~Takdir Allah Buat Wanita~

224 22 3
                                    

'Perempuan baik untuk lelaki yang baik'

Ustaz pernah cakap,Tak kira orang tu pernah zina sekalipun kalau dia dah taubat, menyesal dan jadi muslim yang elok. Dia adalah wanita  yang baik even dia ada masa silam dan dia berhak dapat lelaki yang baik. Lelaki pun sama.

Mahu saja aku menangis menyalahkan takdir. Tapi aku memilih untuk berlapang dada, aku memilih untuk berdamai dengan takdir.

Bukan kerana aku kuat, tapi kerana aku memang harus kuat.

Bukannya tak pernah ku tangisi. Malah kadang sampai teresak-esak disatu penjuru bumi.

Tapi aku serahkan saja pada-Nya. Kerna aku tahu, ini bukan tempatku.

Sungguh — aku rindukan syurga agar aku bisa akhiri segala dukaku.

Belajarlah mencintai takdir hidup kita.
Saat kita berusaha lalu berjaya, saat kita merancang namun terhalang, saat kita meminta tetapi hampa, bahkan pada setiap saat dan ketika, yang kita suka atau tidak suka, percayalah pada hikmahnya.
Pasti ada !

Belajarlah erti sebenar iman.
Ia bukan sekadar percaya wujudnya satu Tuhan, bahkan pada banyaknya cabang ketentuan.

Pada setiap nikmat yang diterima, ada amanah yang dibawa bersama.
Pada setiap kekecewaan yang dititipkan, ada perlindungan dan ada ganjaran.
Pada setiap kehilangan yang diratapi, pasti ada pengganti.

Ia benar-benar suatu janji. Lalu, apa yang ingin dikeluhkan lagi?

Tarbiah Cinta Wanita 🩷Where stories live. Discover now