세 ; 02

194 40 62
                                    

Hembusan nafas tenang dihela ringan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hembusan nafas tenang dihela ringan. Matanya dipejam rapat seraya menghirup kembali udara yang barusan dilepaskan olehnya . Jejaka itu sedang berada dalam fasa menenangkan dirinya saat ini.

Setiap kali dia terasa bercelaru dan stres dia akan mencari kawasan yang nyaman  bersama dengan udara yang segar seperti di atas bukit yang sunyi. Tiada gangguan bunyi yang membingitkan dan hanya bunyian alam semula jadi memenuhi waktunya.

" yah, gwaenchana? "

Tersentak jejaka itu jadinya apabila suara seorang gadis yang amat dikenali olehnya menampan gegendang telinga. Mahu tidak terkejut apabila dirinya disergah tanpa diberikan tanda mahupun teguran yang sopan.

" macam mana kau tahu aku kat sini ?"

Ujar Yoongi turut menanyakan soalan tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan oleh gadis itu terlebih dahulu. Mijyuin kekal menatap wajah dingin rakan karibnya itu.

" aku tahu kau ada dekat sini, ini kan tempat kegemaran kau "

Suasana mulai hening apabila kedua mereka berjeda buat beberapa saat. Yoongi diam menanti ujaran yang ingin diutarakan oleh gadis itu. Pastinya gadis  itu mempunyai sebab yang tersendiri apabila ingin berjumpa dengannya.

" yoongi-ah... "

" uhm? "

Panggilan sendu daripada Mijyuin dibalas dengan kata 'hm' sahaja. Sekilas dia menoleh gadis itu sedang mengunyah kepingan coklat yang sepertinya sedang meluapkan kemarahan .

"Baru lepas putus dengan namchin eoh? "

"Macam mana kau tahu?! "

Yoongi menggeleng kecil seraya mengeluarkan sehelai sapu tangan dari pocket seluarnya. Walaupun Mijyuin telah banyak berubah namun sifatnya masih ada yang kekal.

Gadis itu tidak sukakan sesuatu yang manis namun apabila dia berasa sedih atau sakit hati dia akan menelan coklat lebih dari yang disangkakan.

" tak nak cerita ?"

Sehelai sapu tangan berwarna putih kosong dilemparkan tepat mengena batang hidung gadis itu. Mijyuin mencebik seraya mengelap tepi bibirnya yang terdapat sedikit coklat.

Menangis? Itu tidak akan pernah terjadi apabila dia memutuskan hubungan. Dia langsung tidak pernah menyesali atas kesalahan yang dia lakukan.

Hidup bebas tanpa peraturan dan kongkongan itulah peraturan hidup gadis itu.

" Park jimin, dia dah tahu aku keluar dengan Taehyung. Yang aku tak boleh terima, dia juga simpan yeoja lain belakang aku dan yeoja tu adalah musuh sendat aku eish !"

✎ᝰ┆ 𝐅𝐀𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐀𝐆𝐎𝐍𝐈𝐒𝐓Where stories live. Discover now