Sweet Wednesday

6 0 0
                                    

Tiba-tiba sebuah kereta datang tanpa Rina tersedar dan hampir melanggarnya.Pemuda yang melihat kejadian tersebut berlari menuju ke Rina dan memeluk Rina serta menolak Rina ketepi.Mereka berdua jatuh.Rina menatap mata Pemuda tersebut...

"Nasib selamat...lain kali hati-hati ya..."kata Pemuda pada Rina.

"Huh?...Terima Kasih"balas Rina terkejut.

"Alamak dah lambat ni!"Pemuda tersebut bingkas bangun dan mengambil semula kotak hadiah dan juga bunganya,tanpa membuang masa Pemuda tersebut beredar dengan pantas.

"Nanti!...argh!"jerit Rina.

Tetapi Rina tidak dapat mengejar pemuda tersebut oleh kerana kaki luka serta lebam.

"Aduh,teruk ni"Rina terus duduk di tempat menunggu bas.

"Jap!"baru Rina mengingati sesuatu.

Dia menyelup poket bajunya dan menjumpai plastik coklat yang diberi oleh Pemuda tadi.

"Sweet Wednesday?"baca Rina perlahan sambil-sambil membelek-belek plastik coklat tersebut.

Ternyata tertulis nama cafe,ILY Wednesday yang bercorak tema cafe serta mempunyai logo secawan kopi.

"Aduh susah aku nak jalan ni"keluh Rina sambil melihat-lihat kaki kanannya.

Dia mengeluarkan smartphonenya lalu menelefon...

"Hello,Zi boleh tolong ambil aku tak...kaki aku luka ni...aku dekat dengan pejabat ...aku tunggu dekat bus stop ni...oh okay..."

Rina Airisyah seorang pekerja di sebuah Syarikat Gergasi Pengusaha App Telefon Pintar.Dia sudah perkhidmat selama dekat lima tahun semenjak diamenamatkan pelajarannya.Rina berjawatanpenolong kanan Ketua Syarikat Tersebut.Memang menjadi satu tanggungjawab yang besar baginya untuk penguruskan segala mesyuarat dan juga client yang akan ditemui oleh Ketuanya.

Malang tidak berbau,dia baru sahaja habis menemu duga seorang client untuk mensyuarat akan datang dan terus ditimpa masalah hampir dilanggar.Mujur,dia diselamatkan oleh seorang Pemuda yang muncul dari mana.Setelah sekian lama Rina memikirkan siapa Pemuda tersebut.Kawannya pun tiba,dengan keretanya.

"Rina?...kau dah kenapa ni?...kenapa kaki kau luka tu huh?...macam mana boleh jadi ni?"bertalu-talu soalan dilontarkan oleh kawannya.

"Haish kot ya pun kau ni...tolonglah aku masuk kereta dulu"jawab Rina lalu bangun dan dipapah oleh kawannya.

"Kau kena pergi klinik ni Rina"arah Zira dan terus memandu keretanya ke klinik.

Zira Irna adalah rakan kepada Rina Airisyah semenjak dari mereka belajar di Universiti.Mereka berdua selalu bersama bagaikan isi dan kuku.Bukan itu sahaja mereka juga bekerja di tempat kerja yang sama iaitu Syarikat Aplikasi Pintar "Food Track".Syarikat ini menyediakan tempat-tempat makanan yang populer di sekeliling pengguna app tersebut.Boleh dikatakan ia bagaikan perisian Google Map.Yang menjadi kelainan ialah,App tersebut memberi segala isi dan perincian tempat  makanan yang ingin ditujui.Dari gambar-gambar dalam dan luar kedai,serta review orang ramai juga termasuk Menu yang ada ditempat tersebut dan pekerja-pekerja yang berada di situ.

Mereka berdua pun tiba di klinik,kaki Rina dibalut dan diberi cuti lima hari sehingga pulih.Selepas itu,Rina meminta Zira untuk pergi ke cafe Sweet Wednesday.Kebetulan Zira juga ingin singgah disitu untuk membeli kopi Sweet coffee.Kerana pada hari ini,iaitu Rabu adalah hari potongan harga di cafe Sweet Wednesday berpandukan nama kafe tersebut.Rina berasa bersyukur kerana Zira ingin singgah disitu.Sambil-sambil itu,dia boleh mencari Pemuda yang menyelamatkan dia dari dilanggar.

