Bab 2

796 28 0
                                    

"MARCH, macam mana?" mama March senyum penuh makna dalam bisikan. Dah tahu apa jenis soalan mama soal ni.

"He he, mana boleh cerita, mama ni," March sengih sambil tarik kerusi dan duduk. Karipap dicapai. Sarapan pagi di hotel yang tersebut tu mengharap lah nak dapat karipap, apalagi karipap sardin macam Mak Mun buat ni. Terbaik!

"Lucy sweetheart, come! Dah kenapa tercegat kat situ?" March pandang Lucy yang duk terteleng-teleng dari tadi. Kejap pandang atas, pandang kiri, pandang kanan, entah apa yang dicari entah.

"Kita tinggal kat sini ke, nok?" perlahan dia bisik selepas duduk di sisi March. Mama senyum aje memandang.

"Baby girl, how are you today?" mama menegur sambil meneguk teh tariknya sedikit. Di sebelah ada tablet untuk membaca surat khabar. Surat khabar pun online aje, subsribe, bayar, baca. Senang paperless.

"Err.. err... sihat, auntie."

"Sayang, apa auntie ni? Mama la," March tersenyum melihat kekalutan Lucy. Entah apa yang dikalutkan pun tak tau.

Lucy sengih-sengih malu sambil tergaru-garu belakang kepala, cover. Boleh pulak nak tersasul bagai. Dah terbiasa dengan panggilan tu daripada dulu.

"Hee, sorry, mama...."

"It's okay, sayang," mama membalas, cool gile makcik ni.

"Nak minum tak? Teh tarik Mak Mun memang terbaik. Aku tuangkan," soal March sambil mengangkat teko putih berbunga biru dan memandang ke arah Lucy.

"Boleh jugak... tapi aku nak guna toilet kejap, please... kejap aje," Lucy bersuara. Muka kalut tadi bertukar kepada muka bajet comel.

"Okey, nak aku teman ke?"

"Tak apa, aku okey. Kat mana?"

"Terus depan tu, masuk kanan," terang March.

Lucy bangun, berjalan dan menghilang kemudiannya.

"March, tak nampak tanda-tanda pun?" Muka mama ala kecewa.

"Tanda apa, ma?" March bertanya sambil membuka aplikasi to-do-listnya di telefon bimbit, sebelum beralih kepada aplikasi emel pula untuk membalas emel yang agak penting dan urgent.

"Tanda malam pertama."

"Apa tandanya, ma?" Acuh tak acuh March bertanya. Mata ralit dengan urusan lain.

"Emm, salah satunya cara pengantin perempuan berjalan."

"Huh?" March panggung kepala dan merenung Lucy yang kebetulan sungguh masa tu jugak nak berjalan mengarah kepada mereka berdua. "Sama aje cara berjalannya, ma?"

"Darling, siapa pengantin perempuan kat sini?" mama soal.

"Err, a'ah, March la, he he," March garu kepala. "Lupa pulak. Ingatkan Lucy." Dia sengih kerang.

"Cuba bangun berjalan, mama nak tengok." Pandai taktik mama ni, dia nak jugak tahu tu, bersungguh. Padahal betul ke dia pandai tengok? Entah-entah trik aje. Bukan boleh kira mama ni.

"Ala, mama ni... okay, okay, nothing happened," March balas. "Kitorang tidur dengan berbahagianya malam tadi. Macam adik-beradik, kan sayang?"

"He he... a'ah, mama." Terkulat-kulat Lucy menjawab. Malu. Tambah lagi bila teringat apa yang jadi malam tadi. Ahai! Tapi, sekurangnya tak ada la yang lebih memalukan daripada tu. Entah, memang memalukan lah kan sebenarnya nak bercerita-cerita benda dalam kelambu ni walaupun mungkin biasa aje pada orang lain? Lucy bertingkah sendiri.

MARCHMELLOW (TomboyxMakNyah) PUBLISHEDWhere stories live. Discover now