Rayyan memandang dokumen tebal yang berisi lebih dari seratus muka surat di tangannya, wajahnya dingin, namun penuh dengan kemarahan yang terpendam.
"Apa yang jadi sebenarnya, Ray?" soal Taufiq yang masih bingung setelah mendapat panggilan mengejut dari Rayyan pagi tadi. Rayyan jarang menghubunginya sebegitu awal.
"Aku kena kahwin dengan Diandra esok," jawab Rayyan perlahan tetapi penuh dengan kekesalan, sambil meneliti kandungan dokumen itu.
Taufiq tersedak mendengar jawapan tersebut, menyebabkan air yang baru diteguknya tersembur sedikit. Dia tidak dapat menahan rasa terkejut, apatah lagi dengan ekspresi serius pada wajah Rayyan.
"Kau bergurau ke, Ray? Ini tak kelakar langsung!" Taufiq mengelap mulutnya, memandang Rayyan yang masih kekal tenang, namun jelas ada api yang menyala di dalam dirinya.
"I don't have time to joke, Taufiq. I'm about to marry a woman who trapped me into spending the night with her," Rayyan menekankan kata-katanya, nadanya penuh dengan kebencian.
"What? Habis tu dengan Qaseh macam mana? Wait... Diandra yang kau maksudkan ni anak paksu kau?" soal Taufiq, cuba memastikan dia tidak tersalah dengar.
"Kau ada kenal Diandra lain ke?" balas Rayyan, mengangkat keningnya, menunjukkan kepahitan dalam kata-katanya. Diandra, sepupunya, merupakan wanita yang dipercayainya suatu ketika dulu, namun kini semuanya telah berubah.
Taufiq menghela nafas, masih terkejut dengan pengakuan kawannya itu. "What the hell is happening?"
Rayyan menghela nafas panjang, cuba menjelaskan situasi yang membelenggu dirinya. "Aku ingat semalam aku hanya berbual dengan dia di ruang tamu dalam bilik aku, tapi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena... dan semuanya menjadi kosong. Bangun pagi tadi, mama aku nampak aku dengan Diandra tanpa apa-apa pakaian. Bilik aku bersepah."
Dia sudah mengarahkan pembantu rumah untuk membersihkan segalanya, menggantikan cadar, dan memastikan tiada sebarang tanda kejadian yang boleh mengaibkan keluarganya.
"Habis tu sekarang macam mana?" Taufiq masih cuba memahami situasi genting itu.
"Mama aku suruh aku kahwin dengan dia, dan... keluarga aku sendiri batalkan pernikahan aku dengan Qaseh yang sepatutnya berlangsung esok," jelas Rayyan dengan nada getir, matanya terlihat merah kerana marah dan kecewa.
"Aku cuba call Qaseh banyak kali tadi, tapi dia tak angkat, dan mesej aku pun tak dibaca. Tapi aku berani sumpah, Taufiq, yang Diandra perangkap aku," Rayyan menggerutu, tangannya menggenggam erat dokumen tersebut.
"Diandra perangkap kau? Untuk apa?" Taufiq benar-benar keliru. Selama ini dia tahu Rayyan amat menghormati Diandra, walaupun hubungan mereka tidak rapat, namun kini segala kepercayaan itu telah hancur.
"Aku tak tahu, dan aku tak nak tahu. Tapi kalau dia boleh berlakon depan semua orang seperti dia tak bersalah, maksudnya dia nak sesuatu daripada aku," Rayyan menutup dokumen di tangannya, lalu meletakkannya di atas meja dengan penuh tekad.
"Kalau macam tu, kenapa kau nak buat perjanjian pranikah? Kau tahu aset kau dan Diandra lebih kurang sama nilainya. Saham The D'Couture milik dia pun baru-baru ni naik mendadak dalam 20 peratus," tambah Taufiq, menyatakan analisanya terhadap aset Diandra yang memang kuat. Sebagai peguam keluarga, Taufiq mengetahui sedikit sebanyak tentang kewangan The Megats.
"Sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau aku nak ceraikan dia nanti, aku nak pastikan dia tak dapat satu sen pun dari aku," tegas Rayyan. Dia tahu perkahwinan ini hanyalah perangkap, dan dia akan memastikan Diandra tidak mendapat faedah darinya.
Taufiq menggelengkan kepala, cuba menenangkan kawannya yang sedang terbakar amarah. "Kau tahu, Ray, Diandra dah hidup sendiri tanpa sokongan The Megats selama lima belas tahun. Aku rasa dia mampu hidup walaupun tanpa aset kau."

YOU ARE READING
RAYYAN DIANDRA #1 | BT
RomanceThe Megats #1 Megat Rayyan Iskandar x Puteri Diandra Humaira MEGAT RAYYAN ISKANDAR As the first-in-line heir of the fifth generation of The Megats family conglomerate, Megat Rayyan Iskandar's life was meticulously planned, including his marriage to...