05

375 63 134
                                    

2 May 2024

Selangor

Daniel berdiri di depan pintu pejabat.Seketika dia menarik nafas secara perlahan dan hembus.

"Demi Famille.Goodluck Daniel Al-Haqeem"dia memberi kata-kata semangat buat dirinya.Pintu di ketuk.

"Masuk"

Daniel menolak daun pintu perlahan lalu mengorak langkah ke tempat duduk yang berhadapan dengan seorang lelaki berusia.

"Duduk Qeem."

"Ok"

"Nak apa?"lelaki berusia itu memandangnya.Pen di letakkan tepi.Matanya kini fokus terhadap Daniel.

"Qeem nak minta izin untuk cuti 1 minggu boleh?"

"Lamanya, bulan madu ke? Setahu saya, Qeem belum kahwin..ke nak kahwin?"bertubi-tubi soalan di lontar ke arah seorang Daniel.

Daniel meraup muka.Nak tak nak, rancangan Tiq terpaksa dia ikut.

"Adik Qeem nak kahwin, dia nak luangkan masa bersama Qeem sebab Qeem jarang balik.Kalau boleh dia nak Qeem teman dia beli barang kahwin.Qeem terpaksa ikut, jika tidak..dia nak larikan diri dari perkahwinan tu nanti.Itu syarat adik Qeem."Daniel berkata mendatar.Amacam idea Tiq?

"Oh ye? Saya nak Qeem call adik Qeem sekarang."ucap lelaki tersebut.Daniel dah telan air liur.Ini bukan seperti yang di rancang.

Jujur, Daniel memang ada adik perempuan tapi dia tak ajak adik kandungnya itu berkomplot dalam halnya.Fikir punya fikir, nombor Tiq di tekan.

'Teet teet teet'

"Iye, Niel.Mau apa?"

"Tolong aku.."bisik Daniel.

"Bak sini.Saya nak cakap dengan dia."lelaki itu menghulurkan tangannya.Daniel gelabah.Tapi, dia bagi juga smartphone miliknya kepada lelaki itu.

"Kamu, adik Qeem kan?"soalan dari Pak Cik itu,berjaya buat dahi aku berkerut.Amboi kau,Tiq.Pak cik kau panggil dia?

Seperti sel-sel yang baru sahaja berhubung.Aku baru dapat mengagak kenapa Daniel meminta tolong.Ha itu lah, idea tak pernah nak bernas, asyik ke kubur je.

"Ye, saya adik Qeem yang baik lagikan sopan."

"Kenapa kamu bagi syarat dekat Qeem macam tu?"soal lelaki itu.

Aku menarik nafas perlahan.Mood drama ON.

"Hiks, Tiq dah lama tak jumpa Abang Qeem hiks.Dia balik pun sebulan sekali je hiks.Lagi-lagi,Tiq dulu dah duduk dekat Universiti, ibarat setahun sekali je jumpa Abang hiks.Tup tup, hiks...habis je graduate, terus Umi suruh kahwin hiks.Tak sempat nak luangkan masa dengan Abang hiks."aku acah sendu.Daniel yang mendengar ayat aku tercengang.Kantoi buat loud speaker.

"Oh begitu.Habis kenapa nak lari jika Qeem tak ikut syarat kamu?"ala Doktor ni, banyak soal pulak.Lama-lama boleh kena caught aku cemni.

"Tanpa Abang, tak lengkap hari perkahwinan nanti.Kalau Tiq tak ugut nak lari, abang Qeem tak akan ikut syarat Tiq hiks.Doktor bagilah cuti dekat abang Qeem, If not,Tiq takkan kahwin.Tiq akan malukan keluarga lelaki tu."Daniel menepuk dahi.Clishe Tiq, why so clishe.

Muka lelaki berusia tu dah meunjukkan riak terkejut.Sungguh berani ini anak.

"Kamu tak cinta bakal suami kamu ke?"

"Saya minta maaf, ini hal privasi.Saya sensitif hiks.Abang Qeem baliklah,Tiq rindu..."aku acah merengek.Lelaki berusia itu dah tersenyum, senang hati tengok keakraban kami mungkin.

[C] Little FamilleWhere stories live. Discover now