24

1.8K 186 2
                                    

BAD GUY
Chapter 24

_____

"Nick Danial."

Jungkook menguntum senyuman. Renungan matanya tepat menghala ke arah sebuah kereta hitam yang berada di luar pagar rumah agam. Dia berdecit kecil lalu memusingkan kepalanya perlahan lahan, kembali merenung wajah Adam.

"Sambut tetamu aku dengan layanan yang baik. Mood aku terlalu bagus hari ni. Jangan lupa, hidangkan dia sebotol wain merah dan keju Perancis."

Arah Jungkook membuatkan Adam menganggukkan kepalanya. Jungkook tersenyum puas hati lalu menapak menuju pintu rumah. Tidak perlu memanggil Maid Cha mahupun Maid Lee, dia ingin sambut tetamunya sendiri.

Klerk Pintu rumah agam dikuak luas. Jungkook menyilangkan lengannya di dada, pandangan matanya ditajamkan, tepat menghala ke arah Yoongi yang masih berada di dalam kereta.

"Welcome, Nick Danial."

***

"Aku kagum, JK. Baiklah, aku terima layanan terbaik kau. Tapi, kau ingat aku datang ke sini tanpa sebarang niat? Huh."

Yoongi berdecit, dia kuak pintu kereta mewah, Mercedes Benz yang dipandu oleh Louis lalu menerpa ke arah pagar yang tersedia terbuka luas untuknya. Louis tidak banyak bunyi, dia ikut sahaja langkah tuannya.

"Tuan Danial, Tuan Danial, memang tak ada tempat lain yang lebih jauh daripada pengetahuan Nick ke? Aku ingatkan kau bersarang di luar negara. Tekaan aku meleset nampaknya."

Yoongi menanggalkan cermin matanya, menajamkan renungan matanya ke arah susuk tubuh yang menyambut kedatangannya di muka pintu.

"Kita bersua kembali, JK!"

***

"Min Aira? Langkah mayat aku dulu, kalau kau mahukan Aira, Nick."

Jeon Jungkook dan Min Yoongi berbalas pandangan. Masing masing tidak mahu mengalah, jauh lagi ingin berputus asa. Yoongi berdecit, senyuman sinisnya terukir sempurna.

"Kau, sampai bila lagi kau nak jadi orang suruhan Tuan Danial? Atau lebih tepat, anjing?"

Yoongi ketawa kecil akan bicaranya sendiri. Jari jemarinya bermain nakal dengan hujung rambut bercorak perang. Jungkook mendengus sambil pandangannya perlahan lahan jatuh ke wajah Yoongi.

"Anjing? Jaga bicara kau, Nick. Aku malas nak bergaduh."

"Berhentilah, JK. Aku tahu kau sebenarnya terpaksa sehingga lahir Jeon Jungkook yang sekarang."

Sudut bibir Yoongi terangkat kecil. Jawapan singkat daripada Jungkook bukan keinginannya, ada benda lain yang perlu didengari olehnya dari mulut si Bad Guy sendiri.

"Jaga adik aku baik baik, Jungkook. Tapi, jangan pernah terlintas dekat fikiran kau yang aku tak kisah dengan apa yang berlaku kepada Aira. Aku cuma tunggu waktu, get ready, Jeon JK."

Jungkook sekadar berdiam diri. Ekor matanya mengekori langkah kaki Yoongi menuju pintu. Jamuan buat sang tetamu yang disediakan oleh Adam tidak terusik. Mungkin lain kali sahaja, Bad Guy.

"Anak dan bapa. Sama saja!"

***
Tbc

[C] Bad Guy ㅡ 전정국 Where stories live. Discover now