"Kau tunggu dalam kereta aku pergi sekejap je"arah Zira sambil menarik handbrake tangan kereta.

"Eh jomlah aku pun nak masuk ni"bantah Rina ingin ikut Zira.

"Huh? pelik kau ni? selalu kau tak suka ikut aku?"soal Zira kehairanan dengan sikap Rina.

"Tak...bukan aku perlu masuk untuk tengok-tengok kafe ni...hrmmm...sebab untuk review"balas Rina mencari alasan.

"Tapi kaki kau kan sakit"keluh Zira.

"Ermmm...tolonglah papah aku Zi...pleaseeeee..."pujuk Rina sambil menunjukkan muka riaksi wajah kesian.

"Eish...okaylah!...jom"Zira terus keluar dan memapah Rina.

"Yeaa...kasheh ya Zi...awak baik orangnya"puji Rina keriangan.

"Hrmm...shama-shama"balas Zira sambil tersenyum.

"Kafe ILY Sweet Wednesday" bertemakan kayu sebagai tempat duduk dan meja makan.Dindingnya bertemakan batu yang disusun rapi.Selalunya kafe dindingnya hanya menampal wallpaper.Tetapi Kafe Sweet Wednesday dindingnya adalah batu yang sebenar.Bumbungnya yang tersusun rapi dengan kayu jati yang tulen memperlihatkan lagi kecantikan susunan lampu yang tergantung berwarna kekuningan bercampur putih.

Pekerja memakai uniform lengkap bertemakan seperti uniform sekolah di Jepun menjadi keunikan ditambah dengan apron serta topi berwarna maron.Berkasut kulit berwarna coklat gelap.Bagi wanita,mereka mengenakan pakaian formal,berseluar slack hitam serta mengenakan riben di bajunya.Bagi lelaki pula,mereka mengenakan pakaian formal juga tetapi bertali leher kemas,berseluar sama seperti wanita.

Menunya,lebih kepada kafe daripada makanan.Menu makan pula bertemakan roti,ais cream serta kek.Pelbagai jenis kafe ada,dari yang panas,suam dan juga sejuk.Berlatarkan muzik trending terkini yang menjadi penggemar anak muda.Ya,kafe ini adalah tempat dimana pelajar-pelajar sekolah,Universiti serta Kolej melepak.Ini kerana,kafe ini dikelilingi pusat tumpuan pelajar.Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Setelah puas Rina melihat-lihat sekeliling kafe,tiba-tiba dia ternampak sesosok Pemuda yang dikenali.Ya tidak salah lagi,Pemuda yang dilihat itu dia kenali.Memakai sweater maron serta wajahnya ditutupi mask berwarna hitam serta topi dikenakan dan bercermin mata.Tanpa membuang masa,Rina bingkas bangun.

"Eh kau nak pergi mana ni Rina?"halang Zi yang sudah membeli Cofeenya.

"Zi...kau nampak tak tu?"tunjuk Rina tergesa-gesa.

"Mana? apa benda kau ni?"soal Zira sambil melihat-lihat kearah yang ditunjuk oleh Rina.

Malangnya Zira hanya ternampak pintu yang baru sahaja tertutup.

"Tu!"jerit Rina

"Huh? Pintu?"soal Zira semakin pelik melihat gelagat rakannya.

"Huh? tak? Aik? hilang dah?"

"Haish!"

"Aduh sakitlah Zi"jerit Rina memegang kepala yang diketuk oleh Zira.

"Jom balik...kau hutang dengan aku kan pasal cite kaki kau ni"papah Zira.

"Tak tunggulah!"bantah Rina

"Tunggu apa lagi?...dah jom...sedarlah yang tu pintu je mana ada apa-apa...haish kau ni mengelamun je"perli Zira.

Dengan kerelaan hati,Rina pun mengikut sahaja arahan Zira.Nasib kakinya luka,kalau tidak dia dah kejar Pemuda tadi.Apa kan daya,kudrat tidak mengizinkannya.




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sweet Chocalate MaskmanWhere stories live. Discover now