Part 12

318 30 4
                                    

"Hwall!!!" Jerit Hyunjae apabila tersedar dari tidurnya, sementara ahli The Boyz yang lain hanya menatap Hyunjae terkejut, termasuk orang yang di panggil namanya itu, Hwall.

"Hyung? Gwenchana? Hyung waeyo?" Tanya Hwall apabila melihat hyung nya itu memanggil nya.

Hyunjae yang melihat adiknya itu, langsung memeluk adiknya itu erat, seolah- olah takut kehilangan adiknya itu. Hwall hanya terdiam apabila mendapat perlakuan sebegitu daripada salah satu abangnya itu.

"Tolong jangan tinggalkan hyung... Hyung sayangkan kamu... Tolong selalu ada di sisi hyung..." Ujar Hyunjae sambil menambahkan erat pelukkannya itu.

"Hyung... Saya kat sini je... Saya takkan tinggalkan hyung.. Hyung ni kenapa?" Ujar Hwall lalu kembali membalas pelukan abangnya itu.

"Hyung mimpi kamu tinggalkan kami... Kamu tinggalkan kami jauh sangat sampai kami semua takkan dapat kamu kembali Hwall..." Ujar Hyunjae takut.

Hwall hanya tersenyum. Tidak menyangka sebegitu sayangnya hyung nya itu terhadap dirinya.

"Dah habis ke drama? Dah sampai kat hospital ni... Dah dekat dua minit kami tunggu kat luar tau!" Ujar Sunwoo menghentikan drama antara dua membernya itu dan akhirnya mendapat jintakan sayang daripada New.

"Ishh, kamu nikan! Cuba hormat sikit!" Ujar New geram, sementara Sunwoo hanya mengusap kesan jintakan New dengan tersengih- sengih tak bersalah😑😑😑.

"Maaf... Hwall jom kita lawat Eric." Ujar Hyunjae lalu menarik tangan maknaenya itu.

"Nde hyung..." Ujar Hwall gembira.

'Hyungdeul,Sunwoo ah, Eric ah... Mianhae...' Ujar Hwall dalam hati lalu mengikut hyungnya itu.

______________________________________

"Kenapa kau kacau budak tu?! Dia takde kena mengena dengan kau!" Ujar Sura geram.

"Apabila ianya melibatkan kau Sura, maknanya ianya melibatkan aku jugak! Aku takkan benarkan sesiapa pun ambik kau dari aku! Aku cintakan kau, Sura!" Ujar Jaemin dengan nada marah.

"Setelah apa yang kau lakukan pada aku dan ibuku, masih wujud ke kata- kata cinta dan perasaan tu?!" Ujar Sura lalu menghilang meninggalkan Jaemin dengan matanya yang bertukar merah menahan amarah.

"Kau cabar aku Sura!" Ujar Jaemin lalu menghilang.

______________________________________

At hospital...

"Yeah!!! Esok Eric dah balik!!! Tak sabarnya nak tunggu awak balik Eric!" Ujar Sunwoo gembira dan hampir mendapat jintakan daripada Sangyeon namun berjaya meloloskan diri.

"Aishh, bertuah punya budak. Duduk diam- diam... Hyung tak suka tau kalau kamu bising kat hospital ni... Kamu kena ingat ni hospital... Blah..blah...blah..." Ujar Sangyeon seperti angin lalu buat Sunwoo kerana dia langsung tidak mengendahkan bebelan Sangyeon malah langsung duduk dan bermain handphone.

"Sudahlah hyung... Takde guna hyung membebel... Tengok tu..." Ujar Kevin sambil menunjukkan ke arah Sunwoo yang sudah leka bermain game di handphone.

Sementara Sangyeon hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan Sunwoo itu.

"Jja, hari ni kamu nak makan apa?" Tanya Hyunjae kepada Eric apabila maknaenya itu sudah dua hari hanya memakan makanan hospital.

"Hmmm... Saya nak makan pizza, ayam goreng, jajjangmyeon, tteobbeokki, hmmm...lagi..." Ujar Eric berfikir.

"Tu bukan makan tapi melantak! Kamu ni pun macam tak boleh makan hari lain... Semua nak hari ni makan dah kenapa?" Tanya Younghoon apabila mendengar maknaenya itu menyenaraikan makanan yang ingin di makannya.

