.

"Juga, untuk Ahmad Aiman, sebuah kereta MyVi JLD2309.Untuk makluman, MyVi ini sudah habis bayar. Bermaksud, tiada pinjaman tertunggak." En Mazlan meneruskan pembacaannya.

"Untuk Ahmad Aiman, juga ada pesanan daripada Cik Melisa dan permintaan Cik Melisa juga untuk membacakannya dihadapan keluarga."

Aiman mengangguk-angguk bersetuju.

En Mazlan membuka sehelai kertas berwarna putih yang dilipat kemas.

"Assalamualaikum Abang Aiman sayang. Along tinggalkan harta yang tidak seberapa buat Abg jaga ibu dan adik. Along minta maaf terpaksa serahkan tugas anak sulung pada Abg. Abg kuat semangat macam arwah ayah. Abg mesti jaga keluarga kita baik-baik." En Mazlan melipat surat.

Suasana ruangan itu begitu sayu sekali. Aiman mengesat air matanya berkali-kali. Kata-kata Lisa benar-benar meresap di benaknya.

Teja tenang pagi itu. Terasa sudah lunas tanggungjawabnya menunaikan amanah Lisa padanya.

En Mazlan menyambung bacaan.

"Sebuah telefon bimbit milik Cik Melisa akan diserahkan kepada Cik Teja Suria" En Mazlan menghabiskan bacaan.

Teja kaget juga dengan wasiat Lisa yang terakhir. Air matanya yang mengalir perlahan diseka pantas.

----

(Pesan author: Boleh pakai headset dan click lagu di ruangan atas)

Teja merenung lama telefon bimbit Lisa ditangannya. Sejam juga dia termenung begitu sendiri. Sweater hoodie milik Lisa masih dalam pelukannya. Cuma itu yang tinggal. Yang lain sudah dikemas dan didermakan. Rumah sewa juga sudah kosong.

Ini juga bakal jadi malam terakhirnya di Malaysia. Esok malam dia akan berangkat ke North Carolina semula. Dan malam ini dia tinggal di hotel yang berhampiran dengan KLIA.

Teja buka phone lock Lisa. Banyak notification di WhatsApp. Dibukanya satu persatu. Kebanyakannya ucapan takziah untuk keluarga Lisa. Perlahan Teja membacanya. Teja menghela nafas berat. Applikasi WhatsApp ditutup. Dia tidak mahu menangis lagi malam ini.

Disudut paling kanan, Teja buka applikasi LOVENote. Teja cuba mengingat password LOVENote. Berjaya.

Ini Apps buatan Teja untuk Lisa. Sudah jadi tabiat mereka berdua menghantar nota-nota cinta tiap hari. Sengaja Teja buat untuk Lisa, sebelum Lisa sakit, LOVENote sudah ada. Banyak nota-nota yang Teja hantar sebelum-sebelum ini tidak berbalas. Waktu itu, keadaan Lisa sudah agak teruk. Dan tentulah banyak yang sudah terlupa.

Teja buka satu persatu. Banyak gambar collage didalamnya dan nota-nota cinta. Dia tersenyum-senyum sendiri. Matanya tertancap pada rungan DRAFT. Iaitu nota cinta yang sudah ditaip Lisa namun tidak dihantar. Tarikhnya pada setahun yang lepas. Dibukanya penuh debar.

.

.

.

.

.

"Hai Sayang! Rindu baby tak? Sayang, kalau sayang baca nota ni baby tak ada jangan sedih ye. Maaflah baby mungkin terlupa nak hantar awal-awal. Sayang janganlah merajuk pulak. Baby tak ada nak pujuk tau.

Sayang.. baby cintakan sayang sangat-sangat. Baby rindu sayang sangat-sangat. Terima kasih selalu ada jaga baby. Selalu susahkan sayang. Marah-marah sayang.

Kalau baby tak ada, sayang kena teruskan hidup tau. Sayang jaga diri."

.

.

.

Teja peluk erat sweater Lisa penuh rindu. Air matanya deras mengalir lagi.

"Lisa sayang.... saya tak bersedia dengan semua ni...kenapa awak pergi...kenapa awak tinggalkan saya...?"

----

Kredit:

Pesan oleh Irfan Haris

Jangan Salahkan Sepi Itu (Vol. 2)Where stories live. Discover now