4 - wet?

46 9 1
                                    

Taehyung's pov

Aku keluar dari bilik tidur Saena. Selepas dia makan tadi dia suruh aku temankan dia tidur. Jadi aku pun teman dia tidur.

Kelibat omma yang sedang makan di dapur aku dekati. Sungguh aku geram dengan kelakuan omma terhadap Saena. Bukan dia yang nak semua benda ni jadi. Lagipun perkara tu dah 4 tahun berlalu dah.

Aku mengambil tempat di hadapan omma yang sedang menjamah mee ramennya. Omma memandang aku sambil makan mee.

" omma, tae nak cakap sesuatu dengan omma " kata aku sebagai mukadimah. Omma sekadar mengangguk. Masih menjamah mee ramennya.

" omma tae kecewa dengan omma " kata aku membuatkan niat omma yang ingin menyuap mee terbantut. Riak wajahnya juga turut berubah.

" kau nak menangkan si pembawa sial tu? " kata omma bersama senyuman sinis.

" omma! dia manusia juga omma. Dia masih kecil tak akan omma nak salahkan dia. Jadi matanglah omma "

Ppak!

" kamu jangan nak kurang ajar ya Kim Taehyung. Omma tahu apa yang omma buat. Kamu jangan nak persoalkan " marah omma selepas permukaan meja diketuk. Aku melihat sahaja wajah omma yang sudah kemerahan.

Mungkin menahan geram atau pedas dari mee ramen atau mungkin kedua-duanya.

" Aish kamu makanlah, omma nak tidur " kata omma sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Aku sudah terpinga-pinga. Eh orang tak laparlah.

" omma! makanlah! tae tak laparlah! " laung aku tapi omma langsung tak kisah. Aku menyerabutkan rambut aku sebelum bangun menarik mangkuk mee ramen omma.

" orang cakap betul dia marah, eh fikir mak je sekarang ni " kata aku dan terus melahap mee ramen yang masih berbaki.

Perasaan kesian terhadap Saena menggunung setiap hari. Dia tak sepatutnya dilayan begitu.

flashback...

" yeobo, awak nak pergi mana? " tanya Aera merangkap ibu kepada Taehyung.

(nama mak ayah taehyung direka ya)

" saya nak beli aiskrim untuk saena sekejap " kata Baekyung sambil mencapai kunci motor di meja.

" haih dah banyak makan aiskrim si saena tu, nanti demam saya juga jaga dia " geram Aera bila suaminya terlampau menanjakan Saena.

" alah budak lagikan, takpe sekejap je " kata Baekyung bersama senyuman. Tubuh isterinya didekati.

" tapi... " perlahan sahaja suara Aera ketika itu.

" eh kenapa ni? " tanya Baekyung cemas dengan sikap isterinya. Dia terus memeluk isterinya dari belakang.

" saya rasa tak sedap hati beberapa hari ni " kata Aera sambil memegang lengan Baekyung yang melilit pinggangnya.

" hey, hey saya okay jelah " kata Baekyung.

" dah saya pergi beli sekejap, jangan rindu saya pula " usik Baekyung membuatkan Aera ketawa kecil.

" cepat balik tau "

" takmo hahaha, yelah yelah "

>>>

" nae yeoboseyo? "

" ini keluarga encik kim baekyung ke? "

[𝙲] 𝙻𝙾𝚅𝙴Where stories live. Discover now