Kopi Ohh Kopi

83 13 89
                                    

[Terbaharu] Minum kopi 6 cawan atau lebih boleh meningkatkan risiko sakit jantung sehingga 22%.

Siapa suka kopi? Admin pun suka. Pagi, petang, malam, tak sah kalau tidak minum kopi sekali dalam sehari. Pelbagai jenis kopi dihidangkan pada waktu pagi/sahur sebelum kita memulakan aktiviti harian. Pada waktu makan tengahari dengan kopi ais, minum petang dengan nescafe, makan malam dengan kopi panas, dan lewat malam dengan kopi starbucks.

Namun tahukah anda, kajian terbaru yang telah dilakukan oleh penyelidik di University of South Australia menunjukkan, meminum kopi sebanyak 6 cawan atau lebih dalam sehari boleh merosakkan kesihatan kita dengan meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 22%! 😱

Buat pertama kalinya, paras maksima telah diletakkan pada minuman kopi.

“Kopi merupakan perangsang yang paling biasa digunakan di dunia. Ianya menjadikan kita sedar, meningkatkan tenaga, dan membantu kita fokus, tetapi ramai yang selalu tanya, berapa banyakkah kopi yang dianggap sebagai terlalu banyak?” kata Prof Hypponen, penyelidik kopi berkenaan.

Kebanyakan anda akan bersetuju, jika anda meminum kopi pada kuantiti yang banyak, anda akan berasa gelisah, mudah marah, cepat terasa, dan mual. Kafien membantu badan anda bekerja dengan cepat dan kuat, namun, jika anda alami simptom di atas, ianya mungkin menunjukkan anda berada pada tahap keupayaan maksima pada hari tersebut.

"Kita juga tahu, risiko penyakit kardiovaskular meningkat dengan darah tinggi, dan salah satu punya adalah kafien yang berlebihan. Untuk menjaga kesihatan kita, kita perlu menghadkan pengambilan kofi kepada kurang daripada 6 cawan sehari. Pengambilan kurang daripada itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular" kata Prof Hypponen.

Dianggarkan, sebanyak 3 billion cawan kopi sehari dinikmati penduduk seluruh dunia. Seperti makanan dan benda lain, kesederhanaan adalah langkah terbaik untuk kesihatan anda.

Sumber
1. Elina Hypponen, Ang Zhou. A cup of Joe and you’re good to go (Under 6 a day and you’re A-OK). University of South Australia. 2019.
2. Ang Zhou, Elina Hypponen. Long-term coffee consumption, caffiene metabolism genetics, and risk of cardiovascular disease: a prospective analysis of up to 347,077 individuals and 8368 cases. The Americal Journal of Clinical Nutrition. 2019. 109(3). pg 509-16. https://doi.org/10.1093/ajcn/nqy297

Ulangkaji Where stories live. Discover now