Bab 3

2K 68 0
                                    

LANGKAH Tuan Rafeq yang mahu menuju ke bilik pejabatnya terhenti apabila telinganya terdengar bunyi bising dari arah akaun department. Dia baru masuk pejabat selepas selesai janji temu dengan Tan Sri Jamil.

"Kau yang masuk bilik aku kan?" Suara menjerkah masuk ke telinga Tuan Rafeq. Dia kenal suara tersebut, itu suara Noreen.

"Memang..."

"Kau yang curi kan?" Noreen mencantas.

Humaira tahan sabar. Wajah menunduk. Dia malu apabila dituduh mencuri begitu. Di depan ramai orang pulak tu. Di sekelilingnya, semua staf akaun dan ada juga dua pekerja lain yang merupakan rakan sekerjanya.

"What happened?" Tuan Rafeq yang baru muncul bersuara. Terus suasana jadi senyap.

Mata Tuan Rafeq jatuh pada Humaira yang sedang menunduk.

"Rafff... phone I hilang. Duit dalam purse semua hilang. Ada yang nampak cleaner ni masuk bilik I masa I tak ada tadi." Noreen buat aduan, nada manja seolah sedang mengadu pada kekasih hati.

Walhal satu pejabat tahu yang antara dia dan Tuan Rafeq sudah putus tunang.

"Betul, Tuan. Saya masuk. Tapi.."

"Kau diam!!" Noreen menengking, menghentikan bicara Humaira yang mahu menjelaskan.

"Lets she explain." Tuan Rafeq buka mulut, memberi isyarat agar diberi ruang pada Humira untuk beri penjelasan.

"Dia menipu!"

"Noreen!" Suara Tuan Rafeq serius. Marah bila Noreen sesuka hati berkata Humaira menipu sedangkan gadis tersebut belum lagi buka mulut.

"Saya masuk bilik Cik untuk gantikan air saja, Tuan. Saya...."

"Bagi aku check badan kau!" Noreen mencantas lagi. Serentak itu dia sudah menerpa ke arah Humaira.

Tudung Humaira diselak. Baju uniform Humaira ditarik sehingga tercabut butang paling bawah, semua poket diperiksa.

Bagai patung yang tak mampu buat apa-apa, Humaira hanya berdiri tegak. Menadah tubuhnya diperlakukan seperti manusia yang tak ada harga diri. Hanya tangannya saja yang bergerak memegang tudungnya dari terselak ke atas apabila ditolak-tolak oleh Noreen.

Air matanya seakan mahu tumpah. Apakah kerana pekerjaan yang begini, dia dipandang sehina ini?

Seumur hidup, tak pernah lagi dia alami situasi begini, dimalukan sebegini rupa di depan ramai orang.

"Saya tak usik barang Cik." Perlahan saja Humaira bersuara sambil menahan air jernih dari tumpah ke pipi.

"Noreen, Enough!" Tuan Rafeq akhirnya bersuara apabila Noreen bertindak kasar menujah kepala Humaira.

Nampak sangat tak puas hati bila yang dicari tak ditemui.

"Mana locker kau?" Sergah Noreen tanpa peduli amaran Tuan Rafeq.

Humaira mematung.

"Sumi mana? Sumiiii!!!" Noreen menjerit kuat sehingga satu floor pejabat yang menempatkan bahagian pengurusan itu bergema dengan suaranya.

Sumi itu ketua bahagian pembersihan yang menguruskan semua pekerja kontrak pembersihan.

Saat itu Humaira perasan semua staf terjenguk-jenguk ke arah mereka. Haruslah mahu mengambil tahu apa yang sedang berlaku.

"Kak Sumi cuti." Kasmah yang turut berada di situ tolong jawab apabila Noreen bagai orang hilang akal menjerit-jerit.

Semua orang tahu, Assistant Manager bahagian akaun ni memang suka meroyan kalau tak kena anginnya.

"Cakap dengan Sumi, aku tak nak tengok muka budak ni lagi kat sini. Suruh dia tukar orang lain." Jari Noreen lurus depan muka Humaira.

"Zana, kau pergi bawa budak ni, check locker dia!" Noreen beri arahan pada staf dia yang turut berada di situ.

Tak bertangguh, Zana heret tangan Humaira bagai pegawai polis mengheret pesalah untuk digari.

Mata bertentang dengan mata Tuan Rafeq, Humaira menunduk. Tak tahu kenapa, Humaira rasa ada ragu-ragu di mata lelaki itu. Mungkinkah Tuan Rafeq juga mengesyaki dia mencuri?

Betul dia perlukan duit, tapi tak pernah terlintas di kepalanya walau sebesar hama sekali pun untuk dia mencuri hak milik orang lain. Musibah apakah yang sedang dia lalui sekarang ini?

Menurut perintah, Humaira akur saja menuju ke arah locker tempat staf menyimpan barang peribadi. Membuka locker tersebut dan menyerahkan semua barang peribadinya pada Zana.

Dia hanya mampu melihat Zana dan seorang lagi staff HR department menggeledah beg dan lockernya.

"Betul, cik, saya tak ambil. Saya berani bersumpah." Humaira pertahankan diri apabila tiada barang yang dicari ditemui.

"Mesti kau dah pass kat orang bawa keluar kan?" Tiba-tiba Zana bersuara menuduh. Gaya tak puas hati. Macamlah yang hilang tu duit dan barang dia.

Humaira yang tak menyangka dituduh begitu terus geleng kepala. Sungguh dia tak terkata. Dari kecil dia membesar di kampung, tak pernah pula dia bertemu dengan manusia-manusia yang sebegini.

Baru seminggu lebih hidup di ibu kota ini, dia sudah temui pelbagai ragam manusia yang sangat tenat akhlak mereka.

"Lepaskan dia." Suara Tuan Rafeq yang tiba-tiba muncul di situ buatkan semua pegun.

Semua menoleh. Pergerakan Zana yang mahu memeriksa tubuh Humaira sekali lagi terus terhenti.

Detik mata Humaira bertembung dengan mata Tuan Rafeq, bagai ada petir yang memanah sampai ke jantung. Pantas Humaira menunduk.

Zana pandang staf HR dengan pandangan penuh tanda tanya. Pelik sebab Tuan Rafeq sampai mencemar duli ke bahagian tersebut dan pelik juga bila Tuan Rafeq tiba-tiba berminat campur tangan dalam masalah pekerja bawahan. Padahal selama ini mana pernah bos mereka itu ambil peduli. Yang selalu selesaikan bila ada kes begini, hanyalah HR sahaja.

"Tapi, tuan...."

"Ini arahan!" Tegas Tuan Rafeq memintas bicara Zana yang tak berpuas hati.

Dengan bahasa isyarat dia meminta Zana melepaskan pegangan di lengan Humaira.

Mahu tak mahu, Zana akur dan mengisyaratkan agar Humaira pergi.

Memandang Tuan Rafeq yang berdiri dengan kedua tangan menyeluk poket seluar, Humaira sekali lagi menunduk. Liur ditelan. Hatinya bertindih rasa, malu dan sedih. Debar dan terpesona. Namun, dia cepat-cepat beristighfar. Sekacak mana pun Tuan Rafeq, sebaik mana pun lelaki itu, hanya boleh dipandang dari jauh.

Sebelum berlalu, Humaira hanya mampu mengucapkan terima kasih pada Tuan Rafeq dalam bahasa bisu. Saat itu, dia sudah tak mampu keluarkan suara.

Menghantar langkah Humaira dengan ekor mata, Tuan Rafeq berbisik pada hati sendiri, Humaira tak lakukan itu walau dalam keadaan terdesak perlukan duit.

BERIKAN KESEMPATANWhere stories live. Discover now