10:ⓘⓝⓖⓡⓔⓓⓘⓔⓝⓣⓢ☕

32 9 2
                                    

"Helo?" sahut shin

"Kau nak aku tunggu sampai kul berapa baru kau nak sampai hah??!" Jerit yoongi melalui phone

"Kejap lagi sampai lah. Lek lu" balas shin

Shin P.O.V

"Aku dah macam pendatang asing tunggu korang kat tengah panas ni tau takk!!"

"Tak de pulak aku suh kau tunggu kat bawah panas. Pandai pandai ah cari tempat berteduh. Otak tu pakai, jangan kedekut sangat nak guna pun" jawab ku lancar

"Dah lah! Korang tak sampai lagi 5 minit, aku balik. Biar tahun depan kita sambung projek" ugut yoongi

"Ngeh. Bagus jugak tu. Aku pun malas nak kerja" aku mematikan perbualan.

Puas hati ku. Membebel je orang tua tu

"Haiya kau ni. Hormat lh dia tu sikit. Dia tua kan?" Kata taehyung

"Takpe lah. Ramai dh orang hormat dia. Biar lah aku buat onar sikit" aku membuat pertahanan

"Sukati kau lah dik. Jangan sampai omma dengar. Nanti naya kau"

"Aku tau ler"

Tak lama pun perjalanan, kitorang dah sampai kat tapak pembinaan.

"Wahh.. Luas jugak sini" kata ku kagum

"Kau nak buat hotel besar rumah anjing cakap" perli yoongi

"Nanti kau aku sumbat dalam tu baru tau"

"Macam boleh" sinisnya

"Dah lah korang dua. Dari tadi dah gaduh. Ni plan bangunan mana?" Soal taehyung

"Yang tu pun satu hal. Arkitek aku lambat sikit harini. Dia tu... Ada masalah menetapi masa" kata yoongi

"Eleh. Cakap aku, tu pekerja kau lagi lambat"

"Kau ni... Pekerja aku.. Bukan aku kan"

Sebuah kereta laju je menghampiri kitorang nyaris nak langgar aku dengan yoongi

"Oi kau! Kau nak bunuh adik aku ke hah?!" Jerit taehyung terkejut dengan situasi tu tadi.

Kolar empunya kereta dicengkam kuat lalu ditarik keluar dari kereta

Fuh... Protective betol abang tenuk aku sekor ni

"Maaf maaf" katanya

"Lepas lah budak tu. Ni lah arkitek yang aku kata tu. Dia drive memang sewel sikit. Tu yang takde orang tumpang dia ke mana mana." yoong meleraikan cengkaman taehyung

"Yang kau ni pun satu. Aku dh kata cuba buang tabiat kau parking depan aku camtu. Kadang kadang aku rasa kau ada dendam kat aku tahu tak😑" bebel yoongi pada pekerjanya

"Maaf bos. Saya lambat, tu yang drive terlebih gila sikit😅"

"Anyeonghaseyo. Saya lee jae hwan. Panggil Ken je. Saya arkitek yang menguruskan plan projek kalini" arkitek tu memperkenalkan diri

"Oh. Ok. Bak sini plan tu"pinta shin

"Jap ae.. Kat belakang" ken pergi ambil plan tu kat tempat duduk belakang

Phone taehyung berdering.

"Kejap aeh" dia pergi

"Ini plan hotel puan" serah ken

"Maaflah. Kau ni biadap betul. Aku masih cik ok. Tengok ni.. Tak ada cincin pun lagi" setiap jari jemari aku tunjuk kat dia

"Oh maaf maaf" ken tunduk beberapa kali

"Kau lah. Pakai lagi macam orang tua gitu" sampuk yoongi

"Tolong bagi dia cermin ken. Dia tak sedar diri tu" balas ku

"Aku kena balik office lah. Appa buat mesyuarat. Pandai pandai lah kau balik ye" taehyung usap kepala aku

"Yahhh!" Jerut ku. Tapi dia dah pecut dengan ferrari dia.

Tak guna punya abang

"Aku pun nak balik dulu. Kau tengok lah plan tu dengan arkitek aku ni." yoongi pun pergi

"Tak guna. Aku tak cakap apa pun lagi" keluh ku

"Cik, mari kita pergi jugak. Dah tengah hari ni. Panas" kata ken

"Ha yelah. Bawak saya pergi cafe. Nak minum iced mocha lah" pinta ku

"Kebetulah, kawan saya ada kerja kat sebuah cafe." Katanya teruja

"Kalau camtu, meh la" ajak ku

"Ok" aku menghampiri keretanya

"Eh jap. Biar aku drive. Demi keselamatan bersama" aku pandang dia

Dia tersengih dan mencampakkan kunci kereta kepada aku

Aku pandu mengikut KENWAZE 😂

Depan Cafe

"Lah, sini ke?aku selalu tau pergi sini. Kawan aku pun ada kerja kat sini"

Kitorang masuk

"Eh shin. Kau bawak namjachingu ke ni?" Sapa jungkook

"Kau nak makan kopi mentah cakap. Ni arkitek. Aku nak buat umah"

"Wahh.. Duit sapa kau samun?" Usik jungkook

"Bangannya anak jeon ni. Bagi aku iced mocha 1" aku terus duduk di tempat kosong

"Ceh. Ha kau nak apa?" Soal jungkook pada ken. Aku masih dapat dengar. Bukan jauh pun

"Sama ngan dia"

"Ok👌🏻"

Ken ambil tempat di hadapan aku

Author P.O.V

Jungkook menuju kearah jin di kaunter.
"Dua iced mocha kat dorang" tempat duduk shin dan ken ditunjuk

"Ok"

.

Pelan hotel dibuka

"Wow. Cantik" puji shin

"Jadi tak ada apa apa yang perlu diubah?" Soalnya agak lega

"Tak. Banyak perlu ubah"muka shin serius

Pensel dikeluarkan dari seluar.

"Wah, dah sedia" gumam ken

"Haruslah" jawab shin sambil menconteng plan

"pesanan dah sampai" kata jin lalu menghidangkan air depan ken sebab shin dah makan semua ruang

"Apa kau buat ngan dia ni?" Soal jin pada ken

"Alah, dia lah pelanggan yang aku kata tu"

"Ouh" jin kngin beredar

"Kejap!" Panggil shin

"Apa?"

"Gomawo" senyum shin lebar
Dia abaikan plan dan minum mocha dia. Sesungguhnya, panas betul haritu

Jin terkaku dah akhirnya mengangguk saja sebelum kembali ketempatnya.

Tak lama kemudian, pintu cafe ditolak

"Shin.."

Shin menoleh

To be continue

Thanks for reading🥧
Please vote and comment🐾

[C]COFFEE☕Where stories live. Discover now