BAB 4

24.2K 660 5
                                    

Aku berteleku atas sejadah, masih memikirkan permintaan ibu dan ayah semalam.

Sesungguhnya aku betul-betul tidak bersedia hendak kahwin lagi-lagi dengan lelaki yang aku tak kenal. Aku takut dia buat macam-macam kat aku lepas dah kahwin nanti.

Mana tahu dia ada girlfreind lepas tu girlfreind dia serang aku. Seram! Dia tuduh aku rampas dan lelaki tu abaikan aku. Makan hati, tak nak!

Terbayang pula wajah ibu dan ayah yang penuh harapan agar aku setuju. Dilemanya...

Apa-apapun aku serahkan pada Allah dengan doa dan solat untuk meminta petunjuk agar aku membuat keputusan yang terbaik nanti.

Tuk! Tuk!

"Kak Ika, ibu dan ayah nak jumpa"

"Ya kejap"

Aku mengemas telekung dan sejadah lalu keluar ke ruang tamu.

"Macam mana Ika setuju ke tak?", soal ibu.

"Err sebelum balik Ika bagitahu ya keputusan Ika"

"Yelah"

"Hmm ibu dan ayah yakin ke lelaki tu boleh terima Ika?"

"Ayah yakin Ika, ayah dah lama kenal dia. Dia budak yang baik", jawab ayah.

Aku hanya mengangguk.

"Ayah harap Ika dapat terima dia sebagai suami nanti"

Aku telan air liur.

"Jika keputusan Ika nanti buat ibu dan ayah kecewa, Ika minta maaf"

Ibu dan ayah berpandangan lalu melihat aku.

"Yelah", jawab ibu.

"Kalau takda apa lagi, Ika masuk bilik dulu ya ibu ayah"

"Pergilah, esok Ika dah nak balikkan", kata ibu.

Aku mengangguk dengan senyuman nipis lalu bangkit melangkah ke dalam bilik.

Ya Allah bantulah aku, semogalah jawapan yang aku berikan esok adalah yang terbaik untuk hidupku.

Aku mengemas pakaianku ke dalam beg, esok hari ahad maka berakhirlah cutiku. Isnin pula masuk kerja.

*****

Kami berempat sarapan, aku hanya diamkan diri masih fikirkan keputusanku.

"Ibu, ayah Zam pergi sekolah dulu"

"Yelah hati-hati tu. Lepas sekolah terus balik jangan merayau"

"Ya ibu", tangan ibu dan ayah di salam.

"Zam belajar elok-elok, kalau dapat keputusan terbaik akak bagi hadiah"

"Betul ni?"

"Ya akak tak tipu"

"Okay kak. Bye"

Aku hanya tersenyum melihat gelagat Ezam itu.

"Jam berapa Ika bertolak?", soal ayah.

"Jam 8 nanti ayah"

"Macam mana dengan keputusan Ika? Setuju ke tak?"

Ibu turut menunggu jawapanku. Aku hembus nafas cuba untuk bertenang.

"Ika harap keputusan Ika ni boleh buat ibu dan ayah happy dan terbaik untuk Ika. Ika setuju ayah, ibu"

Ibu dan ayah menguntumkan senyuman.

"Ayah yakin keputusan Ika ni adalah yang terbaik untuk Ika"

Aku hanya mengangguk walaupun hatiku berbelah bagi.

Macam mana nanti aku hidup dengan lelaki yang tidak ku kenali? Tup tup jadi suami. Harap-haraplah dia lelaki yang baik.

"Nanti ibu call bila tarikh pertunangan Ika ya"

Aku hanya mengangguk.

"Bila dorang masuk meminang Ika bu? Tak bagitahu Ika pun"

"Masa ibu call Ika untuk balik kampung tu lah, Ika jangan risau semuanya diuruskan oleh bakal suami Ika"

Kaya sangat ke bakal suami aku tu sampai aku tak perlu buat apa-apa untuk majlis tunang tu nanti?

Apa-apa jelah. Aku redha.

Usai sarapan aku mula bersiap untuk pulang ke bandar.

"Ibu, ayah Ika balik dulu. Ada cuti Ika balik sini ya"

"Yelah, hati-hati kat sana. Dah sampai nanti call ibu"

Aku mengangguk, tangan ibu aku salam lalu beralih kepada ayah.

"Jaga kesihatan ayah ya"

"Ya Ika janganlah risau. Terima kasih nak sebab setuju dengan permintaan ayah dan ibu tu"

"Sama-sama ayah. Ika pergi dulu, assalammualaikum"

"Waalaikumsalam", jawab ibu dan ayah.

Beg pakaianku aku capai lalu menapak turun dari rumah. Teksi yang aku telefon sudah menunggu di hadapan.

Aku masuk ke dalam perut teksi lalu melambai ke arah ibu dan ayah, teksi mula bergerak.

Pasti aku bertambah rindu kat ibu dan ayah nanti.

Sepanjang menuju ke stesen bas, aku berfikir tentang perkahwinanku. Umurku terlalu muda untuk berkahwin, mampu ke aku menjalankan tanggungjawabku nanti.

Siapa ke lelaki yang ibu dan ayah jodohkan untuk aku tu? Dia terima ke aku seadanya yang tiada apa-apa ni, miskin dan tidak berpendidikan tinggi.

"Hmmm", aku mengeluh tanpa ku sedari.

Aku serahkan semuanya pada Allah dan menurut saja perancangan ibu dan ayah.

🌼🌼🌼
Okay Ika setuju nak kahwin, agak2 apa jadi erh?
Tq yg baca, vote dan komen nak sya update lagi. Maaf juga jika cerita ni x best, bnyak typo sorry sgt2❤
Vote tau

MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)Where stories live. Discover now