Bab 38

2.9K 99 5
                                    

Mira lekas membuka pintu rumahnya apabila terdengar loceng ditekan betalu-talu.

'Hish, siapa pulak kacau pagi buta ni' Lantas dia mengenakan sweater serta tudung. Dibalik daun pintu yang telah dibuka itu, terjengul wajah ceria Marwan.

"Assalamualaikum Mira. Jom breakfast?" Ajak Marwan yang santai berbaju t-shirt hitam polos itu. Mira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kasihan kalau ditolak. Dia tersenyum sumbing kearah Marwan.

"Emm, okey. Kejap, saya siap dulu." Pinta Mira lalu pamit kedalam rumah untuk bersiap ala kadar. Baju long sleeve putih polos dicapainya. Seluar slack berwarna coklat yang rapi tersusun pula dipadankannya. Shawl hitam tidak perlu digosoknya lagi lalu dipakai sesedap rasa😂

Dia menelek penampilannya sebelum keluar. Marwan yang setia menanti di ruangan menunggu itu tersenyum kearah Mira yang masih kelihatan lesu.

'Penat agaknya,' Mirwan berasa agak serba salah untuk mengajak Mira sarapan pada pagi itu.

"Kita breakfast dekat cafè yang dekat-dekat je Mira. I tengok you macam penat sangat ni," Kata Marwan apabila Mira telah berjalan beriringan disampingnya.

"Ha ah, penat jugalah sebab semalaman saya tidur tepi katil patient." Jawab Mira sambil mengurut lembut tengkuknya.

Marwan membukakan Mira pintu cafè itu. Mira memberi senyuman tanda terima kasih.

"Baik sangat you ni jadi specialist. Kalau I jadi you as a specialist, I dah duduk rumah je biar doktor I yang banyak tu buat kerja." Kata Marwan sambil tangannya diangkat memanggil pelayan.

"Tapi patient I yang satu ni kes lain." Kata Mira. Cerita mereka diiklankan sebentar dengan kehadiram pelayam tersebut. Selesai memesan sarapan, mereka saling berpandangan.

"Kes apa pulak kali ni?" Kata Marwan lagi.

"Patient I tu, Wina." Singkat sahaja kata-kata Mira namun bisa membuntangkan mata Marwan.

"Wina? Kenapa dengan dia?" Soal Marwan ingin tahu.

"You tak tengok berita ke? Lagipun satu Malaysia dah tahu model kesayangan diorang tu accident last night." Kata Mira. Bingung dia dengan Marwan yang seolah-olah batu keluar gua.

"Laa, Wina tu rupanya. Mati-mati I ingatkan Wiena pelakon drama tu." Kata Marwan sambil menghirup air pesanannya. Bila pesanan mereka itu sampai? Entahlah, dia sendiri pun tidak perasan.

"Hish you ni. Itu Wiena Ali. Taulah dia tu favourite actress you." Kata Mira sambil tersenyum dalam gelengan kecil.

Marwan tertawa sbil menggaru kepalanya yang tidak gatal cuba menutup malunya.

Mereka menikmati sarapan pagi itu dengan santai dan tenang. Tanpa mereka sedari, terdapat sepasang mata sedang memerhati gelak tawa mereka yang sesekali meletus itu.

MIRA menutup rapat daun pintu balkoninya itu. Udara berubah sejuk serta awan juga bertukar gelap menandakan cuaca akan hujan membasahi bumi kering itu.

Airil menanggalkan beg sekolah yang disandangnya kemudian berbaring diatas lantai rumah itu.

"Anak umi penatkah ni?" Kata Mira sambil mengambil beg sekolah Airil lalu meletakkan di tepi meja. Airil mengangguk lemas.

"Dah, pegi mandi dulu. Busuklah anak umi ni," Kata Mira lalu mengambil alat kawalan jauh televisyen. Airil akur lalu menarik leas beg sekolahnya kedalam bilik.

Mira bersyukur dapat anak seakur Airil. Tidak pernah membantah apa yang disuruh. Kerana dia sudah memaklumkan kepada anaknya itu erti patuh kepada orang tuanya.

Suami Aku Arkitek Cinta!!!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora