MENGASUH DIRI

0 1 0
                                    

♡1♡
*****

        MENJADI kebiasaan bagi dirinya bila menjelang hari hari begini. Dengan berpakaian serba hitam sekalanya dia mengayuh perlahan lahan sebuah basikal tua sambil menghala menuju ke Kampong Gong Tok Kasih. Kelihatan teman setianya turut ada dibawa bersama sambil bergayut di atas handle basikal. Mamat kelihatan begitu setia pula kepada Tuannya semenjak ian dipelihara pada usianya yang masih kecil lagi. Menjelang di petang petang hari begini dia sering saja meninjau di sekitar kampung kampung yang berdekatan jika ada kalau kalau orang berhajat untuk mengupahnya memungut kelapa. Sejurus melintas di hadapan sebuah Warung Kopi tiba tiba kedengaran satu suara sedang memanggil namanya dari arah di dalam kedai itu. Dia dapat mengcam milik siapa suara pemanggil itu. Lalu dia membelok basikal dikayuhnya itu ke arah suara orang yang memanggilnya tadi. Sejurus meletakkan basikalnya lalu dia pun terus mendapatkan kawannya.

"Hai! Hendak ke mana...Abang Haji?"
"Siap, berteman lagi...nampaknya!"

"Aku, kira kiranya...hendak merayap, ke hujung kampung sana! Harap harap...adalah juga rezeki barang, seringgit dua untuk petang hari, begini!"
"Engkau...pulak! Elok, aje melangok di sini! Macam, bujang senang pulak engkau, Aku lihat!"
"Apa! Engkau...tak ada ke mana mana, ke?"

Ramli merenung seketika kepada temannya itu. Dia sebentar berkata.

"Aku! His! Kalau tak ada, kerja...Mana lagi Aku nak pergi! Ke sinilah, Aku...hari hari! Engkau...pun, tau!"

Lebai Haji Abas memandangnya lama lama. Dia seketika pun lalu berbunyi sambil bertanya lagi kepada kawannya itu dengan berkata.

"Apa! Engkau, tidak terfikir ke hendak mencari kerja...jika ada, di mana, mana?"
"Aku lihat...ramai juga budak budak baya engkau bekerja di bandar sana!"
"Bukannya Aku hendak memandai, tidak! Jika, engkau berkehendakkan...laahh!"
"Aku ni...ada tu, tidaklah! Sekadar membantu tu...boleh, ler!"

