MALAM

44 8 0
                                    



JHOPE JUNG.



Kegelapan malam menemani kami berdua. Aku jalan kembali pada Yoo Ae yang terduduk ditepi tangki air. Aku turut duduk disebelahnya.






"Kau okay?? Nak aku hantarkan kau balik?" tanyaku setelah melihat wajah penatnya.


"Kau hantar aku balik..macam mana dengan budak tu? Siapa nak cari dia?" balasnya lalu memandangku tajam.



"Aku carikan. Kau balik dulu rehat. Nanti bila aku jumpa adik kau aku hantar dia sampai rumah."





"Tak payah cari dia. Pandai-pandai lah dia balik sendiri nanti."



Aku terdiam mendengar jawapannya. Dia bangun dan jalan terengkot-engkot meninggalkan aku. Dia berhenti dan kepalanya ditoleh sedikit kebelakang.





"Bukan sekali dua dia buat perangai. Dah banyak kali. Jadi tak perlu risau..tahu lah nanti dia balik."



Aku..tak tahu nak kata apa bila dengar ayat tu. Aku tak tahu mana hilangnya Yoo Ae yang dulu dikenali sebagai seorang yang peramah, tak mudah melenting dan juga bertanggungjawab.





Aku membiarkannya hilang ditelan kegelapan malam. Aku mengeluh dan bangun. Langkah diatur keluar dari kawasan tangki air.





"Yoo Ae"





Dia berhenti dan memusingkan badannya menghadapku. Aku berlari anak kearahnya.





"Wae? "

"Kita cari dia sama-sama. Aku yakin dia masih ada disekitar ni.." kataku lalu memimpin tangannya.






Tangannya diletakkan dibahuku dan aku mendukungnya. Automatik tangannya sebelah lagi berpaut pada leherku. Aku meneruskan pencarian bersamanya.










YOON YOO AE.





1 pagi. Jhope menurunkan aku dibuaian taman. Aku melihatnya yang meregangkan badannya yang keding itu. Dia turut duduk dibuaian bersebelahan denganku.





"Aku dah kata..."




Dia memandangku. Aku tidak membalas. Kepala mendongak memandang langit gelap yang dipenuhi dengan cahaya dari bintang-bintang. Dan bulan separuh yang menemani.





Aku mencari bintang yang paling terang dan menutup mata. Seketika kemudian aku membuka kembali mata dan memandang Jhope yang tiba-tiba duduk bersila didepanku.






"Kau berhajat??" tanyanya.





Aku mengangguk kecil dan mendongak kembali memandang bintang terang. Senyuman kecil terpamer.





"Kau berhajat supaya adik kau dapat dijumpai...?"  pertanyaannya membuatkan senyumanku mati.







Wajahnya dipandang tajam.

"Tak. Aku tak pernah berhajat untuknya. Aku hanya berhajat untuk diri aku sendiri."

"Kenapa kau bencikan sangat adik kau??" tanyanya lagi.



Namun, aku tidak mengambil jalan untuk tidak menjawabnya.






"Aku tahu soalan itu lebih kepada kehidupan peribadi kau. Tapi,bila aku nampak cara layanan kau terhadap dia..cara cakap kau bila dengan dia..."






"..aku tak dapat terimanya."






"Beritahu aku jika kau rasa terbeban dengan semua ni..aku akan tolong kau."






Aku menggelengkan kepala.





"Takpe. Aku tak perlukan bantuan sesiapa. Aku tahu cara itu saja yang aku boleh lakukan padanya."






Dia diam. Aku berdiri dan melangkah pergi dengan kaki yang sakit. Mungkin dia terseliuh sehinggakan sakitnya naik keatas.







Dia tidak memberi respon. Mahupun mengejarku. Dan aku rasa itu lebih baik jika dia tidak lihat kelemahanku.







Aku mahu ia tersimpan lama didalam hati. Biarkannya sampai memakan diriku sendiri dan aku tak perlu lagi menjaga budak yang menyusahkan tu.






Aku tak suka dia. Aku bencikannya. Aku pernah berharap yang dia takkan wujud didunia ni.





Tapi semuanya sia-sia. Dia tetap lahir. Dia tetap ada dalam hidup aku.






"Akk"






Aku terjatuh diatas rumput yang basah. Batu sebesar penumbuk budak yang menyusahkan itu telah menunjukkan kelemahan aku kepadanya.







Dimana lagi aku nak sorokkan keadaan aku sekarang?

Dimana lagi aku nak pendamkan segala rahsia dan ketidakpuasan hati aku??







Kalau dia sudah mula melihat semuanya...?







✔ Sunshine » 정호석Where stories live. Discover now