Bab-55✓

1K 44 3
                                    

Bab 55

Empat bulan kemudian..

    Rania melabuhkan duduknya diatas bangku. Kedua belah tangan di masukkan ke dalam poket kot labuhnya. Sejuk!

Cuaca di sini semakin sejuk. Lagi-lagi diwaktu petang begini. Suhu pula semakin hari semakin menurun. Dia memandang sekeliling kawasan taman hospital. Rimbunan pokok yang dulunya menghiasi persekitaran taman ini sudah menggugurkan daunnya. Yang tinggal hanyalah ranting-ranting kosong yang masih tegak berdiri bersama batang pokok. Dan beberapa bulan lagi. Ranting-ranting itu bakal dihiasi dengan daun dan bunga-bunga yang indah.

    Dedaun berwarna Jingga, merah dan Kuning sudah lama gugur melatari bumi. Menandakan musim luruh sudah sampai ke penghujung. Daun yang berguguran nampak cantik menari-nari apabila ditiup angin sejuk dan jatuh ke tanah. Menutup jejak yang ditinggalkan manusia.

Langit mendung dipandang sejenak. Entah bila salji pertama tahun ini akan turun. Mungkin lagi dua tiga hari. Harap dapatlah dia merasai keseronokannya nanti. Biasanya salji pertama yang turun akan lebat untuk beberapa jam sebelum berhenti. Kalau salji turun berterusan sehari dua dapatlah dia bermain salji di luar rumah. Dia bercadang nak buat orang salji. Seronoknya! Tak sabar pula rasa.

Anak matanya tertancap pada bangunan hospital yang berdiri gah dihadapannya. Masih sama seperti dulu. Sejak dia keluar dari hospital ini. Hanya beberapa kali saja dia menjejakkan kakinya di sini semula . Itupun hanya untuk Check up.

Tapi, hari ini dia datang bukan sebab nak check up ke apa. Dia datang untuk berjumpa dengan uncle Han dan nak beri Hakimi hadiah hari lahir lelaki itu yang dah berlalu dua hari lepas. Mereka tak dapat nak sambut bersama-sama kerana Hakimi sentiasa sibuk.

Lagipun dia rindukan Hakimi. Sebab tu dia ajak Naziem ke sini. Mujur abangnya itu bersetuju walaupun tak berapa suka dengan Hakimi. Sejak berada di Seoul ni. Baru dua kali dia dapat jumpa Hakimi. Bila dia hendak berjumpa dengan lelaki itu. Ada saja halangannya. Hakimi on call lah, Hakimi sibuklah, Ada operation dan macam-macamlah. Kadang-kadang dia terasa hati juga bila Hakimi selalu menolak ajakannya untuk keluar bersama. Bukan sepanjang waktu lelaki itu bertugas. Ada je waktu cuti yang diberikan. Betul tak?

Tapi Hakimi selalu beri alasan yang dia penat. Walhal, mereka berada di negara yang sama cuma tempat yang berbeza. Rania faham tugas tunangannya itu. Nak tak nak dia terpaksa terima. Kalau dulu dia ingatkan doktor tu kerjanya dua puluh empat jam seminggu tak ada cuti apa semua. Tapi bila dia dah selami sedikit sebanyak kehidupan Hakimi. Ada saja masa yang terluang rupanya. Bukan dia minta Hakimi beri perhatian sepenuhnya dekat dia pun. Dia cuma minta sikit je.

Rania tarik nafas dalam-dalam. Dia dongakkan kepala sebelum lepaskan nafasnya. Kelihatan kepulan wap haba berterbangan di udara. Setiap hari suhu semakin menurun. Cuaca pula semakin sejuk. Kalau berdiri di luar rumah pada waktu malam. Dia boleh dengar giginya berlaga sesama sendiri. Sejuknya mencucuk sampai ke tulang hitam.

Rania betulkan kot yang dipakai. Cuba menutup setiap rongga yang membolehkan angin sejuk menembusi tubuhnya. Sejuknya. Tak pasal je demam nanti!

Dia tilik wajahnya pada skrin Smartphone. Dia sudah cantik mengenakan solekan nipis di wajahnya. Pakaiannya pula sweatshirt berwarna Putih bermotif bunga. Dipadankan dengan kot labuh berwarna Hitam dan seluar slack. Shawl berwarna Tiffany blue menjadi pilihan. Mafla berwarna merah dililitkan pada batang leher.

“Darls?” Dari jauh Rania mendengar suara Hakimi menyeru namanya.

Dia menoleh. Senyuman manis diukir buat tatapan Hakimi. Hakimi membalas senyumannya. Ditangan lelaki itu ada dua cup instant coffee. Satu dihulurkan kepada Rania.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now