Bestfriend // BJY //

234 25 0
                                    

Request by: Baejin_love

Di sebatang jalan sebuah taman perumahan,  seorang gadis tampak berdiri sambil memeluk tubuh dihadapan pagar sebuah rumah teres dan tidak lupa juga wajah yg masam mencuka. Jam ditangan dilirik berulang kali dan sesekali kepalanya tidak berhenti memandang kiri dan kanan, menunggu si'driver' tiba. Di tangan gadis itu juga memengang sebuah helmet.

Dan tidak berapa lama kemudian, datang seorang lelaki dengan superbikenya. Dia berhenti di hadapan gadis tersebut sedangkan si gadis masih setia memeluk tubuh. Pandangan tajam dihadiahkan buat si lelaki.

" Yaaa Bae Jinyoung kenapa lambat?  Awak tak tahu ke, kaki mulus saya ni dah tak mampu nk berdiri. Dan lagi satu saya mesti terlepas nk tengok crush sya, Park Jimin. "

Lelaki yg digelar Bae Jinyoung itu lantas menanggalkan helmetnya. Dia menarik Eunji mendekat sebelum helmet yg dipegang oleh gadis itu diambil sebelum disarungkan di kepala Eunji. Eunji hanya membiarkan, dia sudah terbiasa diperlakukan sebegitu.

" Sya tanya awak ni. Kenapa lambat? "
" Mianhae, saya terlajak tidur. "

Jawab Baejin setelah selesai memakaikan helmet buat Eunji. Seterusnya helmetnya kembali disarungkan.

" Awak buat apa semalam sampai terlajak tidur ni?"

" Fikirkan awak "

Balas Baejin perlahan menyebabkan gadis itu sedikit tidak jelas.

" Apa awak cakap,  saya tak dengar. "

" Sudah naik, krang lambat.. kena denda pula. "

Eunji mendengus sebelum dia ikut membonceng di belakang. Tangannya dililit pada perut lelaki itu. Risau takut jatuh. Baejin boleh dikatakan penunggang yg cekap. Laju itu sudah tak boleh dikatakan. Dia bagaikan mahu melayang jika tidak memeluk dengan betul.

Laju bnorr.

-- Bestfriend --

Malang tidak berbau tatkala nasib mereka berdua tersangatlah tidak menyebelahi mereka berdua. Mereka berdua ditarik paksa oleh ketua pengawas,  Kim Namjoon menuju ke arah bilik cikgu disiplin. Walau puas meronta namun berkat bantuan sahabat² Namjoon, mereka berjaya membawa dua insan itu.

Dan disinilah mereka dihadapan guru disiplin. Masing² saling menunduk. Takut memandang wajah bengis si guru. Dan sesekali juga Eunji menjeling Baejin sekilas.

Ni semua salah lelaki ni.

" Jung Eunji Bae Jinyoung, lambat lagi? Masuk bulan ni dah berapa kali kamu berdua lambat. Saya dah tak boleh bagi muka. Kamu berdua harus didenda.  "

Terus terangkat kepala Eunji tatkala mendengar kata 'denda'. Seumur hidupnya dia tidak pernah didenda dan ini kali pertama. Wow hebat.

" Tapi cikgu, ni bukan salah saya. Ni semua salah Baejin cikgu. Dia yg datang ambil saya lambat. "

Tunjuk Eunji pada Baejin.  Sontak Baejin memandang wajah Eunji dengan mata yg membulat sempurna. 
Sebegitu sekali kau nk lepaskan diri wahai Jung Eunji

" Dah kalau dia lambat. Kenapa kamu tak datang  sendiri je? "

" Tu...sebab..."

" Sudah,  saya taknak dengar alasan kamu. Denda tetap denda. Sya nk kamu berdua bersihkan sekitar kolam renang sekolah kita. Selagi tak bersih kamu berdua tak boleh balik. "

Baejin dan Eunji saling berpandangan. Serius la nk kena cuci kolam sekolah yg besar tu.

" Tapi cikgu kolam tu besar. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 06, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Eunji's Oneshoot Where stories live. Discover now