8

2.8K 299 3
                                    

Lukaku sudah berbalut. Yoo Min masih setia memeluk aku di hadapan pintu banglo.

Kedua dua belah tangan milik Tuan Jeon sudah digari. Aku tunduk sebelum merapati lelaki itu sambil diiringi oleh Yoo Min.

"Tuan Jeon, maafkan saya."

Ujarku sambil tunduk. Ketawa kecil Tuan Jeon terletus tiba tiba.

"Aku tak perlukan kata maaf daripada kau. Tapi, aku minta satu. Jaga Yoo Min untuk aku."

Balasnya. Pertama kali dalam pertemuan aku dengan Tuan Jeon, lelaki ini menyebut juga pasal anaknya.

"Baiklah."

"Yoo Min, maafkan appa."

Kepala Yoo Min dia usap lembut. Yoo Min hanya mengangguk kecil sambil bersembunyi di belakangku.

"Yoo Min.."

"Tak apa. Encik!"

Panggil Tuan Jeon membuatkan polis itu mengangguk. Tuan Jeon memasuki perut kereta membuatkan Yoo Min akhirnya berlari mendapatkan ayahnya.

"Appa, Yoo Min akan rindu appa!"

"Appa pun."

***

"Appa, bila appa akan balik?"

Soal Yoo Min. Lengan Tuan Jeon dipeluk olehnya erat. Lelaki yang berbaju belang putih hitam itu hanya tersenyum melihat telatah anak lelakinya.

"Appa akan balik, sayang. Appa akan balik, nanti."

Balas Tuan Jeon lembut. Aku senyum. Tenang rasa hati melihat Tuan Jeon berlembut dengan Yoo Min.

"Yoojin."

Panggil Tuan Jeon membuatkan aku fokus memandang wajahnya. Tersenyum Tuan Jeon ke arahku buat pertama kalinya.

"Aku minta maaf."

***

-TBC-

[C] Mr. Jeon | JJK Where stories live. Discover now