𝐎𝐫𝐢𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝟏

2.3K 203 79
                                    

****


****

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

****

{ Happy Reading My Beloved Readers }

Sekarang semua pelajar aspura berada di dalam kelas masing-masing untuk mengisi waktu prep dengan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji. Yang pergi prep hanya f2,f3,f4,f5. F1 ada orientasi dengan biro dekat asrama

Kepada readers yang tak tau prep tu, prep tu ialah kelas belajar malam. Kalau sekolah aku dulu prep start pukul 8:00 smpi 10:00P. Prep ni tak semestinya malam, pagi pun ada. Petang pun ada. Selalunya petang ni selepas kelas habis. Lepas rehat kedua. Kalau prep pagi pula start 8:00 sampai 10:00 rasanya. Hari sabtu.


Keadaan di asrama,

"KEPADA SEMUA ADIK-ADIK FORM 1 SILA TURUN KE DEWAN ASRAMA NI SEKARANG!! ABANG BAGI 2 MINIT JER!!!" jerit johnny.

Setelah semua F1 dah berkumpul di dalam dewan, biro semua berdiri depan diorang. Faham tak? Korang duduk kat lantai dalam dewan lepastu biro berdiri berderet depan korang.

"Hai semua" Sapa johnny ceria.

"HAI BANG" balas mereka semua.

"Agak-agak korang kenapa kitaorang panggil korang?" Soal taeyong.

"Tak tau" balas mereka.

"Sebenarnya kami nak buat orientansi untuk F1. Kami nak korang kenal semua budak batch korang. Bukan yang dalam dorm dan kelas jer tapi satu batch. Biar satu batch tu rapat macam family faham?!" Kata doyoung.

"Faham!" balas mereka serentak.

"Baiklah kalau macam tu biar kami semua perkenalkan diri dululah~" ucap johnny.

"Hai korang! Nama aku johnny suh. Panggil johnny hyung. Aku ketua aspura jadi kalau ada apa-apa masalah, you guys can meet me. Tapi kalau korang punya baldi ke syampu ke hilang janganlah jumpa aku. Mana aku tau nak buat apa" ucap johnny sambil tersenyum.

"Hai semua. Nama aku Kim Doyoung.  Panggil doyoung hyung" sambung doyoung sambil tersenyum.

"Hai semua nama aku Ten jangan tanya kenapa ten. Sebenarnya nama aku panjang tapi korang berbelit lidah nak sebut nanti jadi panggil Ten jer. Aku setiausaha" ucap ten. Tiba-tiba ada seorang budak angkat tangan.

𝐇𝐨𝐬𝐭𝐞𝐥Where stories live. Discover now