Kata katanya itu seolah olah dia seorang yang berada pula bunyinya. Ramli kelihatan sedikit berharap pula dia nampaknya. Dalam pada itu dia memang sengaja membuatkan anak muda itu menjadi terasa sebentar tadi. Tua tuanya ternyata bukannya saja saja tetapi dia seakan ada satu firasat yang cukup menebal pula di dalam hatinya selama ini demi semata mata untuk melihat muda mudi di Desa Gerakan Wawasan Bukit Galong ini terus terbela nasib mereka semua di sini. Ramli dia tidak melihat segala angan angannya selama ini hanya menjadi angan angan sahaja semata mata tetapi dia sebaliknya seakan dapat melihat Wawasan orang tua itu bakal menjadi satu rialiti di satu hari nanti. Sambil sambil bersembang dia asyik terus memerhatikan ke setiap gerak laku Lebai Haji Abas itu yang begitu bersemangat sambil berceramah ringkas untuknya di petang ini. Dia juga tahu dan cukup sedar akan semua ini harus mengikut arus perancangan daripada Pihak Kemajuan & Pembangunan Masyarakat Desa di sini selama ini. Jauh di sudut hati mudanya dia merasa cukup hormat pula kepada orang tua di hadapannya itu. Dia tahu lambat laung dia akan keluar juga dari Desa Gerakan Wawasan tercintanya ini. Dalam pada itu dia merasa amat berat untuk berbuat begitu. Ada benarnya juga kata kata Lebai Haji Abas itu tadi. Setiap anak muda tidak seharusnya meletakkan sebarang harapan begitu tinggi pada pengawalan bagi sesebuah rancangan peribadi yang ada mereka rancangkan itu. Sewajarnya mereka harus melihat setiap komitmen mereka yang sedia ada itu sebagai suatu yang lebih memberi manfaat bagi faedah bersama di dalam konteks perhubungan sedia ada dalam satu masa. Banyak juga syarahan yang telah diberikan untuk anak muda itu pada petang ini. Namun begitu dia sedikit merasa hairan pula dengan cara hidup yang diamalkan oleh Lebai Haji Abas itu selama dia berkampung di sini. Seolah olah dia tiada sebarang harapan apa apa pula daripada semua orang kampung di sini demi masa depannya itu. Tergerak juga hatinya ingin bertanya. Ramli melupakan sahaja niatnya itu memandangkan hari sudah hampir gelap sekarang. Diperhatikan jam di dinding sekali lagi. Sudah hampir ke pukul 6.00p.m sekarang. Lebai Haji Abas tetap tidak henti henti bersyarah nampaknya orang tua itu. Memandang hari sudah hampir senja mereka berdua mulai beransur pulang ke rumah masing masing. Ramli dia sempat juga memberi galakan serta kata kata semangat buat orang tua itu demi kebaikan semua pihak para penduduk di desanya ini.
        Sepetang dia duduk mengerah tulang empat keratnya untuk menyiapkan sebuah reban ayam ada sebesar luas sebiji rumah anak di belakang dapur rumahnya. Hajatnya dia hendak memelihara Ayam Telur di situ. Besok pagi dia ada bercadang hendak turun ke Bandar Tasik Teratai bagi mendapatkan beberapa ekor anak ayam untuk dipeliharanya nanti. Selesai meyiapkan atap bumbung reban dia duduk seketika di atas sebuah bangku sambil ada di situ. Sebentar Mak Haji Pah datang dengan sedulang minuman sambil ditatang ada di tangan. Mereka kelihatan berbual bual belang berbincang sesuatu sambil sambil duduk di situ. Lebai Haji Abas kelihatan laju pula dia menyuapkan makanan ke mulut sambil berbual bual. Sambil sambil itu Mak Haji Pah bertanya kepada Lebai Haji Abas sesuatu.

"Abang Haji rara rasa...ada ke peluang kita nak dapatkan bantuan P.P.R.T tu?"
"Rasa, sayalah kan...kita perlu bertemu Penghulu sekali lagi! Kalau tak...lambatlah kita hendak merasanya!"

Lebai Haji Abas termenung dia seketika mendengarnya. Dia sebentar berpaling memandang Isterinya. Sebentar dia bersuara sambil berkata kepada Isterinya dengan bertanya.

"Nampaknya...sayalah kena pergi berjumpa!"
"Apa! Awak bersungguh benar, ke?"
"Saya...bukan mendanya! Jika, ada peluang...tak akan saya lepaskan juga!"

Katanya kepada Isterinya dengan selamba pula. Macam dia pula yang hendak tinggal di situ nanti. Kesempatan begini jarang jarang dapat dijumpa orang. Lebih lebih lagi di zaman sekarang. Bantuan Kerajaan sebesar itu pun masih lagi ada yang memandang rendah. Lebai Haji Abas mengeluh dia untuk seketika. Mak Haji Pah dia bukan jenis reti duduk diam dia. Selagi tidak sampai hajatnya itu. Selagi itulah dia usahakan sungguh sungguh. Hendak dikatakan dia pelahap benar. Tidak juga. Apa yang dia buat selama ini pun segalanya di atas dasar rasa rasionalnya dia sebagai seorang dewasa. Lagi pun semua orang kampung di sini mengenali dirinya sebagai seorang yang berpengalaman serta tahu apa yang diharapkan oleh mereka semua. Jangan kata membantu. Menyelesaikan setiap permasalahan demi permasalahan di Desa Gerakan di sini sudah menjadi kerjanya pula sejak dulu. Pendek kata sudah bermacam perkara telah dia selesaikan. Mak Haji Pah dia sendiri pun sudah acap kali juga turut turun membantu permasalahan orang ramai yang ada tinggal berdekatan di sini.




       

       
       

       

CHAMPION OF HONOURWhere stories live. Discover now