"Hehehe... Gurau je hyung... Janganlah marah... Saya nak makan jajjangmyeon!" Ujar Eric teruja.

"Nde arraseo... Hyung orderkan jajjangmyeon... Yang lain nak makan apa, cepat..." Ujar Hyunjae lalu mengambil ordernya ahli The Boyz.

"Hwall kamu nak makan apa?" Tanya Hyunjae apabila melihat Hwall hanya berdiam diri apabila ahli member yang lain sibuk meng order...

"Saya takde seleralah hyung... Hyung order jelah apa- apa... Hwall makan je..." Ujar Hwall lalu merebahkan kepalanya di bahu Juyeon.

Terasa seakan berat untuk menampung pening di kepalanya itu. Hwall langsung merebahkan kepalanya di bahu salah seorang hyungnya itu. Sementara Juyeon hanya mengurut kepala adiknya itu kerana dia tahu Hwall sedang mengalami pening kepala.

"Hwall... Kamu tak sihat ke?" Tanya Sangyeon menghampiri Hwall risau.

Hwall hanya berdiam diri, dia tidak mempunyai tenaga untuk menjawab pertanyaan hyungnya itu kerana merasakan denyutan kuat di bahagian kepala dan dadanya itu.

"Younghoon, boleh tolong panggilkan uisa tak? Hyung rasa Hwall tak sihat ni." Arah Sangyeon risau. Younghoon yang mendapat arahan daripada hyungnya itu langsung berlari keluar untuk mendapatkan doktor yang bertugas.

"Waegeurae saeyo?" Tanya uisa yang baru masuk bersama Younghoon.

"Tolong check adik saya doktor... Dia macam  tak sihat je ni..." Ujar Sangyeon risau.

" Baiklah baringkan dia..." Arah uisa, lalu Juyeon bangun dari duduknya sambil menahan kepala adiknya dan perlahan- lahan membaringkan adiknya itu.

Lalu doktor pun mengambil denyutan jantung Hwall dan memeriksa suhu badan Hwall dengan perlahan.

"Baiklah, adik awak ni terkena demam panas dan nutrisi dalam badannya seakan berkurangan... Jadi saya cadangkan untuk memasukkan air di dalam badannya dan menyuntikkan ubat tidur supaya dia boleh berehat sebentar." Ujar doktor tersebut.

Sementara Sangyeon hanya bersetuju dengan keputusan doktor tersebut kerana yang penting sekarang hanyalah adiknya itu.

Lalu muncul seorang jururawat bersama satu pack air dan jarum yang mempunyai dos ubat tidur, lalu menjalankan tugasannya.

  "Saya nasihatkan supaya perhatikan kesihatan adik awak... Dia dalam tenpoh untuk membesar sekarang... Jadi dia perlukan rehat dan nutrisi yang secukupnya..." Ujar Sang doktor kepada The Boyz.

Setelah selesai doktor dan jururawat nya pun melangkah keluar meninggalkan The Boyz.

"Kenapa kamu mudah sakit Hwall? Kamu baru janji dengan hyung takkan tinggalkan hyung... Walaupun kamu tak tinggalkan hyung tapi melihat kamu macam ni je, sama seperti melihat kamu meninggalkan hyung... Jaebal kembalilah sembuh seperti sedia kala..." Ujar Hyunjae lalu mencium tangan adiknya itu.

"Sudahlah kamu tempahlah makanan terlebih dahulu... Biar hyung jaga Hwall... Nanti dia sedarlah tu... Salah hyung juga sebab sebagai leader hyung tak tahu pun Hwall sakit atau tak." Ujar Sangyeon sedih.

Hyunjae pun bangun dari duduknya dan beranjak keluar untuk membeli makanan buat membernya bersama dengan Younghoon dan Jacob.

'Tolong jangan sakit lagi Hwall... Hyung dah tak sanggup melihat kamu sebegini Hwall' Ujar Sangyeon dalam hati.

'Hyung... Saya takut...'....

                                 TBC

Mesti korang rasa banyaknya konflik... Bilalah nak selesai ni?

Hehehehe biasalah... Nanti adalah pengakhirannya😏😏😏


The Boyz Forever  #CompleteWhere stories live. Discover now