Part1

382 22 1
                                    

"Nama saya Piper Hart. Umur saya 18 tahun. Saya tinggal bersama-sama dengan ibu dalam keluarga yang besar. Keluarga saya, baik-baik belaka."

Sambil bibir mengukir senyuman, dia menulis sesuatu di atas permukaan udara. Tanpa dia sedari, air mata yang tidak diundang mengalir membasahi pipi gebunya.

"Uhk...uhk...", Jarinya berhenti menulis di ruangan kosong itu. Piper menyentuh lembut pipinya dan menghapus air mata itu.
Dia yang hanya ditemani oleh kicauan burung-burung camar, mengiringinya disepanjang jalan menuju ke perigi, Piper mendongakkan kepala di atas langit dan memandang ke arah awan biru yang berarak lesu.

"Ibu sayangkan saya, "Getus hatinya. Dia kembali ceria. Hati bersorak lagi sambil mengendong baldi yang sarat dengan kain kotor dan menyekakkannya di pinggang.

Piper yang cuma berkaki ayam, berhati-hati mengimbangi badannya menyeberangi jambatan kecil di menuju ke perigi itu.

"Saya bisu" , Gumamnya lagi. Hatinya yang tadi ceria, bertukar menjadi sedih. Jiwanya merintih kepiluan.

Setelah berjaya menyeberangi jambatan kecil itu, Piper meletakkan baldi yang berisi kain kotor di atas tanah sambil tangan ditekapkan di dada lalu mencerut baju yang bersalut dibadannya, dia menahan sebak.

"Tapi saya tidak kisah. Walaupun bisu, hati saya tidak bisu", Ujarnya menenangkan hati sendiri.

"Yeah!" Dia mencuit hatinya sendiri. Tidak ada seorang pun yang mampu merungkai isi hati gadis bisu ini.

Senyuman di bibir kembali terpancar diwajahnya, ingin sekali dia terbang tinggi di awan biru, tapi tidak termampu dek dirinya.

"Siapa lah saya ni...diikat, tapi tidak bertali. Ingin terbang tinggi, tetapi tidak bersayap. " Sendunya lagi di dasar hati.

Piper membuang jauh-jauh perasaan sedih itu dan memulakan kerjanya.

PERAPAKKKKKK!

Satu tendangan hinggap di rusuknya.

"Aghh!!" Piper menjerit kesakitan dan
jatuh ke dalam perigi bersama-sama dengan baldi yang sarat dengan kain kotor.

"Hahahahahahahahaha! Bodoh! Bisu bodoh! Mengelamun saja kerja kau ya? Mampos kau dalam perigi tu." Berderai tawa seorang gadis
yang seumur dengan Piper sedang berdiri di tebing perigi.

Mulut muncungnya menyumpah seranah. Dengan gaya seperti mandur, dia bercekak pinggang sambil meludah ke dalam perigi.

"Hoi hoi hoi! Su, kau mau bunuh dia ka apa? " Seorang lagi gadis muncul, tetapi dengan pantas dia mencapai tali timba dan menghumbannya ke dalam perigi itu.

"Hoi Piper! Sambut timba tu kalau kau tidak mau mati lemas! " Jerit gadis itu lagi.

Sesekali kepalanya menjenguk melihat Piper yang sedang terkapai- kapai meminta tolong.

"Nasib baik baldi tu jadi penyelamat kau, Piper. Kalau tidak... " Mata Mel mencerlung tajam ke arah Su.

"Oi Mel, bila masa pula kau jadi baik macam cilakak ni?" Rungut Su mencebik mulut.

"Kau diamlah Su! kau pun bodoh juga lah. Tidak pasal-pasal, kita dua kena tempiling. Kalau ya pun mau dera dia, buatlah dengan perlahan-lahan! Kalau dia mati macam ni, tidak sempurnalah kerja kita! " Tengking Mel yang menahan nafas sambil tangannya menarik tali timba itu.
"Oi Sial! Tolonglah tarik sekali! Kurus-kurus si Piper ni, berat mau mampus juga eh? " Dengus Mel lagi.

"Lahanat betullah kau Mel! " Mahu tidak mahu, Su ikut menarik tali yang membawa Piper naik ke atas permukaan mulut perigi itu.

Piper yang sudah ditarik naik keatas, tersembam di atas rumput. Dia menangis sambil memuntahkan air kotor yang tertelan olehnya sewaktu berada di dalam perigi itu.
"Ughh...Buekkk!"

"Bodohlah kau ni Su! Nasib baik dia tidak mati lemas. Sial betullah!"
Pekik Mel terhadap adik perempuannya itu.

"Yang kau sibuk-sibuk ni, apa pasal?! Biarlah dia mati di sana. Kau mau kerjakan dia macam mana lagi, hah?!" Su yang tidak berpuas hati, meludah ke tanah hampir terkena kepala Piper.

"Sudahlah! Mari balik! Piper kau
bertanggungjawab diatas semua kain- kain yang jatuh dalam perigi ni. Ingat!
Kau jangan sekali-kali pergi merepot
tentang hal ini, kalau tidak, siap kau!" Gertak Mel. Matanya mengerling tajam menjeling adiknya.

Su membalas jelingan itu dengan rengusan serta maki hamun yang masih tersisa dihujung lidahnya.

Piper yang menggeletar kesejukan, hanya mampu mengangguk lemah.

"Uhu... Uhm..." Hanya bunyi itu saja yang mampu terkeluar dari mulutnya.

Kedua beradik itu pun menghilangkan diri disebalik rimbunan pokok. Piper yang masih tersentak dari kejadian tadi, hanya duduk terkaku di atas rumput.
Dia menarik nafas panjang. Desiran again sejuk menyapa wajahnya. Dia kembali menguatkan semangatnya yang hampir hilang akibat jatuh di dalam perigi tadi.

Bukan sekali dua dia diperlakukan sedemikian, tetapi sudah acap kali.
Sejak dia kenal dunia, mentaliti dan fizikalnya, diperlakukan dengan sewenang wenangnya.
Sedih menjadi anak kepada perempuan simpanan yang tidak pernah kenal erti kasih sayang.

Dia tidak pernah sekali pun terfikir untuk menamatkan riwayatnya, sebab dia tahu, dia masih ada seorang ibu, seorang ibu yang dikasihinya.

Walaupun cuma mendapat sedikit kasih sayang dari ibunya. Itupun disorokkan dari pengetahuan keluarga besar itu.
Dia masih bersyukur. Bersyukur kerana dirinya tidak dibuang seperti sampah.

Dia harus hidup, walaupun terpaksa bersengkang hati dari kekejaman keluarga ini. Dia rela, demi kesinambungan hidup bersama ibunya.

Perlahan lahan tangan kurusnya
meraih tali perigi, dia cuba untuk mengauk kain kain yang terapung apung berselerakan didalam perigi itu. Disauknya mana mana kain yang tercapai oleh dek timba.

Satu persatu kain dinaikkan ke darat
tanpa ada sedikitpun bunyi keluhan diwajahnya.

Tabahnya Piper Hart.













PIPER HART,  si Gadis Bisu (COMPLETED) Where stories live. Discover now