Prolog

502 47 180
                                    

BUNYI alunan muzik memecahkan keheningan suasana di kediaman Datin Zarena. Majlis perkahwinan gilang-gemilang puteri bongsunya sedang berlangsung. Pasangan mempelai diraikan bertemakan garden.
Citarasa ini persetujuan bersama antara anak dan menantunya.

Beberapa ketika kedengaran suasana riuh rendah di luar kediaman tersebut.
Seorang rakan Radhiatul Dizya datang berjumpanya. Dia memaklumkan bahawa pengantin lelaki sudah tiba.

Rombongan dari pihak lelaki sedang bergerak ke ruang pelamin yang disediakan. Ramai saudara mara dan jiran tetangga turut memeriahkan majlis tersebut.

Majlis tersebut berlangsung sehingga ke petang, akan tetapi berlaku satu peristiwa yang mengejutkan. Suami kepada Datin Zarena, terkejut apabila melihat salah seorang tetamu yang berada di kalangan sebelah pihak lelaki.

Kenapa dia berada di sini? Apa hubungan Amie dengan Puan Yasmin? Jika wife aku tahu ni jenuh nak menjawab, kata Dato' Heyl Aryan dalam hati...

Terus Dato' Hely Aryan merapati perempuan bernama Amie Natasya dan menarik tangan perempuan itu lalu beredar dari situ dengan tergesa-gesa.

"Lepaslah!" Rintih Amie Natasya. Sakit tau tarik tangan macam tu sekali tanpa signal.

"Diam, ikut abang kejap!" Lalu melepaskan tangan Amie Natasya.

"Kita nak pergi mana ni? Abang tak takut ke isteri abang cari nanti?" Perli Amie Natasya kepada Dato' Heyl Aryan.

"Perli abang ye! Tahu la abang jarang balik sana? Anak-anak macam mana? Mereka okey ke? Maaf la ye abang jarang balik sebab sibuk kenduri anak abang yang ni? Ini yang bongsu dan lambat kahwin sebab dia benci lelaki kerana dia yang tahu rahsia abang kahwin lain dan menduakan mamanya." Panjang lebar Dato' Heyl Aryan memulakan mukadimah.

"Terasa ke? Tak apa baby faham... anak-anak semua okey... sibuk dengan kelas tambahan tu tak ikut sekali ni... kan mereka nak hadapi peperiksaan besar SPM dan PT3..." terang Amie Natasya sambil pegang tangan Dato' Heyl Aryan.

"Alhamdulillah, moga mereka buat yang terbaik dalam peperiksaan nanti... Kirim salam sayang dan peluk cium untuk mereka," ucap Dato' Heyl Aryan sambil membelai pipi Amie Natasya.

"Aamiin... ye abang... anak-anak je abang rindu... baby ni tak ada siapa nak rindu,kan" rajuk Amie  Natasya memusingkan badan ke arah lain.

"Ala merajuk pulak baby abang ni...  abang balik sana nanti siap la baby! Sebelum tu abang nak tanya ni, siapa Puan Yasmin dengan baby?" Soal Dato' Heyl Aryan sambil menyakat isterinya.

"Tak merajuk pun... cuma jeles je dengan anak-anak! ala abang ni malu baby tau... Ooo patut abang tarik baby tadi sebab tu rupanya... Kak Yasmin ni kakak angkat baby la sebab tu baby ada dekat sini," jelas Amie Natasya yang muka merah padam bila disakat begitu.

***

"Mana pulak suami aku ni? Dah la ni time ambik gambar family dengan pengantin ni... belah pihak lelaki dah selesai..." bebel Datin Zarena ke hulur ke hilir mencari suaminya.

"Mama, jumpa papa tak?" Soal Nuriza sebaik jumpa mamanya.

"Tak, Jaja jumpa tak? Papa kamu ni tak pernah buat perangai macam ni?" rungut Datin Zarena kepada anaknya.

"Sabar mama... Jaja tak jumpa pun... mungkin papa pergi bilik air kot?" Nuriza menenangkan mamanya.

"Tok ma... Tok ma... Tok ma..." Laung Nur Aisy Medina sambil berlari terkedek-kedek.

"Ada apa,  Aisy?" Soal Datin Zarena kepada cucunya yang kepenatan berlari tadi.

"Tadi Aisy jumpa tok pa dekat belakang masa Aisy nak pergi dapur tadi!" petah Nur  Aisy Medina memandang tok manya.

"Tok pa buat apa kat sana?" Soal Datin Zarena lagi.

"Tok pa dengan seorang nenek, mereka berbual mesra sangat macam tok pa dengan tok ma," jelas Nur Aisy Medina lagi.

"Orang tua ni nak kena ni... Dah tua-tua buat perangai," bisik Datin Zarena dalam hati sebelah tangan sudah membentuk sebuah penumbuk.

Assalamualaikum hai reader, ni story terbaru hasil kolobrasi dari dua penulis baru yang masih merangkak. Kalau tak best maafkan kami ye. Tak dapat nak memuaskan hati reader.😊

Cik doktor vs Abang navy(Slow Update)Where stories live. Discover now